Duit Rakyat

Tertarik dengan kempen-kempen yang dicanang oleh pimpinan tertinggi BN, ada serba sedikit pengarang nak mengulas dan nak memberi pendapat agar menjadi maklumat, dan pemahaman buat rakan-rakan.

TPM Muhiddin Yasin yang sedang hangat berkempen di Manek Urai ada berkata, jika rakyat Manek Urai inginkan perubahan dan pembangunan, mereka perlu mengundi BN. Ni ape cite niiiiii.

Apa guna rakyat membayar tol, bil air, bil api, cukai pintu, cukai tanah dan pelbagai lagi. Ini semua adalah duit yang dibayar untuk memastikan rakyat mendapat keselesaan dan pembangunan. Itu semua tugas pemimpin. Mahu atau tidak mereka perlu melaksanakannya. Kenapa perlu mengugut pula? Kalau tidak undi BN, takkan dapat pembangunan dan perubahan. ih ih ih.. ape ke bebalnye pemimpin awak ni. Gaji dia sendiri pun dari hasil duit Rakyat, lagi mau cakap banyak ke.

Pemimpin BN skarang ni sedang memperbodohkan rakyat.. betapa ruginya jika kita tidak nampak perkara ini dengan jelas. Pemimpin BN menganggap orang kampung Manek Urai mudah diperbodohkan. Wahai rakyat di Manek Urai, buktikan kepada pemimpin BN yang dungu itu yang kamu lebih bijak dari beliau.

Isu pembangunan dan pengagihan kekayaan negara tidak boleh dijadikan bahan ugutan atau kempen kerana ia adalah perkara yang sudah semestinya menjadi tanggungjawab setiap pemimpin.

Inilah yang telah berlaku di Negeri Kelantan apabila kerajaan persekutuan telah menganaktirikan kerajaan negeri Kelantan yang dimenangi pembangkang. Rakyat Kelantan telah sekian lama didera dan dianiaya. Pemimpin BN tidak menyalurkan bantuan dan pembangunan di Kelantan. Tidakkah rakyat Kelantan sedar tentang perkara ini. Jangan butakan mata dan pekakkan telinga kalian.

Pemimpin BN sudah tidak mempunyai isu lagi, mereka hanya membangkitkan isu pembangunan dan perubahan di Manek Urai. Tidak pula meraka cuba membangkitkan isu minyak di Kelantan. Ini kerana mereka takut duit poket mereka dirampas oleh rakyat Kelantan.

Kerajaan Persekutuan perlu memberi royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan. duit royalti ini tidak boleh terus menerus disekat, itu adalah hak rakyat Kelantan dan kerajaan negeri. Betapa zalimnya pimpinan BN ini.

Inikah orang atau parti yang kita cuba hendak berpadu dengan tajuk kerajaan perpaduan. Kirim salam sajala. Nampak sangat dah korupsi, kolusi dan nepotisme di dalam pimpinan BN. Kelak suatu masa mereka akan menikam dari belakang.

Semoga Allah membantu parti PAS dan semoga Manek Urai bersama pimpinan ulama yang memperjuangkan Islam. AMIN

1 Comment (+add yours?)

  1. haji
    Aug 10, 2009 @ 13:45:48

    Ada betul juga yea…

    Tapi macam mana pulak yea menteri besar Selangor nak guna Duit Zakat orang islam buat pembangunan?…Saya rasa,MB Selangor lagi teruk dari BN ….Tak ke gitu ?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other followers

%d bloggers like this: