Demokrasi Permuafakatan

Demokrasi permuafakatan

Demokrasi permuafakatan adalah satu konsep yang diketengahkan oleh sarjana Lijphart di dalam bukunya yang bertajuk Democracy in Plural Societies: A Comparative Exploration, 1977.

Kelemahan Demokrasi Permuafakatan

1. Nilai demokrasi yang terhad dan rendah

  • mengutamakan kebebasan kumpulan, bukan kebebasan individu. Kesamaan politik antara individu tergugat.
  • otonomi segmen menggugat kesamaan antara kumpulan
  • penguasaan berstruktur pihak elit menjadikan kumpulan bukan elit pasif dan mengalah.

2. Kestabilan politik terjejas

  • keputusan lambat dicapai (sebab perlu persetujuan pelbagai segmen dalam kerajaan campuran)
  • keputusan sukar dicapai (sebab adanya kuasa saling membatal
  • pengambilan dan kenaikan pangkat bukan atas dasar merit (sebab adanya prinsip sebandingan)
  • kos operasi kerajaan tinggi (sebab pemberian otonomi segmen)

Konsep Kelas (Karl Marx)

KONSEP KELAS (Karl Marx)

       Kelas adalah satu konsep yang mengukur kedudukan sosial manusia dari segi kebendaan dan merupakan satu pembentukan sosial yang tidak dapat dipisahkan daripada institusi ekonomi yang menguruskan hal-hal seperti harta, pendapatan, kewangan, pelaburan, agihan kekayaan, tenaga kerja dan pembahagian buruh dalam masyarakat. Perjuangan kelas merupakan sesuatu yang terjadi sepanjang masa yang didasarkan semata-mata karena penindasan si kaya terhadap si miskin.

       Karl Marx menganggap kelas adalah statifikasi unggul dalam masyarakat manusia dan perkara yang menjelaskan perbezaan sosial. Marx menentang adanya system kelas yang telah membeza-bezakan masyarakat, Marx menginginkan terbentuknya kesamaan yang bermaksud bahawasanya masyarakat tidak harus saling membeza-bezakan diantara status samada kaya, miskin, pandai, tidak pandai dan sebagainya yang ada dalam masyarakat tersebut.

       Marx lebih fokus dan menekankan sebab terjadinya penderitaan masyarakat terhadap pembahagian tahap dan kelas sosial (suffering of the devision of society), sedangkan untuk mengklasifikasi tahap sosial dan membezakan antara manusia dengan manusia memerlukan pemikiran yang logik dan sistematik demi mewujudkan perubahan dalam pembentukan sosial.

       Sebuah masyarakat yang baik menurut Marx adalah, bebas berkembang dari setiap keinginan setiap individu yang ada, sehingga dapat membentuk sebuah masyarakat yang bebas dari seluruh aspek dalam tahap kemajuan sosial. Setiap individu tidak perlu mengambil peduli berkenaan kelas masing-masing, akan tetapi mereka berusaha untuk mencari jawapan, kenapa manusia mengeksploitasi manusia lainnya dan kenapa perlu ada perbezaan sosial dalam masyarakat.

       Maka, perubahan ini akan membawa pada sebuah revolusi dalam sosial masyarakat. Teori Marx secara umum mengulas tentang sebab dan alasan dari penderitaan golongan kelas bawah dalam sosial, sedangkan cara untuk menghapuskanya adalah dengan sistem classless society.

       Berdasarkan konsep Karl Marx tentang kelas ini, dapatlah dihuraikan bahawa dalam pembetukan teori sosial beliau telah memberi sumbangan yang sangat penting sehingga kini. Kesamarataan yang di war-warkan telah menjadi kenyataan. Seluruh masyarakat kini menentang jika berlakunya system kelas yang akan memebezakan antara satu individu dengan individu yang lain. Masyarakat atau individu yang berkuasa dianggap sama dengan masyarakat yang kurang kuasa atau yang tidak mempunyai kuasa. Orang kaya dengan orang miskin dianggap sama, Cuma yang membandingkan mereka adalah kebendaan.

       Sehingga kini kita memperjuangkan kesamaan dalam kehidupan. Pemilikan dan keinginan yang sama di anggap dapat membantu mengwujudkan system sosial lang serata. Dengan penghapusan system kelas, tidak ada lagi berlaku penindasan dalam kehidupan bermasyarakat. Oleh yang demikian unit sosial dalam masyarakat perlu sedap dalam mengelakkan berlakunya system kelas, mereka perlu berusaha dan bertanggungjawab menjadikan diri mereka orang yang bebas mempunyai kemajuan dalam hidup tidak kira dalam aspek pemikiran, kebendaan, ekonomi, sosial, budaya, agama dan sebagainya. Karl Marx melihat masyarakat manusia sebagai sebuah proses perkembangan yang akan menyudahi konflik melalui konflik (Camplell, 1994: 134).

Penderaan Kanak-kanak

Masalah penderaan kanak-kanak adalah satu isu yang sangat serius kebelakangan ini. Tindakan penderaan ini seolah-oalah tidak mempunyai noktahnya selagi tiada inisiatif magi menghalang dan mencegah perkara ini berlaku.

Keganasan terhadap kanak-kanak mengikut definisi termasuklah keganasan fizikal, keganasan psikologikal, diskriminasi, terbiar dan juga penganiayaan. Ia juga merangkumi penderaan di dalam bentuk fizikal, perkataan dan seksual di rumah kepada hukuman yang memalukan dan penindasan di sekolah, termasuklah penderaan dan juga penyisihan dalam institusi sehinggalah pergaduhan sesama kumpulan di jalanan di mana kanak-kanak bermain atau bekerja.

Ada di antara mereka yang merasakan punca utama kes-kes penderaan yang berlaku di negara ini adalah disebabkan taraf sosio ekonomi yang rendah oleh keluarga tersebut. Ada juga yang merasakan bahawa sikap ibubapa yang pemabuk dan tidak bertanggungjawab sebagai punca utama kepada masalah tersebut.

Sebab-sebab lain yang dirasakan sebagai penyebab kepada masalah tersebut ialah tidak mempunyai pendidikan, tidak mempunyai pekerjaan, dan keluarga yang berpecah belah. perbezaan di antara ahli profesional juga wujud mengenai cara untuk menyelesaikan masalah. Ada yang mencadangkan agar tindakan undang-undang diambil ke atas mereka yang mendera. Ada pula yang mencadangkan supaya diadakan kelas-kelas kaunseling dan sebagainya. Walau apapun pandangan yang dikemukakan, isu yang penting kepada masyarakat ialah masalah sosial merupakan agenda yang perlu diberikan perhatian yang serius.

 Sejak kebelakangan ini, kita dapat mendengar dan melihat tentang berlakunya penderaan kanak-kanak yang boleh dikatakan menyentuh hati. Diantaranya kes Nurin Jazimin yang di didera, perkosa dan dibunuh. Kes seperti ini kadangkala menyakitkan hati kita. Kita tidak dapat menyangka, manusia boleh bersifat melebihi sifat binatang. Tingkahlaku devian ini bercirikan kelakuan ganas terhadap golongan yang kurang berkuasa dalam masyarakat manusia iaitu kanak-kanak. Kisah kekejaman yang dilakukan terhadap kanak-kanak sering dipaparkan di media massa sama ada media elektronik atau media cetak. Apabila sesuatu berita penganiayaan itu dipaparkan, perasaan masyarakat akan terusik lalu mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Reaksi seumpama ini memang lumrah. Setiap kali kes penganiayaan dipaparkan di surat khabar, setiap kali itu juga masyarakat akan bangun meminta orang yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Masyarakat rata-rata mengklasifikasikan bahawa perlakuan penderaan terhadap kanak-kanak ini tidak boleh diterima. Kita sendiri telah sedia maklum bahawa anak seperti kain putih, ibu bapalah yang bakal mencorakkannya untuk menjadikan manusia putih bersih atau hitam legam.

Tetapi wujud juga situasi dimana ibu bapa sendiri yang mendera anak mereka. Jika kita lihat Ibu kucing bersama anaknya, pernahkah kita Nampak ibu kucing itu mendera atau memukul anaknya? Jawapannya adalah tidak pernah. Maka oleh kerana itulah Ibu bapa yang mendera anak mereka boleh digelar melebihi sifat binatang. Mereka seolah-olah tidak mempunyai perasaan terhadap anak mereka.

Ibu bapa seharusnya tahu atau mengambil berat tentang Undang-undang Kanak-kanak Malaysia.Undang-undang ini menyatakan bahawa kanak-kanak harus dihormati sebagai seorang insan.Mereka perlu diberi perhatian sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat.Kanak-kanak juga perlu dididik dalam persekitaran yang baik.Sekiranya ada ibu bapa yang mendera atau menyeksa anak-anak,maka mereka ialah orang yang tidak memahami Undang-Undang Kanak-Kanak Malaysia dan patut menerima hukuman yang setimpal

            “Menurut Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak, keganasan terhadap kanak-kanak dalam apa jua bentuk adalah merupakan pencabulan terhadap hak-hak asasi mereka. Keganasan terhadap kanak-kanak tidak boleh dipertahankan sebagai sebab-sebab untuk mendisiplin ataupun sebagai suatu budaya tradisi. Adalah sia-sia dan tidak bermanfaat untuk memalukan kanak-kanak. Terdapat pelbagai cara lain untuk mendisiplinkan kanak-kanak dengan lebih berkesan yang tidak menggunakan keganasan apabila mengajar kanak-kanak tentang keluarga dan juga apa yang diharapkan di dalam kelakuan mereka,”

Oleh yang demikian, sama-sama lah kita menyedari hakikat bahawa, kanak-kanak adalah kesinambungan kehidupan kita. Janganlah kanak-kanak diperlakukan seperti bahan mainan yang tidak berguna. Didik lah anak-anak kita agar menjadi orang berguna kelak.

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other subscribers