Fikir Sejenak

Ulama adalah pewaris nabi yang menjalankan dakwah dan menyebarkan risalah dalam mengembangkan agama Allah kepada umat manusia di muka bumi. Ulama juga adalah contoh terbaik yang perlu diambil dalam meneruskan perjuangan yang telah didaulatkan ke atas umat manusia.

Malaysia salah sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah beragama islam telah sejak berzaman lagi mempunyai ulama-ulama yang sangat dikagumi dalam mengembangkan ajaran islam demi menjadikan negara ini sebuah negara yang dirahmati Allah. Setiap umat islam di Malaysia telah sedia kita ketahui sangat menghormati ulama-ulama yang menjalankan ajaran Allah di Malaysia. Namun akhir-akhir ini dapat kita nilai bahawa ada segolongan ulama yang tidak lagi dihormati dan dikagumi oleh sesetengah umah Islam di negara ini.

Ini berlaku akibat daripada penyertaan ulama-ulama tersebut ke dalam era politik lebih-lebih lagi pada parti pembangkang. Kenapakah ini berlaku? Apakah ada perbezaan ajarannya apabila mereka menceburi bidang politik? Adakah mereka telah sesat?

Soalan-soalan ini sangat mudah dijawab. Jawapannya hanya satu iaitu golongan yang telah membenci ulama yang memasuki politik pembangkang adalah mereka yang kurang ilmu agamanya. Pengarang berpendapat sedemikian kerana, cuba anda fikir sejenak, dahulu ulama-ulama yang berceramah di dalam tv itu adalah ulama yang sama yang telah memasuki parti politik pembangkang.. dahulu sebelum mereka menceburi bidang politik, anda sanjung, anda puja, anda suka, tapi kenapa sekarang anda cerca. Tidakkah anda takut dengan hukuman Allah.

Tidakkah terbuka minda anda untuk cuba mencari sebab kenapakah ulama ini telah berpaling ke parti pembangkang. Carilah maklumat.. jangan lah jadi manusia yang duduk di bawah tempurung. Buka minda dan buka hati, sanggupkah anda terus mencerca manusia yang bergelar ulama yang tujuan utama meraka menegakkan agama Allah di muka bumi Malaysia ini.

Sedarlah wahai rakan-rakan. Ini bukan kata-kata kosongku, ini adalah sesuatu yang perlu anda fikirkan. Semoga Allah membuka pintu hati dan akalmu dan diberikan petunjuk jalan yang benar.

Kelas Menengah

Kelas menengah di Malaysia boleh dikategorikan kpd 3:

a) kelas menengah baru: kumpulan profesional, pengurusan dan pentadbiran bergaji, yang menerima amanah dan kuasa daripada majikan

b) kelas menengah lama: kumpulan pemodal yang ada atau tiada kuasa atas buruh.

c) kelas menengah bawah: kumpulan pekerja kolar putih gred bawahan, kumpulan sokongan.

 

Ciri-ciri kelas menengah baru di Malaysia

a) kelas menengah generasi pertama: generasi terdahulu berlatar belakang petani dan pekerja.

b) mobilisasi inter-generasi bersifat jarak dekat dan bertahap: lebih mudah menyertai kelas paling hampir di atas daripada melangkauinya.

c) dihasilkan melalui pendidikan yang dibiayai negara/kerajaan

d) berpendapatan selesa, membentuk nouveau riche (kelas kaya baru). Asas ekonomi berasaskan gaji, tetapi amat bergantung kepada pinjaman melalui sistem kewangan.

e) berorientasikan pengguna – status sosial diukur berdasarkan pemilikan barang dan kediaman

f) bersifat ‘selamat’ yakni memberi keutamaan kepada mengekalkan status kelas generasi seterusnya, berideologi konservatif, menyokong status quo

g) status kelas belum ketara sepenuhnya dalam stail kehidupan dan sifat kepenggunaan (kehidupan seharian).

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other subscribers