Cuba La Kalau Berani

Berdasarkan kenyataan Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian pada 25jun lalu yang menggesa Tuan Guru Nik Aziz disiasat polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) kerana Tuan Guru Nik Aziz yang  menyamakan parti Melayu itu dengan ajaran sesat dan komunis dalam sebuah ceramahnya, Pengarang nak beritahu kalau berani cuba la.

Kite nak tenguk, berani ke mereka menangkap Tuan Guru Nik Aziz. Jangan buat main ye Anuar Safian. Orang yang anda duk harap ditahan tu siapa? Cuba tanya pada orang-orang beragama. Jangan pulak duk tanya pada orang yang jahil dalam UMNO tu. Hati mereka semua dah keras dan buta.

Tuan Guru Nik Aziz adalah orang yang sangat dihormati dan disegani berdasarkan ilmu agama yang amat dalam. Tidakkah kamu nampak Tuan Guru Nik Aziz itu siapa. Buta Kayu ke awak ni Anuar Safian. Jangan main lepas cakap je ye. Kite kat sini duk diam tak bermakna takut, tapi kita pendam je ni.

UMNO dah hampir hancur dah ni. Duk beli tiket lari luar negara cepat sebelum awak tu melingkop jugak. Ni kita nak beri nasihat kat sahabat-sahabat seIslam dalam UMNO dan BN. Cukup lah tu..

Cukup lah wahai YB UMNO dan BN, sedarlah, kiamat dah hampir tiba, janganlah kamu duk sibukkan hal dunia dan mencari harta sahaja. Mari bersama-sama kami menegakkan agama Allah. Sucikan diri, bersihkan hati.

Cukuplah kamu menghina dan mencerca Ulama selama ini, jangan sampai kamu terpaksa mencari mereka di Padang Mahsyar menuntut kemaafan. Waktu itu sudah terlambat buat kamu.

Bukannya kamu (UMNO dan BN) tidak tahu perkara yang benar, bukan kamu tak tahu hukum Allah, bukan kamu tak tahu tentang islam, kamu bukannya jahil sangat, ini semua kerana $$$ . Cukuplah, tak penting $$$ itu, kamu takkan dapat menggunakannya merasuah malaikat yang menulis amalanmu, kamu takkan dapat menggunakan duit itu merasuah malaikat untuk lepas seksa kubur, kamu takkan dapat menggunakan duit itu merasuah malaikat di padang mahsyar nanti. Itu hanya sekadar kertas yang ditetapkan nilai oleh manusia sendiri.

Marilah sama-sama kita berjuang di Jalan Allah. Semoga hati orang UMNO dan BN yang tertutup dan keras bak batu itu terbuka dan lembut kembali serta bersama-sama berjuang dalam satu suara satu rasa satu pegangan.

AMIN….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other followers

%d bloggers like this: