Melaka oh Melaka

Melaka oh Melaka, negeri kelahiranku..

Alhamdulillah, pengarang berpuas hati dengan negeri Melaka tempat lahirku. Melaka kini berbeza dengan Melaka dahulu. Boleh dikatakan negeri yang maju dengan pesat dan memberansangkan.

Terima Kasih buat Ketua Menteri Melaka Ali Rustam. Terima Kasih juga kepada Ali Rustam kerana dalam kemajuan yang dibina di Melaka, rata-rata kemajuan yang dibina mempunyai unsur yang lebih kepada gejala sosial dan hiburan semata-mata.

Makin bertambah buruklah gejala sosial di melaka kerana mereka terlalu terdedah kepada unsur hiburan. Patutlah melaka susah nak ditembusi PAS kerana ramai sangat yang keras hati dek kerana hiburan berlebihan ini.

Kalau anda berkunjung ke Melaka, anda tidak perlu takut keluar malam, sebab malam dah macam siang.  Waktu malam anak-anak muda dan remaja boleh dilihat di merata-rata berkeliaran sambil berpasang-pasangan tanpa segan silu. Mak Bapak mereka juga seolah-olah tidak ambil peduli apa yang dilakukan anak mereka.

Pusat hiburan juga telah semakin banyak di Melaka. Kelab-kelab malam dibuka semakin melampaui masa yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan. Ada diantara kelab malam yang rata-rata pengunjungnya dari orang melayu yang beragama Islam. Apa sudah jadi dengan negeri Melaka. Tidakkah Ketua Menteri mereka takut dengan hukum tuhan kerana membiarkan perkara-perkara sebegini semakin parah.

Pengarang sendiri rasa pelik kenapakah Melaka makin panas cuacanya. Ingat-ingat lah, ini mungkin amaran tuhan. Sedar lah wahai rakan-rakanku.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi maksiat…..

1 Comment (+add yours?)

  1. MADE IN MELAKA
    Dec 23, 2009 @ 13:01:46

    Kan tugas mak bapak diaorang didik anak diorang, apa hal lak nak salah orang tua tu?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other followers

%d bloggers like this: