Iklan Dibayar bukan Berbayar

Kepada Semua Pihak

Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Merujuk kepada pelawaan pihak-pihak tertentu untuk menemuramah saya. Saya ingin memohon maaf kerana terpaksa menolak pelawaan  semua pihak atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Ini kerana, saya masih belum bersedia untuk mengenengahkan diri dalam sebarang aktiviti samada yang berkaitan politik, dan interaksi sosial walaupun mendapat pelawaan dari banyak pihak. Saya lebih selesa jika mengenengahkan maklumat, pandangan atau bahan ilmiah di dalam tulisan saya di dalam blog.

Saya mengucapkan terima kasih atas pelawaan dan kepercayaan pihak-pihak Media dan Parti Politik terhadap saya.

Sekian Terima Kasih

Sah Zulkifli Nordin Agen UMNO-BN

Setelah apa yang kita dengar di dalam dewan pada hari ini, telah sah lah bahawa Zulkifli Nordin salah seorang agen perang UMNO-BN. Buruk sungguh bunyik bacaan teks yang disediakan kepadanya.

Cuma taktik perangnya kini berbeza sedikit, kerana adanya serangan dan ada pembelaan. Ini semua bagi mengeburi mata dan menyumbat telinga rakyat yang mengikuti perkembangan politik semasa lebih-lebih lagi buat rakyat yang tandus dengan maklumat selain media UMN)-BN.

Buat Zulkifli Nordin, Sabarlah.. InsyaAllah sikit hari lagi masyuuuuuuk la pulus tu. mungkin ada 2,3,4 kali lagi teks untuk dibaca.

Adakah Zulkifli Nordin Agen UMNO/BN?

Adakah Zulkifli Nordin Agen UMNO/BN?

Setiap kenyataan yang keluar dari mulut Zulkifli Nordin telah menampakkan bahawa beliau agen UMNO/BN yang cuba melancarkan perang saraf dan sikologi. Beliau cuba mencari publisiti murahan dengan membuat kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan konsep perjuangan Pakatan Rakyat  dan KeADILAN amnya.

Orang seperti beliau tidak layak menjadi wakil rakyat kerana ketidak ikhlasan hatinya dalam memperjuangkan kebenaran semakin pudar dan beliau lebih mementingkan prinsip diri sendiri berbanding prinsip dan perjuangan parti.

Akhir-akhir ini beliau kerap menjadi liputan media-media cetak dan media elektronik UMNO/BN. Ini menjadikan beliau lebih cenderung bersuara “bak katak memanggil hujan” .  Mungkin beliau rasa, dengan taktik ini, pimpinan BN/UMNO akan cuba menarik beliau menyertai mereka.

Tidak salah jika beliau ingin bersuara dan mengemukakan pendapat dan cadangan tetapi ia perlu dilakukan di platform yang tepat seperti di dalam menyuarat parti atau apa saja pertemuan yang berkaitan dengan parti. Sebaliknya beliau melenting diluar dari platform yang sebenar sehingga diambil kesempatan media-media UMNO/BN  menjalankan kempen politik mereka dengan liputan yang meluas.

Bagi saya .. beliau layak dipecat dari parti dan dicampakkan kedalam tong sampah UMNO/BN. Beliau layak mengambil upah menampal poster dan gantung bendera UMNO/BN dari menjadi ahli politik yang becakap berbelit-belit.

Saya Cadangkan pada awak Encik Zulkifli Nordin..

Adalah lebih baik kamu mengundur diri dari Pakatan Rakyat dari terus menerus bercakap dan mencari publisiti murahan untuk diri sendiri. Tak kemananyaaaa… Orang macam hang ni Pi masuk UMNO/BN lagi baguih.. hari2 bleh kempen dalam TV.

PERMOHONAN MAAF

Assalamualaikum..


Saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca kerana tidak berkesempatan mengemaskini blog ini dengan kerap. Ini kerana kesulitan yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah jika berkesempatan saya akan mengemaskini blog dengan menyumbang isu-isu terbaru dan bahan-bahan rujukan.

Sekian Harap Maklum

Pengendali Blog

MindaPengarang.wordpress.com @ Pembangkang.co.cc

Diktator Najib

Seperti yang telah kita ramalkan.. Nizar kalah dan zamri menang.

Menang pun sebulat suara plak tu 5-0 .. Bak kata P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang yang diubah suai …  ” Nampak dah ..tu tenguk tuuu.. sapa tak nampak die kena letup ngan c4″ .. maka dengan semula jadinya 5 hakim pun nampaklah jawapannya … Setiap filem P.Ramlee telah terlebih dahulu diselitkan sindiran kepada kerajaan.. Itu pun korang tak perasan ke..

Keputusan mahkamah berkenaan MB yang sah di Perak telah mengakibatkan hilangnya dan pincangnya demokrasi di Malaysia. Ia juga telah mengakibatkan dan mengesahkan bahawa PM Malaysia iaitu Najib adalah DIKTATOR yang sah dan sangat ditakuti.

Usahlah kita berdukacita.. semua perancangan mereka pasti ada cacat celanya, manakala perancangan Allah adalah sebenar-benarnya. Semua yang berlaku ini Ada hikmahnya. Walaupun begitu kita tidak perlu putus asa, usaha akan tetap dijalankan demi mencapai keadilan.

Apa yang pasti, InsyaAllah Allah akan membantu kita pada pilihanraya akan datang.. Kerana kita berada di pihak yang benar.

ALLAHUAKBAR……

KALIMAH ALLAH

Amboi-amboi.. Nampak gayanya UMNO dan BN nak jadi hero org melayu dan orang Islam sekarang. Sana sini duk kompang dalam media suh org bertenang.  Mula la stategi keji mereka-mereka yang tertentu ni mempolitikkan perasaan manusia sejagat.

Mula la pulak gereja di bom sana sini.. bunyik lagi puak puak ni duk suh org bersabar, bertenang dengan muka selambanya. Stategi dah diatur canteeek punya. Mula la kaki bodek duk pertahan perkataan Allah.

Dengan berbangkitnya isu ini, kalau puak-puak yang rabun bolehlah saya bantu merumuskan seperti berikut.

Apabila bermulanya isu perkataan Allah yang sengaja diatur dengan rapi, maka bermulalah strategi puak-puak UMNO dan BN cuba menjadi hero rakyat. Bermulalah sistem penggunaan falsafah 1malaysia atau lebih sedap dipanggil 1musibat. Mereka mula mempertahankan semua rakyat agar bersatupadu tak mengira agama,budaya,ras dan sebagainya. Ini dengan tujuan bahawa falsafah yang dibina mereka adalah falsafah yang berkesan dan berjaya dituruti rakyat Malaysia.

ada lagi aku nak citer ni.. BERSAMBUNG

Isu Kereta Pun Nak Dipolitikkan

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan keputusan kerajaan dalam menetapkan kenderaan yang melebihi 15thn perlu dihantar ke puspakom untuk pemeriksaan setiap tahun bagi memperbaharui Roadtax.

Saya yang berpengalaman dalam bidang Inspection dan berkenaan urusan kenderaan di JPJ telah terlebih dahulu menjangkakan bahawa keputusan yang dibuat ini pasti akan dibatalkan kembali, dan ia telahpun secara rasmi ditarik balik atas alasan untuk kepentingan rakyat.

Sebenarnya UMNO n BN ini sudah tidak ada modal untuk berpolitik.. Isu yang dibangkitkan berkenaan pemeriksaan kenderaan 15thn ke atas ini adalah modal politik busuk mereka. Strategi telah diatur dari mula lagi. Sebenarnya mereka telah maklum bahawa rakyat tidak akan bersetuju dengan cadangan tersebut. Dari segi teknikalnya mereka juga pasti, jika cadangan tersebut tetap dijalankan.. seluruh pusat pemeriksaan puspakom akan mengalami kepadatan kereta yang akan hadir untuk pemeriksaan. Maka satu situasi buruk bakal berlaku dan peningkatan bantahan dari rakyat akan terjadi. Maka oleh yang demikian, mereka seolah-olah mementingkan rakyat dengan menggunakan cogankata 1malaysia. Kononnya rakyat didahulukan dan kononnya pencapaian diutamakan. Oleh yang demikian arahan tersebut ditarik balik. Ini semua taktik bagi politik sampah mereka. hanya rakyat yang tidak terbuka mindanya sahaja akan menerimanya.

Mereka juga tahu, jika arahan pemeriksaan kenderaan 15thn keatas dilaksanakan, maka semua syarikat penjualan kereta terpakai akan mengalami kerugian, maka lambakan kereta terpakai akan berlaku. Justeru secara teorinya ekonominya, sistem penghasilan kekayaan negara yang disumbangkan dari penjualan kereta terpakai akan merosot dan bakal bertambah lagi pembuangan pekerja dari sektor tersebut akibat daripada masalah kewangan dari syarikat penjualan kereta terpakai.

UMNO n BN juga ingin mempolitikkan isu rakyat yang miskin.. mereka telah maklum bahawa golongan bawahan atau yang berpandapatan rendah adalah golongan utama yang menggunakan kereta terpakai. Maka dengan menggunakan taktik tarik dan lepas adalah taktik kotor yang digunakan bagi memancing hati rakyat miskin atau bawahan menyokong mereka. Mereka bangkitkan isu kemudian kononnya menyelesaikannya demi kepentingan rakyat.

Ini semua adalah strategi politik yang telah ketinggalan zaman.. Usahlah memutarbelitkan kepala rakyat lagi kerana rakyat kini telah bijak menilai percaturan politik semasa.

Esok lusa apa pulak isunya.. kita tunggu dan lihat.

Sekian

Dr M Tahu Tilik

Amboi Dr Mahathir … Nyanyuk dah sangat ni..

Dah berlagak pandai dah Dr M ni, … Macam die tahu ilmu tilik pulak.. dah lebih dari org biasa, macam ada kashaf plak.. Tahu apa yang bakal berlaku di masa depan la pulak.

Mana la die blajar sampai boleh jangka kalau pembangkang memerintah, gelap masa depan Malaysia. Dia dah macam tahu pulak Qada dan Qadar Allah.

Kita takkan tahu apa akan jadi di masa depan.. Jangan duk buat kenyataan melanpau sampai duk rumuskan benda yang kita tak tahu. Kalau buat rumusan BN memerintah bakal musnah Malaysia ada la logiknya sebab kita dah nampak ketidak upayaan dan kepincangan yang sedang parah berlaku di Malaysia.

Tak usah la Dr M nak buat kenyataan dalam keadaan nyanyuk.. makin mengarut dah bunyiknya.

Pengarang berdoa semoga Dr M dibukakan pintu hati dan menuju jalan yang sebenar sebelum terlambat dan sebelum ajalnya sampai .

SEKIAN

Pendedahan Berani Aku Tentang SPRM

Selama ini aku senyap aje bila tenguk gelagat SPRM yang kononnya mempertahankan yang prosedur penyiasatan mereka tidak ada kekerasan. Sebenarnya apa yang mereka nafikan itu semuanya bohong dan cuba untuk lepas tangan.

Tujuan aku ni bukan nak beburukkan atau sengaja nak menfitnah, aku cuma nak bercerita apa yang rakan aku alami.

Aku ada rakan yang bekerja di JPJ.. JPJ negeri mana tu aku tak dapat nak cerita lebih lanjut, kena jaga jugak.. Kawan aku ni pernah dibawa ke SPRM untuk penyiasatan berkenaan kononnya ada terlibat dengan rasuah.

Dia ada bercerita kat aku, dia diberi tekanan yang amat sangat di dalam siasatan tersebut.. dia juga kata, sesekali dia dilempang dan ditumbuk semata-mata untuk mendapatkan maklumat. Kadang-kala dia menangis di dalam bilik siasatan kerana tidak tahan dengan tekanan dan deraan yang dilakukan pihak SPRM.

Aku ada cadangkan dia buat report polis sebab SPRM dah guna kekerasan. Dia kata dia takut nak buat report sebab kakitangan SPRM yang duk siasat dia ada ugut, kalau dia report polis, dia dan keluarga akan dimalukan.

Apa maksudnya dimalukan?? … Anda fikirlah sendiri…

Jadi , adakah SPRM tidak melakukan kekerasan???

note : Pendedahan ini tidak lama di ruangan blog ini, sekadar dikeluarkan untuk tatapan sebentar …

Previous Older Entries

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other followers