JPJ Yang Bermasalah

Bosan Menunggu

Bosan Menunggu

Bilalah Boleh Balik

Mereka juga ada perkara lain yang perlu dilakukan

Dapat Releks

Bacalah yang ditulis

Orang Ramai Semakin Bertambah

Tidur kejap la

Tempat duduk pun tak cukup

Orang ramai ada yang terpaksa berdiri kerana ketiadaan tempat duduk

Gelisah

Gelisah dibuatnya

 

Jabatan Pengangkutan Jalan Padang Jawa Selangor mengalami gangguan sistem yang mengakibatkan orang ramai gagal membuat sebarang urusan. Ganggu ini bukan hanya sehari dua telah berlaku, tetapi telah berlarutan selama 3 minggu.

Jika gangguan yang berlaku pada minggu ini sahaja ia boleh dimaafkan lagi kerana ia melibatkan gangguan di seluruh Malaysia kerana JPJ menaiktaraf sistem mereka,  namun begitu lain pula ceritanya di JPJ Padang Jawa Shah Alam ini.

Ramai yang merungut dan membuat aduan tetapi masih tiada tindakan yang diambil oleh pihak JPJ Padang Jawa. Kenapa ini berlaku. Kutipan wang boleh dikatakan jutaan setiap bulan tetapi sistem yang digunakan masih sistem kuno yang kerap kali tergendala.

Tidakkah Kerajaan atau pihak pimpinan tertinggi sedar atau sengaja membiarkannya. Pungutan duit rakyat dari hasil urusan JPJ digunakan untuk apa. Ditelan untuk mereka dan kroni-kroninya ke.

Bagaimanalah agaknya Malaysia nak mencapai wawasan 2020 , menjadi negara maju yang mempunyai infrastruktur yang canggih manggih sedangkan apa yang berlaku sekarang masih tidak dapat diatasi.

Harap pihak bertanggungjawab memandang berat perkara ini.

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other subscribers