CAWANGAN BARU MINDAPENGARANG

PERHATIAN

SILA KE CAWANGAN BARU UNTUK MENDAPATKAN LEBIH BAHAN DAN MAKLUMAT YANG TERBARU

http://mindapengarang.blogspot.com

Sayangi Ibumu

Syurga itu terletak ditelapak kaki ibu.

Sayangi ibu bapa kita sebagaimana mereka pernah menyayangi kita. Sementara mereka masih ada di dunia ini, berikan kasih sayang kita kepadanya. Sebagai anak, tunjukkan yang kita menyayangi beliau.

  • laksanakan apa yang mereka kehendaki selagi tidak bertentangan dengan hukum Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
  • Bantu ibu bapa kita dalam melaksanakan atau menguruskan rumah.
  • Cium tangan ibu dan pipi ibu tanda sayang setiap kali kita bertemu selepas pulang dari jauh.
  • Selepas solat, doakan kesejahteraan ibu dan ayah seperti doa berikut “Ya Allah, sayangi, kasihi, dan kasihanilah ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil”

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W siapa yang beliau perlu patuhi terlebih dahulu selepas Allah dan Rasul.. maka Nabi menjawab Ibumu Ibumu Ibumu dan selepas itu barulah Ayahmu.

Dengan menjadi anak yang soleh dan menyayangi ibu bapa bakal menyejukkan hatinya dan merasa disayangi. Jika ibu kita sayang, InsyaAllah syurga menanti

Anti ISA

Perhimpunan

Perhimpunan besar-besaran menentang akta ISA akan berlansung seperti berikut :-

Tarikh : 1 Ogos 2009

Masa : 2 petang ( awal skit lagi bagus, goblok banyak)

Lokasi : 3 lokasi  iaitu di Depan Sogo, Masjid Jamek atau Pasar Seni (CM)

Pakaian : Baju hitam atau merah

 

Peringatan buat rakan-rakan yang bakal pergi, sila bawa garam halus bagi tujuan digunakan apabila terkena gas pemedih mata dan air acid.

Rakan-rakan juga diingatkan bahawa pada tarikh yang sama, sekumpulan NGO termasuk persatuan PEWARIS yang pro Barisan Nasional akan turut mengadakan perhimpunan bagi menuntut pengekalan akta ISA. Mereka akan berbaju putih. Oleh yang demikian, sila berhati-hati.

Dibimbangi satu provokasi akan berlaku. DaH secara semulajadi orang BN pasti tak cukup akal akan cuba melakukan sesuatu diluar dugaan.

Sila hadir beramai-ramai agar kita dapat menenggelamkan suara golongan pro BN ini dan dapat bersiap sedia dengan apa sahaja kemungkinan yang bakal dilakukan mereka.

Bersatu kita teguh, bercerai jangan kecewa, kawin lain ek

note: Saya sudah pasti pergi, tak pernah ketinggalan. dah jadi tabiat berjuang

Nasihat Buat Semua

Sesungguhnya Allah sayangkan insan-insan yang mengamalkan perkara-perkara ini :-

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita..

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan…

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa ,
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.

Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah..
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. . .

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan
kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

 

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”
(Sabda Rasulullah SAW)

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Note : Ihsan dari kedahlanie

Informasi

Sila lihat pendedahan PANAS di bahagian VIDEO berkenaan Pilihanraya Kecil Manek Urai

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other followers