Adakah Zulkifli Nordin Agen UMNO/BN?

Adakah Zulkifli Nordin Agen UMNO/BN?

Setiap kenyataan yang keluar dari mulut Zulkifli Nordin telah menampakkan bahawa beliau agen UMNO/BN yang cuba melancarkan perang saraf dan sikologi. Beliau cuba mencari publisiti murahan dengan membuat kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan konsep perjuangan Pakatan Rakyat  dan KeADILAN amnya.

Orang seperti beliau tidak layak menjadi wakil rakyat kerana ketidak ikhlasan hatinya dalam memperjuangkan kebenaran semakin pudar dan beliau lebih mementingkan prinsip diri sendiri berbanding prinsip dan perjuangan parti.

Akhir-akhir ini beliau kerap menjadi liputan media-media cetak dan media elektronik UMNO/BN. Ini menjadikan beliau lebih cenderung bersuara “bak katak memanggil hujan” .  Mungkin beliau rasa, dengan taktik ini, pimpinan BN/UMNO akan cuba menarik beliau menyertai mereka.

Tidak salah jika beliau ingin bersuara dan mengemukakan pendapat dan cadangan tetapi ia perlu dilakukan di platform yang tepat seperti di dalam menyuarat parti atau apa saja pertemuan yang berkaitan dengan parti. Sebaliknya beliau melenting diluar dari platform yang sebenar sehingga diambil kesempatan media-media UMNO/BN  menjalankan kempen politik mereka dengan liputan yang meluas.

Bagi saya .. beliau layak dipecat dari parti dan dicampakkan kedalam tong sampah UMNO/BN. Beliau layak mengambil upah menampal poster dan gantung bendera UMNO/BN dari menjadi ahli politik yang becakap berbelit-belit.

Saya Cadangkan pada awak Encik Zulkifli Nordin..

Adalah lebih baik kamu mengundur diri dari Pakatan Rakyat dari terus menerus bercakap dan mencari publisiti murahan untuk diri sendiri. Tak kemananyaaaa… Orang macam hang ni Pi masuk UMNO/BN lagi baguih.. hari2 bleh kempen dalam TV.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other followers

%d bloggers like this: