DEMOKRASI DI MALAYSIA BOLEH DIJUSTIFIKASIKAN

DEMOKRASI DI MALAYSIA BOLEH DIJUSTIFIKASIKAN

       Malaysia adalah sebuah Negara bangsa yang membangun atau digelar negara Dunia ke 3. Malaysia adalah Negara yang terbentuk selepas kemerdekaan pada tahun 1957. Secara Majoriti suku kaum yang terkandung di dalam Negara Malaysia adalah Melayu, Cina, India dan lain-lain.

      Malaysia sebuah negara majmuk dari segi ras atau kaum, budaya dan agama, kita mesti bertitik-tolak dari semangat ingin bekerjasama untuk kebaikan semua kaum, budaya dan agama dalam kerangka paradigma politik negara-bangsa Malaysia baru.Sejak dari dulu juga Malaysia dikatakan mengamalkan demokrasi. Sistem parlimen menjadikan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen merupakan satu bentuk system politik yang popular diamalkan oleh Negara-negara yang mempraktikkan system demokrasi.

       Sebuah Negara demokratik ialah sebuah Negara atau kerajaan rakyat. Sebuah Negara yang demokratik yang berpelembagaan dan berdaulat, mendukungi keluhuran undang-undang. Ia mengurus tadbir pemerintahan dengan mengadakan sistem-sistem yang menjamin hak rakyat. Dalam konteks Malaysia terlalu banyak kepincangan yang jelas kelihatan yang menampakkan bahawa Malaysia bukan sebuah Negara yang demokratik. walaupun pemimpin menganggap mereka mengamalkan Negara yang demokratik tetapi menurut konsep sebenar demokrasi tersebut adalah tidak bertepatan sama sekali.

       Demokrasi di Malaysia tidak dapat dianggap demokrasi sebenar. Walaupun dengan lantang pihak pemimpin atasan mahupun bawahan mempertahankan yang mereka mengamalkan demokrasi, malang sekali ia boleh dijustifikasikan.

       Ini jelas kerana terdapat sesetengah sarjana sains politik menamakan jenis demokrasi seperti di Malaysia sebagai “Quasi-Democracy or Pseudo-Democracy” iaitu “Separa Demokrasi” atau “Demokrasi Palsu” (Wiliam Case 2004, Zakaria Ahmad 1989) atas sebab pelbagai amalan undang-undang zalim yang terus berkuatkuasa sementara mengadakan pilihan raya berkala dan meraikan institusi-institusi demokrasi yang tidak berfungsi sepenuhnya.

       Kerajaan Malaysia melaung-laungkan bahawa mereka mengamalkan demokrasi yang sebenar, tetapi berdasarkan erti dan konsep-konsep demokrasi yang diketengahkan ahli-ahli sarjana dan di dalam erti kata sebenar juga menunjukkan bahawa Malaysia tidak mengamalkan demokrasi yang sebenar. Terdapat pelbagai factor yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah Negara yang tidak demokrasi. Banyak penganalisis politik berpendapat bahawa Malaysia hanya mengamalkan semi-demokrasi. Diantara perkara-perkara yang boleh menjustifikasikan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi ialah tiada kebebasan sepenuhnya di dalam sistem demokrasi itu sendiri. Berikut adalah bukti-bukti pencabulan demokrasi di Malaysia :-

 

Kebebasan Bersuara

       Kebebasan, semula jadi sebenarnya asas yang paling penting untuk menegakkan demokrasi. Aspek utama dalam kerajaan berdemokrasi ialah jaminan-jaminan hak asasi golongan minority. Adalah tidak adil sama sekali jika golongan majority yang menguasai kerajaan mendenda golongan minority dengan cara mengancam atau mengenakan sekatan-sekatan tertentu. Oleh itu semua sistem demokrasi telah mengenakan sekatan-sekatan kepada pemerintah agar tidak menjejaskan hak asasi golongan minority.

       Hak-hak rakyat sepatutnya di pandang berat oleh kerajaan dan pemerintah dalam pengamalan demokrasi. Terdapat banyak kebebasan rakyat di Malaysia telah di bataskan, lebih-lebih lagi kebebasan bersuara dan memberi pendapat kepada pihak atasan. Hak-hak asasi manusia global seperti hak-hak bersuara, dalam mencapai ‘demokrasi permuafakatan’ dengan berkumpul dan mendirikan persatuan, disamping ‘rule of law’ sering mewarnai perjuangan di Malaysia.

       Dengan gabungan rakyat mengadakan perhimpunan, nyata sekali mereka mengetepikan sentimen perkauman dengan bekerjasama tanpa mengira kaum, jantina, mahupun agama. Ini menunjukkan rakyat menginginkan sesuatu yang meraka rasakan perlu.

       Jika Malaysia Negara yang  demokrasi, pihak kerajaan sepatutnya memberikan permit kepada rakyat yang ingin mengadakan perhimpunan. Mereka sekadar ingin menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Mereka sekadar menggunakan suara, sepanduk sepanduk dan sebagainya bagi mendesak kerajaan. Kerajaan sepatutnya lebih terbuka dengan perkara ini.

       Di Malaysia, nampaknya kerajaan tidak terbuka dan tidak gentleman dalam menangani isu ini. Yang lebih menyedihkan, rakyat yang mengadakan demonstrasi disekat sama sekali dengan menggunakan kuasa yang mereka ada dan mengarahkan pihak polis menyuraikan. Pihak polis pula menyuraikan dengan tembakan air asid dan gas pemedih mata. Ini menggambarkan ketidakadilan berlaku kepada rakyat.

       Pihak pemimpin dan kerajaan sepatutnya mengambil berat terhadap pandangan rakyat. Contoh yang terbaru dapat kita kenal pasti bbaru-baru ini dimana pada 10 september gabungan rakyat yang memakai pakaian serba kuning yang digelar gabungan BERSIH yang mengadakan perhimpunan bagi menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong kerana menginginkan pilihanraya yang bersih. Mereka berasa bahawa pilihanraya sebelum ini tidak bersih dengan alasan-alasan tertentu.

       Tetapi perhimpunan yang diadakan telah disekat sejak awal. Walau bagaimanapun perhimpunan tersebut tetap berlansung dengan kehadiran puluhan ribu rakyat yang berarak. Tidakkah terbuka mata pemimpin melihat kehendak rakyat tersebut.

       Pihak polis juga seolah-olah tidak memahami apa itu hari hak asasi manusia. Ini kerana pihak polis telah bertindak menangkap terhadap peguam-peguam yang mengadakan sambutan hari kebebasan hak asasi manusia. Tindakan tersebut lebih mencemarkan demokrasi yang kononnya diamalkan.

       Sepatutnya kebebasan rakyat berhimpun secara aman telah dijamin didalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi wujudnya seksyen 27 Akta Polis 1967 yang perlu memohon permit kepada Polis, telah menggugat kebebasan berhimpun  di dalam Negara yang melaksanakan demokrasi ini. Ini menampakkan seolah-olah Malaysia adalah Negara polis, kerana kuasa polis amat luas sehingga berjaya mengetepikan Perlembagaan Persekutuan. Di manakah demokrasi yang dicanang oleh pihak pemimpin. 

 

Kebebasan Media Massa.

       Media Massa samada media elektronik ataupun media cetak adalah satu sistem komunikasi atau sistem yang digunakan oleh setiap Negara bagi maklumat-maklumat yang meliputi semua perkara. Setiap Negara yang mengamalkan demokrasi perlu memberikan hak kepada mana-mana individu mahupun parti politik bagi menggunakan media massa yang ada bagi memberikan maklumat yang mereka ada.

       Namun di Malaysia, kebebasan media massa telah disekat sama sekali. Pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan telah memonopoli sama sekali media massa ini. Memonopi media disini bermaksud, pencabulan hak asasi yang dilaksanakan parti yang memerintah apabila dengan kuasa yang mereka perolehi mereka memonopoli penggunaan Media samada media cetak dan elektronik. Sesebuah Negara yang mereka katakan demokrasi sepatutnya kebebasan menggunakan media cetak dan elektronik adalah dibenarkan. Tetapi ia berlaku sebaliknya.

       Kerajaan telah menjerut akhbar dan majalah dengan menekan para penerbit untuk mendapatkan lessen rasmi setiap tahun dan mempunyai kuasa dan selera untuk menggantung lesen itu seandainya muncul berita yang tidak menyenangkannya. Kerajaan mahu berperanan besar dalam mengaturkan cara parti politik pembangkang menyibarkan maklumat mereka. Kerana itu, parti pembangkang hanya dibenarkan menjual penerbitan mereka kepada ahli-ahli sahaja.

       Setiap hari di media cetak dan elektronik, hanya terpampang tentang kebaikan parti pemerintah dan keburukan parti pembangkang. Hanya orang yang tak cukup akal sahaja yang boleh menerimanya. Orang-orang yang tak cukup akal inilah yang tergolong dalam masyarakat yang berfikiran sempit dan terlalu lama duduk di dalam kepompongnya sendiri.

       Walaupun pihak pembangkang tidak dapat menggunakan media seperti parti pemerintah, tetapi pihak pembangkang telah menggunakan pendekatan dengan melancarkan Akhbar mereka sendiri iaitu Harakah. Pada peringkat permulaannya, Harakah dikeluarkan setiap hari, tetapi ia telah di halang penjualannya oleh pihak kerajaan. Mereka bimbang kerana peningkatan pembelian Harakah oleh masyarakat. Bimbang jika bakal Harakah dapat mempengaruhi rakyat, maka pihak kerajaan telah menggunakan akta penerbitan dan percetakan sehingga Harakah hanya boleh dijual 2 kali dalam seminggu. Itu pun tidak dapat menghalang kebimbangan mereka setelah kerajaan mengetatkan lagi syarat sehinggalah Harakah hanya boleh dikeluar 2 kali dalam sebulan. Ketidakadilan yang berlaku ini sungguh ketara.

       Pihak pembangkang juga terpaksa mengadakan ceramah-cerama bagi memudahkan komunikasi mereka dengan rakyat, namun ceramah-ceramah mereka juga disekat. Pihak pemerintah tidak memberikan permit. Di manakah demokrasi yang diperkatakan.

 

Sistem Kehakiman

       Kita juga dapat melihat bagaimana sistem kehakiman negara kini menjadi bahan ketawa orang ramai manakala pihak polis juga telah kehilangan keyakinan dan kepercayaan dari rakyat jelata . Institusi ini yang sepatutnya memperlindungi rakyat sebagai tunjang demokrasi nampaknya kecundang dan menjadi penyelamat kepada pemerintah yang semakin gelisah akan kehilangan kuasa.

       Contoh yang amat ketara dan terbaru dimana terbongkarnya sistem kehakiman yang pincang dimana seorang peguam telah mengadakan perbualan dengan seorang hakim dalam percaturan kehakiman di mahkamah. Ia adalah satu perkara yang amat memalukan bagi kerajaan yang sentiasa mengatakan mereka mengamalkan demokrasi dan kebebasan dalam sistem kehakiman. Namun yang menjadi persoalannya, pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) sepatutnya menyiasat perasuah tetapi sebaliknya berlaku dimana BPR hanya menyiasat pelapornya sahaja.

 

Menganaktirikan Negeri Yang Ditawan Parti Pembangkang

       Apa yang dimaksudkan dengan menganaktirikan Negeri yang pernah ditawan parti pembangkang ini adalah kawasan atau negeri yang dimenangi oleh pihak berhaluan kiri atau pihak pembangkang. Apa yang hendak ditekankan disini adalah, Pihak kerajaan telah menganaktirikan negeri yang dimenangi pembangkang dengan tidak memberi peruntukan dana bagi melaksanakan pembangunan. Pihak kerajaan yang diwakili parti pemerintah juga cuba menakut-nakutkan pelabur tempatan supaya tidak membuat pembangunan di negeri yang ditakluki parti pembangkang.

       Tindakan pihak pemerintah ini bertujuan bagi memberi gambaran kepada umum bahawa, parti pembangkang tidak berjaya dan tidak mampu membangunkan negeri mereka, justeru alasan-alasan ini juga digunakan bagi membuat contoh kepada umum tentang betapa daifnya negeri yang dimenangi pihak pembangkang. Kerajaan yang mengamalkan demokrasi tidak sepatutnya memperlakukan perkara sedemikian. Walaupun negeri tersebut dimenangi pembangkang, pihak kerajaan wajib memberi peruntukan yang sepatutnya dalam memajukan negeri tersebut.

 

Kongkongan Terhadap Pekerja Sektor Awam

       Ketidakadilan juga berlaku apabila pihak kerajaan atau parti pemerintah seolah-olah menakut-nakutkan dan seolah-olah mengugut rakyat yang bekerja di sector Awam. Hak rakyat untuk mengundi dengan telus juga tidak mencapai target kerana kebimbangan rakyat oleh kerana pelbagai undang-undang keras dan penindasan oleh kerajaan terus menimbulkan rasa takut. Rakyat berasa bimbang pekerjaan mereka akan terjejas jika mengundi dengan telus.

       Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku di Negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Ini menampakkan seoalah-olah pihak kerajaan tidak professional dalam menjalankan pilihanraya yang telus dan adil.

 

Tempoh Berkempen Dalam Pilihanraya

       Dalam melaksanakan pilihanraya yang telus, kerajaan sepatutnya memberi peluang kepada semua pihak dalam mengadakan kempen dengan baik. Tetapi di Malaysia jika dahulu kerajaan menetapkan tempoh kempen selama 30 hari, tetapi pada pilihanraya tahun 2004, tempoh kempen yang dibenarkan hanyalah 8 hari. Kalau begitulah singkatnya tempoh kempen, bagaimanakah kita hendak meraikan proses demokrasi setiap empat tahun sekali.

 

Suruhanjaya Pilihanraya

       Suruhanjaya Pilihanraya adalah satu badan yang bebas dalam mengadili pilihanraya di Malaysia. Namun sejak dahulu hingga sekarang, kebebasan terhadap sistem yang diamalkan SPR boleh dipertikaikan. Ini berdasarkan apa yang berlaku pada pilihanraya 2004 dimana terlalu banyak kepincang yang berlaku diantaranya terlalu banyak kehilangan nama pengundi semasa pilihanraya 2004, wujudnya nama-nama pengundi yang  telah meninggal dunia dan terdapat orang yang meninggal dunia pergi mengundi. Sungguh ajaib.

       Di manakah sistem yang bersih diamalkan pihak SPR. Apakah yang dilakukan pihak SPR selama 4 tahun sebelum bermula pilihanraya pada 2004 tersebut. Adakah seminggu nak pilihanraya baru nak buat kerja. Siapa pula pengundi-pengundi yang menggunakan nama orang yang telah meninggal dunia. Barangkali inilah yang dinamakan pengundi hantu oleh pihak parti pembangkang selama ini.

             

Pembahagian Kekayaan Negara

       Ciri persamaan di kalangan rakyat jelata merupakan suatu cirri yang lebih ideal daripada hakiki. Terdapat pelbagai persamaan dalam undang-undang, persamaan peluang, persamaan dalam pemilikan kekayaan Negara, persamaan kelakuan dan sebagainya.

       Pembahagian kekayaan Negara hendaklah diuruskan dengan sama rata. Namun di Malaysia, jurang antara yang miskin dan yang kaya semakin jauh. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana. Sejajar dengan sistem demokrasi, permintaan ke atas kebebasan rakyat bertambah tetapi kebebasaan itu disalah gunakan untuk melakukan keganasaan. Yang lebih mendukacitakan, para pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihanraya sebenarnya tidak mampu untuk mengatasi masalah rakyat.

       Dasar kerajaan dalam memberi kekayaan sama rata kepada rakyat telah tidak menampakkan hasil apabila berlakunya kebangkitan kaum India baru-baru ini yang menuntut agar mereka tidak disisihkan. Sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan Demokrasi, kekayaan Negara perlu diagihkan dengan sebijak-bijaknya. Ini berlaku sebaliknya.

       Di Malaysia kita boleh Nampak dengan ketara bahawa pihak-pihak atasan kerajaan seolah-olah membolot harta kekayaan Negara untuk diri mereka sendiri. Ini dapat dilihat dengan kewujudan asset-aset mereka yang disembunyikan, rumah-rumah besar dan banyak lagi. Sepatutnya pihak-pihak atasan perlu mengumumkan kekayaan mereka agar tidak berlakunya penyelewengan yang berleluasa.

       Penyelewengan harta kekayaan Negara juga dapat dilihat apabila negiri yang dikatakan kaya dengan minyak tetapi negerinya mempunyai peratus rakyat miskin yang tertinggi di Malaysia iaitu Terengganu. Dimanakah kekayaan negeri ini digunakan. Adakah untuk pemimpin-pemimpin atasan yang gila kuasa. Fikirkanlah dengan rasional.

Tindakan Ganas Polis

       Salah satu lagi aspek yang mempengaruhi perjuangan memartabatkan hak asasi manusia di dalam Negara yang kononya mengamalkan Demokrasi adalah berpunca apabila Anwar Ibrahim di pukul di dalam tahanan. Kesan lebam di mata Anwar Ibrahim yang jelas mendapat liputan meluas dari media cetak dan media elektronik samaada dari dalam atau luar negeri membangkitkan kemarahan banyak pihak. Pihak polis di anggap terlalu kejam dengan melakukan perkara tersebut kepada orang yang pernah menjadi orang kedua berpengaruh di dalam Negara. Ini salah satu aspek berlakunya rombakan besar-besaran di dalam pembangunan politik di Malaysia pada tahun 1999 sehingga mengurangkan undi BN. Akibat dari itu, rata-rata rakyat menginginkan campurtangan raja-raja melayu sehingga tertubuhnya Suruhanjaya Diraja sehingga tertangkapnya Tan Sri Rahim Nor.

Badan Bukan Kerajaan (NGO)

       Setiap Negara yang demokrasi pasti wujud badan bukan kerajaan dalam menjalankan pemantauan terhadap segala apa yang berlaku di dalam sistem demokrasi tersebut. Namun di Malaysia, NGO seolah-olah tidak diambil peduli lansung oleh pihak kerajaan. Banyak persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan NGO seolah-olah tidak ada maknanya. Pihak kerajaan seolah-olah meletakkan NGO sebagai sebuah badan yang mengganggu kerja mereka, maka mereka tidak akan mempedulikannya.

 

Sistem Keadilan

       Dalam konteks sistem kehakiman Negara pula, pihak parti pembangkang membangkitkan persoalan bahawa, kesalahan Anwar Ibrahim sepatutnya dibicara di mahkamah syariah kerana Anwar Ibrahim adalah seorang islam. Tetapi pihak kerajaan melakukan sebaliknya dan Hakim yang dipilih adalah hakim bukan beragama islam.

       Isu ini juga membangkitkan kemarahan ramai pihak. Oleh yang demikian, isu ini adalah satu isu yang boleh diketengahkan parti pembangkang bagi memperolehi sokongan rakyat dalam menghadapi pilihanraya. Justeru isu pemecatan bekas ketua hakim Negara Tun Saleh Abbas yang diecat tanpa sebab juga dibangkitkan bagi mengetengahkan pencabulan hak asasi manusia oleh kerajaan.

Bersambung..

28 Comments (+add yours?)

  1. dahpidahpi
    Nov 13, 2009 @ 15:53:52

    nak baca sambungan……….

    Reply

  2. vemalan
    Jun 30, 2010 @ 14:21:32

    pls pls pls i nak baca lagi….

    Reply

  3. messi
    Jul 04, 2010 @ 13:25:05

    belahla weii……

    Reply

  4. cinta kirana
    Oct 04, 2010 @ 20:25:56

    knapa tak ada kebaikan sistem demokrasi di malaysia.. saya perlikan maklumat itu.. tolong lah terangkan secara terperinci..

    Reply

  5. profesor abu qassim
    Feb 09, 2011 @ 13:18:05

    walaupun malaysia dianggap tidak mengamalkan sistem demokrasi yang sebenar namun ianya sudah cukup memadai untuk menjaga kepentingan kita bersama tambahan pula masyarakat kita pada hari ini yang sememangnya aktif dengan bertunjangkan kuasa dan nikmat kepuasan semata-mata. amalan demokrasi yang bersifat sebenar tidak sesuai digunapakai di malaysia yang mempunya kepelbagaian bangsa , ras dan sentimen masyarakat yang sering dikongkong dengan hawa nafsu.
    sekian dari saya sebagai sedikit perkongsian dalam kita menyayangi bangsa dan negara kita setelah sekian lama kita hidup dalam keadaan yang aman diharap janganlah kita menggadaikannya dengan hanya untuk memenuhi kepentingan individu tertentu sahaja.

    Reply

  6. Syikin Ekin
    Aug 21, 2011 @ 11:04:23

    ni ciri2 sistem demokrasi ke ??

    Reply

  7. Anonymous
    Sep 07, 2011 @ 15:53:26

    x leyh ke pndekkn?pnjng sgt nk bca..nk print lgi..adoyai..

    Reply

  8. Anonymous
    Sep 12, 2011 @ 18:19:47

    ampa nye dowk komen pew tah

    Reply

  9. niaazahari
    Sep 18, 2011 @ 22:16:33

    ssah gler nk cri mklmat

    Reply

  10. Anonymous
    Sep 20, 2011 @ 09:29:11

    rigkaskan lah sendiri…

    Reply

  11. Anonymous
    Jan 04, 2012 @ 22:47:18

    betul, demokrasi di malaysia memang bukan yang sebenar,
    lihatlah kewujudan AUKU (akta universiti dan kolej universiti), akta ini sahaja sudah melanggar undang-undang dasar negara, yang kata mereka ‘demokrasi’..namun kerajaan masih pertahankan akta-akta ini..banyak kepincangan dalam negara yang hanya boleh dibincangkan, namun kerajaan ini nampaknya terlalu taksub pada kuasa pemerintahan..

    Reply

  12. uwah singlez (@mierauwah)
    Mar 19, 2012 @ 16:07:19

    alaaa.. mana sambungannya.. sy amat mmerlukan maklumat yang lain..aarrrgghh!!!

    Reply

  13. Anonymous
    Aug 25, 2012 @ 08:32:58

    renungkanlah anda berada di negara bergolak….

    Reply

  14. Anonymous
    Oct 09, 2012 @ 13:50:35

    apa ni semua cakap buruk saja tentang malaysia kalau itu mcm u lahir ka mana u apa org indon ka lu pu……….

    Reply

  15. Admin
    Oct 09, 2012 @ 14:19:08

    Sila pelajari sistem demokrasi … ini sekadar 1 kajian yang merangkumi perspektif demokrasi dan Malaysia adalah contoh terdekat yg diambil berdasarkan kajian semasa. Jika anda tidak pernah membuat kajian, sila buat kajian mendalam sebelum bertindak. Sains politik adalah kajian politik yang memerlukAN pemikiran kritis, bukannya pemikiran yg tertutup seperti berada dlm tempurung kelapa.

    Reply

  16. Anonymous
    Nov 08, 2012 @ 12:03:33

    kenapa perlu dilihat dari aspek keburukan.apa sudah tak ada kebaikan ke atas pemimpin kita sekarang.. semoga allah memberkati pemimpin kita pada hari ini..

    Reply

    • Admin
      Nov 14, 2012 @ 13:55:55

      sila fahami tajuk : Justifikasi bermakna boleh dipersoalkan .. maka isi kandungannya merangkumi perkara2 yg punyai keraguan berdasarkan sistem politik semasa .. segala isi kandungan adalah berbentuk ilmiah. Dalam menjalankan pembelajaran bidang politik, pemikiran kritis perlu dlm setiap isu.. maka ini adalah salah satu bentuk pemikiran kritis yg boleh digunakan. Sy yakin jika kajian politik yg anda laksanakan dlm pembelajaran tidak mengandungi isi pemikiran kritis, maka pembelajaran dan kajian yg dijalankan adalah sia2 dan tidak berkualiti. Harap Maklum

      ________________________________

      Reply

  17. Minglong
    Jan 05, 2013 @ 01:14:06

    Demokrasi memang membutuhkan banyak pengorbanan terutama dari rakyat. Serta kemauan yg kuat dari pemerintah. Ambil contoh Indonesia, butuh 10 tahun utk membuat demokrasi di indonesia se matang sekarang. Kami rakyat indonesia sudah terbiasa memberi kritik terbuka pada pemerintah, sebaliknya pemerintah juga sudah bisa menerima kritik & segera melakukan perubahan jika kritik tersebut benar adanya. Jangan lihat demokrasi indonesia menghambat pertumbuhan ekonomi, lihat ekonomi Indonesia saat ini sebenar2nya jangan sebelah mata. Dunia mengakui bahwa Indonesia sudah menjelma menjadi raksasa ekonomi dunia yg demokratis. Saya harap Malaysia mau sedikit rendah hati utk mulai belajar demokrasi ke Indonesia. Karena hasilnya sudah terbukti & sekarang rakyat Indonesia siap menyongsong masa depan yg lebih baik, adil, terbuka & sejahtera. Salut & hormat buat bapak Anwar Ibrahim yg mau berkorban demi kemajuan bangsanya. Salam sejahtera buat rakyat Malaysia….

    Reply

  18. Anonymous
    Jan 23, 2013 @ 22:54:09

    mana sambungannya? please…

    Reply

  19. Kaki Sembang
    Jan 31, 2013 @ 03:43:35

    profesor abu qassim, saya kurang bersetuju dengan Prof, pandangan Prof ini adalah begitu dangkal dan kurang cermat. Prof hanya memikirkan periuk nasi prof sendiri..Kenapa sistem demokrasi tulen tidak boleh diterima pakai, ini lah yang menyebabkan negara kita penuh dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, orang kaya lupa kepada golongan bawahan..Malaysia adalah sistem demokrasi yang penipu…gua rasa lu bukan prof tapi penyangak

    Reply

  20. Anonymous
    Jul 12, 2014 @ 11:10:56

    ape kebaikan system demokrasi?

    Reply

  21. Anonymous
    Sep 03, 2014 @ 16:29:33

    panjang kotttttttt

    Reply

  22. Cheng Yin Shing
    Jun 14, 2015 @ 22:00:44

    I’m feeling happy…………:0:)

    Reply

  23. mat
    Oct 18, 2016 @ 15:39:46

    Admin kata artikel ini berbentuk ilmiah tapi sayang tiada fakta yang benar2 berilmiah. Ianya lebih berbentuk partisan dalam konteks kerakusan pembangkang yang menggunakan kaedah politik barat yang pro demokrasi untuk menghentam kerajaan secara melampaui batas di dalam negara sendiri. Cuba bandingkan sokongan rakyat negara AS dengan rakyat negara lain tentang cara memberi sokongan kepada pemimpin dan saling menghormati hak majoriti dan minoriti. Artikel ini membakulsampahkan nilai akademik dan ilmiah dalam konteks Islam berkaitan dengan pemerintahan dengan mangadudombakan corak politik barat ke dalam sistem pemerintahan dalam negara sendiri.

    Reply

Leave a comment

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other subscribers