Isu Kereta Pun Nak Dipolitikkan

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan keputusan kerajaan dalam menetapkan kenderaan yang melebihi 15thn perlu dihantar ke puspakom untuk pemeriksaan setiap tahun bagi memperbaharui Roadtax.

Saya yang berpengalaman dalam bidang Inspection dan berkenaan urusan kenderaan di JPJ telah terlebih dahulu menjangkakan bahawa keputusan yang dibuat ini pasti akan dibatalkan kembali, dan ia telahpun secara rasmi ditarik balik atas alasan untuk kepentingan rakyat.

Sebenarnya UMNO n BN ini sudah tidak ada modal untuk berpolitik.. Isu yang dibangkitkan berkenaan pemeriksaan kenderaan 15thn ke atas ini adalah modal politik busuk mereka. Strategi telah diatur dari mula lagi. Sebenarnya mereka telah maklum bahawa rakyat tidak akan bersetuju dengan cadangan tersebut. Dari segi teknikalnya mereka juga pasti, jika cadangan tersebut tetap dijalankan.. seluruh pusat pemeriksaan puspakom akan mengalami kepadatan kereta yang akan hadir untuk pemeriksaan. Maka satu situasi buruk bakal berlaku dan peningkatan bantahan dari rakyat akan terjadi. Maka oleh yang demikian, mereka seolah-olah mementingkan rakyat dengan menggunakan cogankata 1malaysia. Kononnya rakyat didahulukan dan kononnya pencapaian diutamakan. Oleh yang demikian arahan tersebut ditarik balik. Ini semua taktik bagi politik sampah mereka. hanya rakyat yang tidak terbuka mindanya sahaja akan menerimanya.

Mereka juga tahu, jika arahan pemeriksaan kenderaan 15thn keatas dilaksanakan, maka semua syarikat penjualan kereta terpakai akan mengalami kerugian, maka lambakan kereta terpakai akan berlaku. Justeru secara teorinya ekonominya, sistem penghasilan kekayaan negara yang disumbangkan dari penjualan kereta terpakai akan merosot dan bakal bertambah lagi pembuangan pekerja dari sektor tersebut akibat daripada masalah kewangan dari syarikat penjualan kereta terpakai.

UMNO n BN juga ingin mempolitikkan isu rakyat yang miskin.. mereka telah maklum bahawa golongan bawahan atau yang berpandapatan rendah adalah golongan utama yang menggunakan kereta terpakai. Maka dengan menggunakan taktik tarik dan lepas adalah taktik kotor yang digunakan bagi memancing hati rakyat miskin atau bawahan menyokong mereka. Mereka bangkitkan isu kemudian kononnya menyelesaikannya demi kepentingan rakyat.

Ini semua adalah strategi politik yang telah ketinggalan zaman.. Usahlah memutarbelitkan kepala rakyat lagi kerana rakyat kini telah bijak menilai percaturan politik semasa.

Esok lusa apa pulak isunya.. kita tunggu dan lihat.

Sekian

Dr M Tahu Tilik

Amboi Dr Mahathir … Nyanyuk dah sangat ni..

Dah berlagak pandai dah Dr M ni, … Macam die tahu ilmu tilik pulak.. dah lebih dari org biasa, macam ada kashaf plak.. Tahu apa yang bakal berlaku di masa depan la pulak.

Mana la die blajar sampai boleh jangka kalau pembangkang memerintah, gelap masa depan Malaysia. Dia dah macam tahu pulak Qada dan Qadar Allah.

Kita takkan tahu apa akan jadi di masa depan.. Jangan duk buat kenyataan melanpau sampai duk rumuskan benda yang kita tak tahu. Kalau buat rumusan BN memerintah bakal musnah Malaysia ada la logiknya sebab kita dah nampak ketidak upayaan dan kepincangan yang sedang parah berlaku di Malaysia.

Tak usah la Dr M nak buat kenyataan dalam keadaan nyanyuk.. makin mengarut dah bunyiknya.

Pengarang berdoa semoga Dr M dibukakan pintu hati dan menuju jalan yang sebenar sebelum terlambat dan sebelum ajalnya sampai .

SEKIAN

Pendedahan Berani Aku Tentang SPRM

Selama ini aku senyap aje bila tenguk gelagat SPRM yang kononnya mempertahankan yang prosedur penyiasatan mereka tidak ada kekerasan. Sebenarnya apa yang mereka nafikan itu semuanya bohong dan cuba untuk lepas tangan.

Tujuan aku ni bukan nak beburukkan atau sengaja nak menfitnah, aku cuma nak bercerita apa yang rakan aku alami.

Aku ada rakan yang bekerja di JPJ.. JPJ negeri mana tu aku tak dapat nak cerita lebih lanjut, kena jaga jugak.. Kawan aku ni pernah dibawa ke SPRM untuk penyiasatan berkenaan kononnya ada terlibat dengan rasuah.

Dia ada bercerita kat aku, dia diberi tekanan yang amat sangat di dalam siasatan tersebut.. dia juga kata, sesekali dia dilempang dan ditumbuk semata-mata untuk mendapatkan maklumat. Kadang-kala dia menangis di dalam bilik siasatan kerana tidak tahan dengan tekanan dan deraan yang dilakukan pihak SPRM.

Aku ada cadangkan dia buat report polis sebab SPRM dah guna kekerasan. Dia kata dia takut nak buat report sebab kakitangan SPRM yang duk siasat dia ada ugut, kalau dia report polis, dia dan keluarga akan dimalukan.

Apa maksudnya dimalukan?? … Anda fikirlah sendiri…

Jadi , adakah SPRM tidak melakukan kekerasan???

note : Pendedahan ini tidak lama di ruangan blog ini, sekadar dikeluarkan untuk tatapan sebentar …

Siapa Kau Nak Mengaku Rasul

Manusia Musibat yang mengaku dirinya rasul umat melayu dahpun ditahan dan dijatuhkan hukuman. Lega rasanya, bila si musibat tu dah ditangkap, dah pun mengaku salah. Tapi ada pulak sepoi-sepoi suara yang duk menyibuk. Merujuk kepada apa yang tertera di dalam metro hari ini.

Ada la seorg ke atau seekor, tak reti plak nak kenal pasti yang duk pertahan rasul melayu. Dengar kata bekas penyanyi reggei. die duk kata rasulnya mengaku salah sekadar mengikut undang-undang dan taknak melawan undang-undang sebab bertentangan dengan ajarannya.

Amboi-amboi, sedapnya bercakap.. kalau dah tahu taknak melawan undang-undang yang die duk larikan diri begitu lama tu apa pasal.

Die plak duk kata, ajarannya mengikut ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran dan mempertahankan kepercayaannya berdasarkan ayat Al-Quran tersebut. Ni satu lagi bengap punya org. Kalau dah nak guna apa yang terkandung dalam Al-Quran, apa pasal tak rujuk sepenuhnya, main rujuk-rujuk potongan tertentu. Kau ingat buku syair atau sajak ke. kau ingat buku pelajaran darjah 1 ke.

Nampak sangat la jahilnya umat si Rasul melayu ni. Inilah contoh manusia yang mendalami erti dan makna ayat Al-Quran menggunakan akal sendiri dan tidak dipandu oleh orang yang lebih arif tentang Al-Quran tersebut. Ini yang dinamakan Gila Isim. Kesian nye kat manusia macam beliau yang telah tersesat jauh dari landasan Islam sebenar.

Mereka mengimani pada sesetengah ayat Al-Quran sahaja dan meninggalkan selainnya serta menidakkan Hadis Nabi S.A.W.

Semoga Allah membuka pintu hati dan akal mereka, dan semoga mereka bertaubat dan kembali ke jalan yang benar .

AMIN YA RABBAL ALAMIN

Baruah-Baruah dan Pencacai UMNO+BN

Merujuk kepada dialog yang telah diadakan oleh pihak pentadbiran dan pemerintahan Negeri Selangor di Shah Alam berkenaan pembinaan Kuil, ini menunjukkan sikap yang baik yang diamalkan oleh pimpinan pakatan di Selangor apabila secara terbuka sudi mendengar luahan dan permasalahan yang ingin diadukan oleh rakyat di Selangor.

Namun begitu dialog yang diadakan boleh dianggap kurang berjaya apabila adanya campurtangan barua-barua dan kuli-kuli batak UMNO yang menyamar kononya mereka rakyat dikawasan terbabit yang telah tampil memaki hamun pimpinan dan menteri besar yang mengadakan dialog secara berhemah.

Mereka ini adalah salah satu alat yang digunakan UMNO dan BN dalam strategi terbaru mereka menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Dalang disebalik mereka ini adalah pimpinan mereka yang sedang bercita-cita merampas kembali Negeri Selangor. Ini kerana mereka sedar, Selangor adalah sebuah negeri yang Kaya di Malaysia dan terlalu banyak kepincangan pimpinan terdahulu dari UMNO dan BN yang sedang dibongkar oleh Pakatan Rakyat. Diataranya adalah kes PKFZ yang masih belum selesai hingga kini.

Barua Toyol bekas menteri besar Selangor dari UMNO dan BN juga sedang berusaha mengatur perang saraf terhadap pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Nampaknya, Khir Toyo bakal menjadi Toyol sebenar jika berjaya mencuri negeri Selangor kembali dengan menggunakan taktik kotor, busuk dan menjijikkan.

Kerajaan Pakatan rakyat Selangor perlu sedar dengan perkara ini dan mereka perlu berhati-hati dalam membuat keputusan dan mengatur strategi baru dalam menghadapi perang saraf yang sedang menyelinap di seluruh negeri Selangor kini.

Harapan Pengarang, semoga negeri Selangor kekal dalam Naungan Allah dan dilindungi dari syaitan-syaitan yang direjam.

Wallahualam..

MEMOHON BANTUAN KEWANGAN UNTUK PEMBINAAN PONDOK

 

Ustaz Alias

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

pencarian kami (Pertubuhan Khairu Ummah) untuk tapak Pondok telah berhasil, Saya dan beberapa sahabat telah dianugerah satu tapak pondok seluas enam ekar di Kampong Bukit Hsangus Mukim Jeram Pasir Puteh kelantan. Ajk yang asal bagi tapak itu telah sangup menyerah kepada kami untuk kami uruskan. Dengan itu kami Pertubuhan Khairu Ummah akan membena pusat pengajian pondok ditapak itu.

Di bawah ini tapak yang dicadangkanز

 

gambar-di-blog

Hanya ada masjid dan bilik air

dimuat-di-blog2

Memerlukan kewangan untuk menyambung pembenan pondok ini

di-muat-di-blog1

Masjid yang tak siap memerlukan bantuan, dan sokongan orang ramai

 dimuat-di-blog

Tanah kosong yang akan dibangunkan

#Segala sumbangan bolehlah disalurkan melalui Bank Muamalat Malaysia Berhad di bawah nama:-

PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN (KHAIRU UMMAH). No akaun : 0302-0000656-71-8

Pertanyaan boleh diajukan di blog :-

http://almalakawi.wordpress.com

 

Pewaris mengadu pada Suhakam : Jawapan balas dari pengarang

  • Perkara 5(1), berkaitan kebebasan diri – menyebabkan orang awam terperangkap dalam premis perniagaan tanpa kerelaan, seolah-olah dipenjarakan.

Jawapan : Siapa yang menyebabkan orang awam terperangkap di dalam premis ? Pihak polis kerana menembak air asid dan gas pemedih mata membuta tuli.

  • Perkara 6(2), berkaitan keabdian dan kerja paksa dilarang –  memaksa dan memanipulasi anak kecil, wanita dan orang tua untuk terlibat berdemonstrasi “demi simpati murahan”.

Jawapan : Atas kerelaan sendiri segelintir wanita dan orang tua join demontrasi kerana mereka sedar kekejaman yang berlaku terhadap akta ISA itu sendiri. berkaitan kanak2, Ada rakyat yang mahu mengajar anak mereka agar sedar akan kesilapan pemimpin dan menjadi pelapis yang berguna dimasa hadapan, juga terdapat kanak2 yang tidak dapat lari akibat serangan dari pihak polis yang tidak mengura status. mereka menyerang membuta tuli sehingga menembak gas dikawasan orang awam seperti di gerai blakang jalan TAR. itu tidak sepatutnya berlaku, apabila peserta perhimpunan telah mengundurkan diri, mereka tidak perlu lagi menembak di sasaran yang didak melibatkan perhimpunan. itu kerja gila namanya. Polis la yang bebal.

  • Perkara (9)1, berkaitan larangan buang negeri dan kebebasan bergerak – menafikan kebebasan orang awam membeli belah dan bersiar di ibu kota semasa perhimpunan itu.

Jawapan : tiada penafian kebebasan orang awam membeli belah berlaku jika pihak polis tidak memberi tekanan. Sepatutnya mengikut fasa 10 perlembagaan persekutuan kebebasan bersuara dan berhimpun dibolehkan. maka kawalan terhadap perhimpunan perlu diadakan bukannya tekanan.

  • Perkara 10b, berkaitan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan – menafikan hak berhimpun orang awam yang lain daripada mengadakan program peribadi dan perniagaan.

Jawapan : kan dah terkena batang hidung sendiri, itulah fasa 10 perlembagaan yang membenarkan berhimpun, maka kebenaran perlu diberikan mengadakan perhimpunan berarak menghantar memorandum ke istana negara. jika tidak dihalang, kawasan yang melibatkan perniagaan tidak akan terjejas, akibat kepungan dan tekanan yang menyebabkan pergerakan tidak dapat diteruskan maka terkandas dikawasan perniagaan.

  • Perkara 13(1), berkaitan hak terhadap harta – menyebabkan banyak harta awam dan peniaga rosak berpunca daripada demonstrasi itu.

Jawapan : Bukan demonstrasi yang menyebabkan hartabenda rosak tetapi tembakan gas pemedih mata dan air asid yang menyebabkannya berlaku. jika tiada tembakan, peserta berhimpun tidak akan bertempiaran lari kerana kesan daripada tembakan yang menyebabkan mata menjadi pedih dan tidak dapat melihat dengan jelas. Bagi mengelakkan mereka berterusan pedih yang teramat sangat, terpaksa mencari lokasi yang jauh dari kawasan gas dan air asid. Terdapat juga tembakan gas di dalam kawasan perniagaan yang sengaja dilepaskan bagi menyebabkan peniaga sendiri mendapat kesusahan. Siapa punya berlakunya ini. tidak lain dan tidak bukan pihak Polis yang bengap. Jika tiada tekanan dan dibiarkan bergerak ke istana negara, tidak ada perniagaan yang terganggu.

Jangan main balun je guna perlembagaan.. Pewaris dan kuncu2 BN dan UMNO jangan kuat kipas sangat.. nak dapat projek ke.. meh sini, ada projek cabut rumput depan rumah aku, 1 ari 50sen..

 

Rugi Ke

Saya tertarik dengan kenyataan pemimpin yang duk kata kerugian dianggar 200juta.

Tapi takde logiknye.. sepatutnya, apabila lebih ramai rakyat turun ke bandar .. pasti jualan meningkat kerana , terdapatnya golongan rakyat yang ingin hadir membuat demo pada 1 ogos dari luar Kuala Lumpur. Saya sendiri menyaksikan, betapa sesaknya kawasan Jalan TAR dan Masjid India. Suasana org ramai mengambil kesempatan membeli belah disamping mengadakan demonstrasi.

Adakah itu yang dikatakan rugi???

Kedua, mydin mengatakan mereka kerugian besar akibat terpaksa menutup operasi. setahu saya Mydin berada di belakang Jalan TAR iaitu bukan kawasan demonstrasi, manakala perhimpunan berada di SOGO, cuma sebelah petang sahaja sedikit tekanan di hadapan jalan TAR, dan ia cuma memakan masa 20 minit.

Saya juga melalui belakang Jalan TAR, saya tidak nampak ada kedai yang tutup di belakang Jalan TAR. Mydin juga beroperasi seperti biasa.

Sebelum tekanan dari pihak polis, semua premis perniagaan dilihat buka seperti biasa, Apabila berlaku tekanan dari gas pemedih mata dan water canon fru, barulah premis terpaksa ditutup kerana mereka juga tidak tahan dengan gas dan air asid tersebut… Siapa yang salah???

Perhimpunan yang diadakan cuma bertujuan berarak ke istana negara untuk hantar memorandum dengan melaungkan slogan anti ISA, tanpa membawa senjata, tanpa berniat menentang sesiapa.. mengapa di serang pihak polis???

Jika tiada tekanan dari pihak polis, tiada huru hara akan berlaku..  Kami bukan macam pro ISA yang sejak awal menjanjikan Huru hara buat rakyat.

Sepatutnya yang wajib ditangkap adalah golongan yang menjanjikan Huru hara .. bukan golongan yang menjanjikan keamanan…

Apa yang kita dapat kenalpasti kini, Pemimpin, Polis, BN, UMNO semakin bebal.. Allah cipta akal yang waras tapi mereka sengaja membebalkan sendiri sesuka hati. Jika berterusan begini, Bebal betul lah jadinya. Ia seolah-olah mereka meminta dibebalkan.

Jangan terlalu mencari harta dunia, kelak kamu disambar api neraka. Mungkin sekarang mereka kata, oooohhhh nanti dah tua bertaubat laaa… Anda boleh jamin ke esok masih bernyawa.

Ih Ih IH… kasihan betul pada saudara2 ku yang jahil..

Semoga Allah membuka pintu hatimu.. AMIN

Pengalaman Pengarang Semasa Perhimpunan Mansuh ISA

Assalamualaikum.. berikut adalah pengalamanku semasa menghadiri demonstrasi mansuh ISA.

 

Aku banguk jam 6.30, selepas selesai solat subuh, aku menyiapkan kelengkapan yang aku perlu bawa, garam , penutup muka dan lencana mansuh ISA.

Aku bergerak dari rumah seawal pagi jam 7 menaiki motorsikal yang aku sayangi c70 sebab aku takut sekatan jalan yang membuatkan aku tidak dapat hadir berjuang bersama rakan lain. Dalam perjalanan, hatiku berdebar dan berdoa semoga tiada halangan dihadapan. Aku bertawakal pada Allah.

Alhamdulillah lebih kurang jam 8 aku sampai di masjid negara. Kelihatan rakan-rakan yang bersama2 ingin menyertai perhimpunan telah hadir tapi masih belum ramai. Tidak ketinggalan pihak polis yang berpakaian seragam dan preman telah bersiap sedia di luar masjid negara.

Sehingga jam 9 aku bersantai diluar masjid negara, terasa pulak perut lapar, aku terfikir, mungkin aku kena banyak guna tenaga semasa perhimpunan nanti.. aku bergerak ke blakang masjid negara. Baru aku tahu ada kedai makan diblakang masjid negara. Aku ingat nak makan kat kedai terus, tapi penuh la pulak.. nampak gayanya bungkus aje la. siap bungkus makanan, aku cari lokasi untuk makan.. dapat pulak port baik dekat2 dengan taman rama2. Balun ajelah tepi jalan. Janji perut aku berisi..

Abis makan, aku turun kembali ke masjid negara, kelihatan masih lengang .. belum ramai yang datang.. aku duduk sampai pukul 9.30. Hati aku rasa gelisah sebab terasa sedang diawasi polis preman yang ada berdekatan. Apa lagi aku cabut la.. aku usha pulak area masjid jamek, amboiii depan masjid jamek punyalah ramai polis.. bersepah aku tenguk. Aku pikir jangan buat pasal duk menyerah diri kat masjid jamek ni.

Aku gerak pulak lokasi ketiga di depan sogo. depan sogo lagi la… pukul 9.30 mane ade org sgt, polis penuh depan sogo.. macam nak tangkap komunis pulak. Aku pikir baik aku pi kat masjid negara semula .. tapi lokasi depan stesen komuter .. Aku parking situ. aku letak garam ngan lencana ISA dalam poket. aku gerak ke dlm stesen komuter.

Bila aku masuk, aku nampak ade la dalam 20  org  kaki demonstrasi duk lepak jugak. Aku lepak dalam tu.. skali sekala aku usha kat masjid negara .. aku nampak ade org bawak beg diperiksa… ada pulak yang ditangkap. tak pasal2 belum mula dah kena tangkap.. tak boleh jadik ni. Rupa-rupanya sapa yang bawak benda berkaitan perhimpunan seperti baju, lencana, atau apa saja ada lambang anti ISA akan ditahan.. Aduhhh.. macam mana ni..

Apa lagi aku cepat2 gerak ke motor balik… aku kluarkan garam dan lencana .. letak kat box motor.. nasib baik aku pakai baju hitam biasa.. bukan berkaitan anti ISA. Aku pi balik lokasi tadi. lepak kat situ, bertemu pulak 2 org yang bakal join jugak.. rupa2nya duk dekat ngan tempat aku. kami sembang2 la.. tengah duk sembang2, datang 2 org polis pakai seragam. yang sorang ni muda lagi ada 2 paku. paku pakis kot hehehe. dia la yang duk nyibuk cek semua org. tangkap sini sana. nak tunjuk kuasa la aku rasa. Biasa la org muda baru dapat 2 paku pakis.

Die datang kat kami ber 3 , die duk tanya aku aje sebab die perasan aku dah lama kat situ..  Mula lah satu perbualan

polis : abang buat apa kat sini

Aku : lepak2 je rang.. sembang2 dengan kwn

polis : lama kau sembang, ye ke kau sembang2.. ko jgn memain

aku : ye bang

polis : aku pusing lagi sekali aku nampak ko kat sini lagi aku angkut ek

 

Masa tu aku nye panas datang, tapi aku sabo aje lee… kite ade hormat lagi sama die.. takpe.. aku angkat kaki aku gerak pi masjid jamek plak..  sampai kat area masjid jamek banyak plak polis.. aku pi kat pasar area masjid india. aku parking motor situ. apa lagi.. merayap la tenguk barang2.. penat merayap aku lepak kat luar 7e dedekat pasar tu. 

aku tenguk area aku lepak ade la dlm 10 org pakai kopiah.. nampak pakcik2 je.. aku rasa musti nak join demo ni.. takpe la aku lepak lagi.. tiba2 aku nampak kat dataran ada gas pemedih mata dah dilempar.. aku tak tau are mana die lempar, tapi tempiasnya kena pada kitaorg jugak. apa lagi dapatkan garam kembali.. kemam secukup rasa nak hilangkan pedih. lega rasanya.

Dah lega aku sambung lepak.. tiba2 dtg sorang budak muda, rasanya bwh umur aku. dari air muka die aku dapat rasa dah.. die salam ngan aku. die tanya kenapa tadi bang .. dah lepaskan gas ke.. aku kata aku pun tak tau.. tak semena-mena je.. belum mula dah lepaskan. budak tu tanya lagi, dari mana bang? aku jawab dari klang selangor, aku tanya plak die dari mana. die kata dia dari kl gak. pastu die kata ” saya polis bang ” . teperanjat aku, tapi aku tak lari sebab nampak mcm die xnak tangkap aku. die buat isyarat suruh diam. dia kata die datang nak tenguk2 aje, katanya kawan2 die ramai kaki demo. semua call die ajak join, tapi die polis takbleh la nak join, tenguk dari jauh boleh la. legaa aku.. belum habis kami sembang tiba2 polis pakai seragam lebihkurang 15org datang serbu.. die jerit TANGKAP.. TANGKAP.

Apa lagi aku bukak langkah seribu la.. aku tak tau la apa nasib budak polis tu.. nasib baik aku cabut .. aku tenguk dari jauh ade la 2,3 org kena tangkap.. tak semena2 je. bila aku tenguk polis dah takde.. cepat2 aku pi ambik motor tukar lokasi lain.

aku pi kat sogo plak.. aku tenguk org dah mula ramai.. tapi muka2 kaki demo blum ramai..  nasib baik aku bwk motor.. boleh jenjln cari lokasi yg terbaik. aku gerak semula ke masjid negara, kali ni aku tak berani duk depan masjid, tapi aku duk kat seberang betul2 kat depan daya bumi. lebih kurang jam 12.30 aku dah ade kat depan daya bumi.

Aku parking motor kesayanganku depan hentian teksi depan daya bumi. aku lepak kat hentian tu.. aku terpandang ada 1 manusia duk baring pegang plastik.. aku peratikan aje ape die buat. Rupa2nya die duk isap gam. Aku terpikir, kenapa polis halang org nak pi masuk masjid sedangkan sampah masyarakat yang duk isap gam bleh dibiarkan. geleng kepala aku.

Aku duk lepak kat depan daya bumi sampai waktu zohor. Tiba2 dari celah2 daya bumi ramai rakan2 seperjuangan yang nak pi demo keluar.. teperanjat aku.. ingtkan takde org. sekali keluar beribu2.. mula la semangat aku berkobar.. aku bawak motor parking kat daya bumi (parking bwh tanah).

pastu aku gerak pi masjid negara seperti org lain. Abis semua solat zohor, aku duk tunggu awal2 dah kat luar… apa lagi bermula lah episod perhimpunan. Kelihatan Hatta Ramli dan Dr Zulkifli. Bila 2org pimpinan tertinggi suruh org ramai turun segera, polis dah mula suruh bersurai. Br Hatta Ramli nak berucap, tiba2 datang polis nak menangkapnya, apa lagi kami tak beri peluang.. kami pegang hatta Ramli sekuat hati agar tak terlepas ketangan polis.. koyak baju hatta ramli dibuatnya.

Kami berjaya merampas Hatta Ramli. kesian aku tenguk bajunya dah koyak rabak. Hatta Ramli memulakan perhimpunan dengan melaungkan ” Hidup Rakyat” “Takbir”.. mulalah bergema laungan kami.. memandangkan jalan di bulatan masjid negara pihak polis telah kepung, kami menukar haluan menuju ke bulatan parlimen. Kami bergerak beramai2, Aku makin bersemangat bila dapat melihat ribuan manusia mula membanjiri jalan.

Kami bergerak sambil melaungkan slogan2 anti ISA. Sepanjang perjalanan, aku sempat merakam betapa ramainya rakyat yang inginkan ISA dihapuskan. Tiba2 member aku call, dia tanya aku kat mana, aku kata kat bulatan parlimen, die kata die di sogo.. rupanya di sogo pun dah bermula. Bersemangat lagi la aku. Semasa kami ingin turun dari fly over bulatan parlimen, rupa2nya pasukan FRU dah sedia menunggu disitu.. jadi kami berhenti. dan pusing kembali.

Kali ni kami turun dan ingin melalui dataran untuk bergabung dengan pasukan dari sogo. tetapi hasrat kami tak kesampaian, kami dibedil gas pemedih mata bertalu2. kami bertempiaran lari menyelamatkan diri. kami kembali berundur sedikit. sedang kami berehat, tiba sebuah logi fru menembak air asid kearah kami. aku lihat ramai yang lari di depan aku.. aku pun dah ready nak lari. tapi aku tenguk depan2 aku ada yang tak kena air..

Tiba2 aku tenguk air nye makin hampir sampai kat aku.. aku bukak langkah, sambil lari aku paling kebelakang, buuuuuuuuuuushhhhhhhh… habis muka dan badan aku kena air, blakang2 aku pun kena sikit… pedihhnyeeeeeeeeee…  aku takbleh nak bukak mata.. pedihnya yang amat.. cepat2 aku kluarkan garam.. aku kemam garam dan sapu dimuka aku.. tak ilang pulak die punya pedih.. kebetulan pulak bekalan air aku dah habis.

Apa lagi aku mintak tolong rakan2 yang ada air.. ada la 2,3 org tolong beri air utk aku cuci muka… aku kena tang muka, tu sebab xbleh tahan.. dah cuci muka ade la lega skit, tapi stil pedih.. aku kemam garam tak putus2.. Alhamdulillah, pedih aku surut sedikit.. garam takbleh putus ada dalam mulut, sebab die nuetralkan pedih mata…

Ada rakan2 yang lari panjat bukit takut ditangkap… aku duk dalam semak sambil pulihkan kembali pedih mata aku.. bila dah reda.. aku keluar kembali join rakan2 yang masih ramai ada… sedikit demi sedikit rakan2 yang lari tadi datang kembali. aku rasa kali ni dos air asid dia lebih.. sebab terkena kulit pun pedihhh. sebelum ni takda la pedih sangat.

Kami undur kembali dan ingin menuju ke masjid negara,  tiba2 gas pemedih mata dilepaskan dari arah masjid negara… aduh.. belum abis pedih datang lagi 1 serangan… kami lari bertempiaran… aku lari arah kiri ke jalan parlimen.. ada jugak SB kat situ.. tapi dieorg buat tak tau je.. mungkin takda arahan menangkap di bahagian mereka.

aku lari sekuat hati.. entah mana2 ceruk aku masuk.. Takdir Allah ada pulak 1 kedai makanan kat situ.. apa lagi aku dengan 6,7 org yang lari beli air mineral besar buat cuci muka dan minum. sebab dah terlalu penat. sambil minum aku rehat sekejap… bila dah lega aku maju balik.. aku datang ke tampat kami berhimpun tadi.. aku lihat dah ilang semua.. tah mana2 mereka lari aku pun tak tau.. aku lalu di dataran nak menuju ke sogo.

200 meter dari sogo aku rehat sekejap sebab dah penat. tiba2 aku ternampak kwn lama. aku ingat dia kaya die org umno, upanya die pun pembangkang jugak. sedang kami lepak rehat, aku tenguk bederet lori fru lalu menuju ke sogo. ada pulak yang kata kat sogo ramai lagi, jadi kami buat keputusan ke sogo.. baru 4,5 langkah tiba2 aku tenguk ade polis beseragam duk kejar 2,3 org mamat demo. budak tu lari betul2 depan aku. aku buat mcm xde pape je.. aku buat mcm muka org xsalah. tapi aku tepikir, nekad, kalau polis tadi die datang nak tangkap aku, memang aku nak ajak berentap 1 lwn 1 . sebab die sorang aje , pasukan die duk jauh di depan.

Nasib aku baik, die pun kecut ugak rasanya sebab ade 6,7 org lagi blakang aku.. kami melintas menuju ke jalan TAR. sampai di jalan TAR , aku tenguk rupanya ramai lagi ada disitu. tapi tak berdemo la.. cuma rehat2 je.. melepaskan penat lelah. kelihatan jugak org cina bawak patung berupa syaitan yang ditujukan pada polis dan pemerintah BN dan UMNO. sedang kami rehat2, tiba2 dari arah pertama kompleks, gas dilepaskan.. kami berundur.. baru kami berundur sedikit, tiba2 dibelakang datang pulak lori penyembur. apa lagi takde amaran lansung, retus sembur.. kami takda tempat nak lari dah.. kami terpaksa masuk ke dalam pasar.

bila dah ada dalam pasar, kami fikir dah reda la.. kami nak la cari apa yang boleh dimakan dan minum, tak semena-mena polis fru yang takde akal lepaskan gas di dalam pasar. apa lagi kami lari la, menuju kedalam pusat membeli belah, tah ape kenama aku lupa.. duk dalam tu pun takbleh tahan, gas dah bergelumang dalam shoping tu.

Aku keluarkan garam dan kemam secukup rasa. aku kasihan tenguk ramai perempuan dan kanak2 dah kepedihan dalam tu.. apa lagi aku beri semua garam.. aku kata ” Garam Garam Garam.. kemam garam.. hilangkan pedih “.. 

Aku tepikir, duk dalam shoping lagi takbleh.. gas x keluar, aku kluar lari ke arah masjid india. Aku gerak kembali ke masjid jamek.. aku lepak kat luar masjid jamek sampai tiba waktu Asar. .. aku nampak polis masih banyak kat luar masjid jamek. aku takde rasa takut dah.. tujuan aku nak solat. kalau aku nak masuk solat dia hatang memang cari nahas la… bila azan asar je, aku tenguk ramai mula masuk,… aku pun masuk solat sekali..

Selesai solat Asar, aku keluar masjid, sampai diluar kelihatan polis berpakaian seragam dah menunggu 3 lapis lebih kurang 30 orang. aku duk releks kat luar. tiba2 ternampak member .. apa lagi lepak bersembang la.. aku lihat jam dah pukul 5.15.. aku takut motor aku takbleh nak kluarkan kat daya bumi. takut die tutup pagar.

Aku jalan kaki dari masjid jamek menuju ke  daya bumi. sampai didataran, aku terpandang, 2 ekor anjing yang lebih besar dari aku dipegang 2 org polis. aku heran, takkan sampai nak lepaskan anjing. makin melampau pulak polis ni.

Aku teruskan perjalanan .. dan mengambil motosikal.. nasib baik pagar tak tutup.. aku bawak motor kembali ke lokasi tadi di masjid jamek.. bila aku sampai, aku tenguk 2 biji lori water canon dahpun tembak. mungkin ramai yang abis solat tadi duk laung slogan anti ISA lagi. aku berhenti, saje nak tenguk kalau2 ade lagi sbb aku nak join. sampai pukul 6.15 aku tunggu takde dah.. aku pun buat keputusan pulang..

Sampai rumah lembik terus … penat..

Itulah pengalamanku .. Aku bersyukur dan berbangga menjadi Pejuang.

TAKBIIIIIRRRRRRRRRRRRRRRRR…

ALLAHUAKBAR….

Tuan Guru

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir : 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian : Pondok Tuanguru Hj Abbas, Besut. Universiti Deoband India. Universiti Lahore Pakistan. Universiti Al Azhar. Sarjana Muda bahasa Arab. Sarjana Perundangan Islam.

Inikah orang yang anda ingin lawan bersungguh-sungguh .. Adakah anda lebih arif tentang agama daripada beliau. Fikirkan sendiri.

Previous Older Entries Next Newer Entries

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other followers