Isu Video Seks Terbaru

Assalamualaikum..

Lama sungguh rasanya sy tak menulis di ruangan ini.. Maaf la buat semua kerana kesibukan yang tak dapat dielakkan. sy kembali lagi menulis memandangkan pemerhatian sy terhadap situasi politik sekarang semakin bercelaru dengan isu2 yang tak masuk akal.

Dan sebab yang paling utama sy kembali dalam penulisan di ruangan ini adalah berkenaan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang iaitu berkenaan video seks pemimpin tertinggi pembangkang kononnya video seks Dato seri Anwar Ibrahim.

 

harini telinga bedesing jeee bila duk dgr berita sana sini pasal video seks terbaru ni. bukan main angkuh sana sini pemimpin pengampu dan pencacai yang duk temberang nak pecahkan tembelang yang jelas bukannya tembelang tapi nak dipecahkan oleh sijalang. siapa si jalang itu.. mereka itu la si pencacai pengampu dan pengemis politik murahan Malaysia. Kalau tak paham gak, tanya la pada yang arif.

 

tak hairanlah mulai hari ini pelbagai cerita karut marut, tahyul dan yang seketurunannya akan keluar di media2 pengampu pengemis dan pencacai najis. Ini berlaku kerana bermulanya perang politik akibat daripada pembubaran dan permulaan pilihanraya negeri nun diseberang sana. skarang ni macam2 isu akan keluar.. tak caya tunggu aje la. isu pertama dah pun bermula iaitu video seks yang tak tau dr mana dan siapa org didalamnya yang kononnya ada iras muka macam Anwar Ibrahim. Aduhaiiiiiii la bengapnya orang yang buat isu ni.

Kenapa sekarang plak kau keluarkan vedeo seks tu.. kenapa tidak sebelum mulanya pembubaran utk pilihanraya kat seberang nun. setiap kali nak pihanraya mesti ade itu.. bila korang buat mcmtu, nampak la yang memang kau sengaja bangkitkan isu utk pilihanraya. kan dh pecah tembelang temberang pertama. orang cerdik pandai nampak dah taktik ni, jadi ini menampakkan mustahillah korang UMNO/BN nak menang kat negeri org cerdik pandai.. menang lah korang kat tempat org duk bwh tempurung sebab dieorg dh memang sempit otak.. ko tau tak sempit otak tu mcm mana.. pernah tak kau rasa nak tekucil tapi tak tekeluar… lebih kurang mcm tu la.

 

POlitik sekarang ni makin kotor dan dh benanah.. nak rawat pun dh macam kanser susah nk pulih.. apela logiknya tgh isu kes liwat duk tepampang dlm media tetiba plak Anwar nak cari masalah lg pi pojek ngan amoi. ada plak yang duk rakam.. mcm tetau plak anwar nk pi pojek kat dlm bilik tu.. dh tu dgr kata dlm byk sudut plaktu duk rakam. Pastu ape la logiknya, kita duk sewa bilik hotel, die bleh letak kamera plak dlm bilik sewa.. ehhh bukan main lagi.. klu Rosmah tengah salin baju dlm hotel kan kantoi nampak semua bdn die yang belipat2 tu (gemuk pendek).

Sudah la wahai penipu pencacai penyamuk penyangak pengemis politik.. cukup la berpolitik secara kanak2. Profesional la dlm berpolitik.. jangan nanti org luar ketawakan politik korang yang busuk bau taik Bab* .. Kiamat dah dekat.. muhasabah la diri korang.. Jepun dh kena tsunami, korang plak dhnk kena tsunami politik.. tunggu la skit ari lagi..

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” – Al Hujuraat

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar” – An Nuur

” Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik” – An Nuur

p/s; nnti sy smbung lagi..

Tuan Guru

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir : 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian : Pondok Tuanguru Hj Abbas, Besut. Universiti Deoband India. Universiti Lahore Pakistan. Universiti Al Azhar. Sarjana Muda bahasa Arab. Sarjana Perundangan Islam.

Inikah orang yang anda ingin lawan bersungguh-sungguh .. Adakah anda lebih arif tentang agama daripada beliau. Fikirkan sendiri.

Sapa sokong SPRM

Hari ini penyokong-penyokong kuat BN dan UMNO bahagian Ampang membuat demonstrasi singkat menyokong SPRM.

Mereka mendesak pembangkang agar tidak mampolitikkan isu kematian beng hock.

e83ffb2fda0d3f16d37b9bd678a0e8e9

Sebenarnya pembangkang tidak mempolitikkan isu tersebut, pembangkang sekadar inginkan 1 siasatan terperinci dilakukan kerana kematian beng hock adalah sesuatu yang luar biasa. Banyak isu yang meragukan telah terdedah. maka ketidakpercayaan rakyat terhadap SPRM telah memuncak dan bagi mengambalikan kredibiliti SPRM, siasatan yang telus perlu dilakukan.

Tidak perlulah penyokong BN sibuk-sibuk nak tunjuk yang mereka menyokong SPRM. Macam mana pula nanti kalau-kalau siasatan menunjukkan kematian Beng Hock akibat pembunuhan atau khianat dari pihak SPRM. Apa pula penyokong-penyokong SPRM ni nak cakap.

Merekalah antara orang yang menyokong pembunuh. Patut dilempar SHIT aje di muka mereka ni. Tak perlu lah nak tunjukkan yang awak tu kaki bodek. Rasanya kalau pemimpin mereka ni ada depan mata, beku punggu*g dikipasnya.

 

Kematian Teo Yang Meragukan

Semperna pemerintahan Najib 100 hari, kita telah dihadiahkan berita menyedihkan, memeranjatkan dan meragukan iaitu kematian Teoh Beng Hock, 30 setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah yang kononnya jatuh dari pejabat SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam Selangor.

Terdapat keraguan munasabah diatas kejadian yang menimpa Teo. Diantaranya :-

1. Jika Teo membunuh diri, apakah motif beliau sedangkan beliau sekadar individu yang dipanggil untuk siasatan terhadap bos beliau.

2. Tidak ada logiknya Teo membunuh diri sedangkan beliau  ingin mendaftarkan perkahwinannya pada 17 Julai tetapi ditemui mati 1 hari sebelum itu iaitu 16 Julai.

3. Teoh disoalsiasat selama kira-kira 10 jam 45 minit (iaitu) dari jam  5 petang Rabu hingga jam 3.45 pagi hari Khamis. Siasatan memakan masa yang sangat lama.

4. kenapa Teo dinafikan untuk membawa penasihat undang-undangnya.

5. Mengapa Teoh gagal dihubungi selepas dia dibebaskan pada jam 3.45pagi

6. Mengapa SPRM mengambil masa yang lama untuk memanggil sidang akhbar iaitu jam 5 petang  memaklumkan tentang kematian Teo sedangkan mereka menyedarinya pada jam 1.30 tengahari.

7. Mengapa Peguam yang dilantik ahli keluarga mangsa tidak dibenarkan melihat mayat mangsa. Seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan.

8. Tidakkah pejabat SPRM mempunyai cctv.

9. Mengapakah kes yang berkaitan pembangkang sahaja disiasat sedangkan kes berkenaan rumah khir toyol pencuri seolah-olah dilupakan.

10. Mengapakah mayat mangsa iaitu Teo, lambat diangkat dan dibawa untuk pemeriksaan, seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan.

Berikut adalah persoalan yang bermain di minda pengarang, minda anda apa pula. Kita tunggu persoalan lain yang bakal keluar dalam 2,3,4,5 hari lagi.

 

 

Teo sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya pada 17 julai.

PAS Menang Tipis Di Manek Urai

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah taala pilihanraya kecil di Manek Urai telah berlansung dengan jayanya dan PAS telah selamat menguburkan UMNO walaupun dengan kemenangan tipis.

Sentimen politik wang telah mewarnai pilihanraya kecil tersebut dengan pendedahan yang sangat nyata dimana pengundi-pengundi yang pulang mengundi dari luar Kelantan telah disuap dengan wang ringgit. Inilah kekuatan BN dan UMNO. Kekuatan mereka hanyalah wang ringgit semata-mata.

Kita sedih melihat betapa mudahnya maruah seseorang dibeli dengan wang ringgit. Berdasarkan pendedahan rakaman di bahagian video, tampak kelemahan pihak SPR dan Polis menangani masalah yang berlaku.

Pihak SPR dan Polis dinafikan hak untuk membuat pemeriksaan keatas rumah yang dijadikan stor duit buat pengundi-pengundi luar. Mereka seolah-olah takut dengan seseorang. Jika pihak pembangkang melakukan sedikit kesilapan, tindakan yang akan diambil sangat keras dan tiada peluang untuk membela diri, manakala jika pihak UMNO dan BN yang melakukannya, mereka seoalah-olah menjalankan tugas sambil lewa. Ini berlaku kerana mereka takut C4 akan dililit di badan dan diletupkan tanpa belas kasihan.

Pengarang percaya, sentimen pengundi di Manek Urai seolah-olah ingin UMNO dan BN menjalankan janji mereka. Maka undi mereka memihak kepada BN pada pilihanraya kali ini. Pengarang juga yakin, pada pilihanraya akan datang di kawasan tersebut, PAS akan merampas kembali majoriti lebih tinggi. Ini kerana BN tidak akan melaksanakan janji mereka walaupun mereka dapat mengurangkan undi majoriti terhadap PAS.

Itulah BN dan UMNO, parti politik yang suka menabur janji-janji kosong kepada rakyat. Jika BN dan UMNO parti politik yang memperjuangkan kepentingan rakyat, mereka tidak akan menganaktirikan rakyatnya walaupun kawasan tersebut dimenangi parti pembangkang. Rakyat parti pembangkang juga adalah rakyat Malaysia yang sah. Ada kad pengenalan macam rakyat BN, darah merah juga.

Begitulah yang akan berlaku seterusnya jika BN kekal memerintah negara Malaysia.

Duit Rakyat

Tertarik dengan kempen-kempen yang dicanang oleh pimpinan tertinggi BN, ada serba sedikit pengarang nak mengulas dan nak memberi pendapat agar menjadi maklumat, dan pemahaman buat rakan-rakan.

TPM Muhiddin Yasin yang sedang hangat berkempen di Manek Urai ada berkata, jika rakyat Manek Urai inginkan perubahan dan pembangunan, mereka perlu mengundi BN. Ni ape cite niiiiii.

Apa guna rakyat membayar tol, bil air, bil api, cukai pintu, cukai tanah dan pelbagai lagi. Ini semua adalah duit yang dibayar untuk memastikan rakyat mendapat keselesaan dan pembangunan. Itu semua tugas pemimpin. Mahu atau tidak mereka perlu melaksanakannya. Kenapa perlu mengugut pula? Kalau tidak undi BN, takkan dapat pembangunan dan perubahan. ih ih ih.. ape ke bebalnye pemimpin awak ni. Gaji dia sendiri pun dari hasil duit Rakyat, lagi mau cakap banyak ke.

Pemimpin BN skarang ni sedang memperbodohkan rakyat.. betapa ruginya jika kita tidak nampak perkara ini dengan jelas. Pemimpin BN menganggap orang kampung Manek Urai mudah diperbodohkan. Wahai rakyat di Manek Urai, buktikan kepada pemimpin BN yang dungu itu yang kamu lebih bijak dari beliau.

Isu pembangunan dan pengagihan kekayaan negara tidak boleh dijadikan bahan ugutan atau kempen kerana ia adalah perkara yang sudah semestinya menjadi tanggungjawab setiap pemimpin.

Inilah yang telah berlaku di Negeri Kelantan apabila kerajaan persekutuan telah menganaktirikan kerajaan negeri Kelantan yang dimenangi pembangkang. Rakyat Kelantan telah sekian lama didera dan dianiaya. Pemimpin BN tidak menyalurkan bantuan dan pembangunan di Kelantan. Tidakkah rakyat Kelantan sedar tentang perkara ini. Jangan butakan mata dan pekakkan telinga kalian.

Pemimpin BN sudah tidak mempunyai isu lagi, mereka hanya membangkitkan isu pembangunan dan perubahan di Manek Urai. Tidak pula meraka cuba membangkitkan isu minyak di Kelantan. Ini kerana mereka takut duit poket mereka dirampas oleh rakyat Kelantan.

Kerajaan Persekutuan perlu memberi royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan. duit royalti ini tidak boleh terus menerus disekat, itu adalah hak rakyat Kelantan dan kerajaan negeri. Betapa zalimnya pimpinan BN ini.

Inikah orang atau parti yang kita cuba hendak berpadu dengan tajuk kerajaan perpaduan. Kirim salam sajala. Nampak sangat dah korupsi, kolusi dan nepotisme di dalam pimpinan BN. Kelak suatu masa mereka akan menikam dari belakang.

Semoga Allah membantu parti PAS dan semoga Manek Urai bersama pimpinan ulama yang memperjuangkan Islam. AMIN

PPSMI

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah Taala kerana doa kita yang berjuang menuntut penghapusan PPSMI telah dimakbulkan olehNya.

Pengorbanan dan keberanian pejuang-pejuang kita yang sanggup meredah hujan gas pemedih mata dari pihak polis tidak sia-sia. Kita telah berjaya membuka mata mereka yang gah mengatakan PPSMI adalah baik bagi mereka.

Kita tidak pasti samada pembatalan PPSMI ini bagi memancing undi di Manek Urai, atau menutup mulut yang membantah atau mereka ikhlaS melakukannya. Persoalannya, kenapakah terlalu lama masa diambil untuk membatalkan dasar PPSMI ini hingga mencecah 3 tahun. Adakah ini bagi memberi peluang pihak tertentu membuat persediaan menamatkan projek mereka atau sebaliknya.

Kenapa tidak mereka membatalkannya serta merta bagi memudahkan pelajar-pelajar kita merasa lega dengan kaedah pembelajaran yang baru iaitu dalam bahasa ibunda masing-masing. Kenapa dahulu mereka kata dengan gah bahawa mereka telah menjalankan kajian terperinci dengan menilai implikasi yang bakal terjadi dalam menjalankan dasar PPSMI ini. Dan kenapa pula sekarang mereka sekali lagi mengatakan telah menjalankan kajian mendalam dan baru menemui kelemahan dasar ini.

Dari sini kita boleh menilai kelemahan yang ada didalam pentadbiran negara. Ia seolah-olah menunjukkan bahawa sesuatu dasar yang ingin dijalankan pihak pimpinan dan pentadbiran negara tidak dikaji, dinilai, diselidiki dengan mendalam terlebih dahulu.

Perlu diingat bahawa, dalam melaksanakan sesuatu dasar, kajian perlu dijalankan dengan mendalam dan mengambil kira aspek luaran dan dalaman, awalan dan akhiran serta aspek-aspek kebarangkalian. Ini penting dan perlu diketahui oleh setiap pemimpin atau pembuat dasar. Jangan hanya mementingkan keuntungan semata-mata sehingga sanggup menggadai anak-anak kita di masa hadapan.

Bahasa Melayu perlu dimartabatkan sehingga keperingkat antarabangsa. Ini kerana Bahasa Melayu masih berada pada tahap yang lemah dan mundur kerana masih tidak dapat dikenali oleh masyarakat antarabangsa berbanding bahasa Indonesia, Thailand, Jepun, Filipina dan sebagainya.

Contoh mudah yang dapat pengarang berikan disini adalah, syarikat internet gergasi antarabangsa iaitu Google masih tidak meletakkan tahap Bahasa Melayu setanding dengan bahasa Indonesia dan lain-lain bahasa. Anda pasti akan ketahui jika anda seorang blogger yang ingin meletakkan iklan di dalam blog anda dengan memohon dari google. Pihak Google tidak akan meluluskan permohonan anda jika blog anda menggunakan Bahasa Melayu berbanding bahasa Indonesia yang mudah diluluskan.

Ini jelas menunjukkan bahawa bahasa melayu masih tidak berada ditahap antarabangsa. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa ibunda ini yang telah kita gunakan sejak berzaman.

Sekian Wallahualam..

Cuba La Kalau Berani

Berdasarkan kenyataan Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian pada 25jun lalu yang menggesa Tuan Guru Nik Aziz disiasat polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) kerana Tuan Guru Nik Aziz yang  menyamakan parti Melayu itu dengan ajaran sesat dan komunis dalam sebuah ceramahnya, Pengarang nak beritahu kalau berani cuba la.

Kite nak tenguk, berani ke mereka menangkap Tuan Guru Nik Aziz. Jangan buat main ye Anuar Safian. Orang yang anda duk harap ditahan tu siapa? Cuba tanya pada orang-orang beragama. Jangan pulak duk tanya pada orang yang jahil dalam UMNO tu. Hati mereka semua dah keras dan buta.

Tuan Guru Nik Aziz adalah orang yang sangat dihormati dan disegani berdasarkan ilmu agama yang amat dalam. Tidakkah kamu nampak Tuan Guru Nik Aziz itu siapa. Buta Kayu ke awak ni Anuar Safian. Jangan main lepas cakap je ye. Kite kat sini duk diam tak bermakna takut, tapi kita pendam je ni.

UMNO dah hampir hancur dah ni. Duk beli tiket lari luar negara cepat sebelum awak tu melingkop jugak. Ni kita nak beri nasihat kat sahabat-sahabat seIslam dalam UMNO dan BN. Cukup lah tu..

Cukup lah wahai YB UMNO dan BN, sedarlah, kiamat dah hampir tiba, janganlah kamu duk sibukkan hal dunia dan mencari harta sahaja. Mari bersama-sama kami menegakkan agama Allah. Sucikan diri, bersihkan hati.

Cukuplah kamu menghina dan mencerca Ulama selama ini, jangan sampai kamu terpaksa mencari mereka di Padang Mahsyar menuntut kemaafan. Waktu itu sudah terlambat buat kamu.

Bukannya kamu (UMNO dan BN) tidak tahu perkara yang benar, bukan kamu tak tahu hukum Allah, bukan kamu tak tahu tentang islam, kamu bukannya jahil sangat, ini semua kerana $$$ . Cukuplah, tak penting $$$ itu, kamu takkan dapat menggunakannya merasuah malaikat yang menulis amalanmu, kamu takkan dapat menggunakan duit itu merasuah malaikat untuk lepas seksa kubur, kamu takkan dapat menggunakan duit itu merasuah malaikat di padang mahsyar nanti. Itu hanya sekadar kertas yang ditetapkan nilai oleh manusia sendiri.

Marilah sama-sama kita berjuang di Jalan Allah. Semoga hati orang UMNO dan BN yang tertutup dan keras bak batu itu terbuka dan lembut kembali serta bersama-sama berjuang dalam satu suara satu rasa satu pegangan.

AMIN….

Kebangkitan Mahasiswa

Ape cite ni.. Mahasiswa dah berani ..

Haaa ni cite best.. mahasiswa UM duk bantah dan marah pada Rosmah Mansor, ape kenanye..

Ni sebabnye mahasiswa sendiri dah mengikuti perkembangan politik tanah air. Walaupun mereka sibuk dengan pemelajaran di Universiti, itu tidak bermakna mereka tidak ada masa untuk mencari maklumat atau informasi dan situasi terkini politik tanah air. Mereka berhak untuk bersuara dan bergiat aktif dalam politik kerana merekalah pelapis yang bakal mewarisi negara kita ni.

Mahasiswa merasa mereka perlu bertindak bagi memastikan negara yang tercinta ini tidak berada ditahap kritikal berdasarkan perkembangan politik yang berlaku sekarang. Mahasiswa sedemikian pasti merasakan mereka perlu bertindak bagi memastikan suara mereka didengar dan bantahan mereka serta kehendak mereka adalah sangat ketara.

Nampak gayanya, Isteri Perdana menteri kita tak disukai sesetengah mahasiswa. Ini sudah pasti menambahkan rasa ingin tahun golongan mahasiswa terhadap apa yang berlaku.

Orang ramai khususnya orang umno yang buat-buat tak tahu perlu peka perkara ini. Mereka perlu ingat bahawa sudah ramai rakyat Malaysia yang sedar dengan perkembangan semasa. Jika mereka tidak sedar sekarang, skit ari lagi mereka ni bakal jadi pembangkang pula.

Gelombang kebangkitan dan perubahan sedang berlaku di Malaysia. Silap-silap, pilihanraya umum akan datang, semenanjung Malaysia adalah Semenanjung Pekatan Rakyat. Maka UMNO dan BN hanya mengharapkan sokongan Sabah dan Sarawak sahaja.

Mereka perlu dihalau pulang ke Sabah dan Serawak. Jangan duk sibuk duk dalam semenanjung. Semak je kite tenguk 

Apa-apa pun Lu Pikir La Sendiri ek

Melaka oh Melaka

Melaka oh Melaka, negeri kelahiranku..

Alhamdulillah, pengarang berpuas hati dengan negeri Melaka tempat lahirku. Melaka kini berbeza dengan Melaka dahulu. Boleh dikatakan negeri yang maju dengan pesat dan memberansangkan.

Terima Kasih buat Ketua Menteri Melaka Ali Rustam. Terima Kasih juga kepada Ali Rustam kerana dalam kemajuan yang dibina di Melaka, rata-rata kemajuan yang dibina mempunyai unsur yang lebih kepada gejala sosial dan hiburan semata-mata.

Makin bertambah buruklah gejala sosial di melaka kerana mereka terlalu terdedah kepada unsur hiburan. Patutlah melaka susah nak ditembusi PAS kerana ramai sangat yang keras hati dek kerana hiburan berlebihan ini.

Kalau anda berkunjung ke Melaka, anda tidak perlu takut keluar malam, sebab malam dah macam siang.  Waktu malam anak-anak muda dan remaja boleh dilihat di merata-rata berkeliaran sambil berpasang-pasangan tanpa segan silu. Mak Bapak mereka juga seolah-olah tidak ambil peduli apa yang dilakukan anak mereka.

Pusat hiburan juga telah semakin banyak di Melaka. Kelab-kelab malam dibuka semakin melampaui masa yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan. Ada diantara kelab malam yang rata-rata pengunjungnya dari orang melayu yang beragama Islam. Apa sudah jadi dengan negeri Melaka. Tidakkah Ketua Menteri mereka takut dengan hukum tuhan kerana membiarkan perkara-perkara sebegini semakin parah.

Pengarang sendiri rasa pelik kenapakah Melaka makin panas cuacanya. Ingat-ingat lah, ini mungkin amaran tuhan. Sedar lah wahai rakan-rakanku.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi maksiat…..

Previous Older Entries

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other subscribers