Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah taala, dengan limpah kuniaNya terhasillah blog ini bagi memberikan maklumat sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku disekeliling kita.

Tujuan utama blog ini dibina bagi memberi sedikit sebanyak maklumat kepada pelayar bagi dijadikan rujukan, nasihat, pandangan dan tindak balas yang bakal diperolehi bagi kita bersama-sama berkongsi maklumat dan pendapat terhadap isu yang dibangkitkan.

Segala isu yang akan dibangkitkan bukanlah bertujuan bagi memburuk-burukkan atau sengaja untuk memfitnah, ia sekadar sebagai suatu isu yang diutarakan oleh pengarang untuk tujuan mendapat maklum balas atau komen-komen dari pengunjung bagi dibandingkan dan dianalisis.

Pengarang akan berusaha membangkitkan isu-isu yang penting untuk dikaji dan dikenal pasti. Pengarang juga akan memulakan hujahan isu dan pelayar digalakkan untuk memberikan maklum balas atau komen tidak kira apa pun. Ia mungkin dapat membantu kita bersama-sama memajukan diri dan membuka minda ke ruang lingkup yang lebih besar.

Akhir sekali, pengarang berharap agar kita bersama-sama mengeluarkan pendapat cadangan atau apa saja yang berbentuk ilmiah agar ia dapat menjadi rujukan bersama.

Sekian Wassalam dan selamat melayari minda anda

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other subscribers