Isu Kereta Pun Nak Dipolitikkan

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan keputusan kerajaan dalam menetapkan kenderaan yang melebihi 15thn perlu dihantar ke puspakom untuk pemeriksaan setiap tahun bagi memperbaharui Roadtax.

Saya yang berpengalaman dalam bidang Inspection dan berkenaan urusan kenderaan di JPJ telah terlebih dahulu menjangkakan bahawa keputusan yang dibuat ini pasti akan dibatalkan kembali, dan ia telahpun secara rasmi ditarik balik atas alasan untuk kepentingan rakyat.

Sebenarnya UMNO n BN ini sudah tidak ada modal untuk berpolitik.. Isu yang dibangkitkan berkenaan pemeriksaan kenderaan 15thn ke atas ini adalah modal politik busuk mereka. Strategi telah diatur dari mula lagi. Sebenarnya mereka telah maklum bahawa rakyat tidak akan bersetuju dengan cadangan tersebut. Dari segi teknikalnya mereka juga pasti, jika cadangan tersebut tetap dijalankan.. seluruh pusat pemeriksaan puspakom akan mengalami kepadatan kereta yang akan hadir untuk pemeriksaan. Maka satu situasi buruk bakal berlaku dan peningkatan bantahan dari rakyat akan terjadi. Maka oleh yang demikian, mereka seolah-olah mementingkan rakyat dengan menggunakan cogankata 1malaysia. Kononnya rakyat didahulukan dan kononnya pencapaian diutamakan. Oleh yang demikian arahan tersebut ditarik balik. Ini semua taktik bagi politik sampah mereka. hanya rakyat yang tidak terbuka mindanya sahaja akan menerimanya.

Mereka juga tahu, jika arahan pemeriksaan kenderaan 15thn keatas dilaksanakan, maka semua syarikat penjualan kereta terpakai akan mengalami kerugian, maka lambakan kereta terpakai akan berlaku. Justeru secara teorinya ekonominya, sistem penghasilan kekayaan negara yang disumbangkan dari penjualan kereta terpakai akan merosot dan bakal bertambah lagi pembuangan pekerja dari sektor tersebut akibat daripada masalah kewangan dari syarikat penjualan kereta terpakai.

UMNO n BN juga ingin mempolitikkan isu rakyat yang miskin.. mereka telah maklum bahawa golongan bawahan atau yang berpandapatan rendah adalah golongan utama yang menggunakan kereta terpakai. Maka dengan menggunakan taktik tarik dan lepas adalah taktik kotor yang digunakan bagi memancing hati rakyat miskin atau bawahan menyokong mereka. Mereka bangkitkan isu kemudian kononnya menyelesaikannya demi kepentingan rakyat.

Ini semua adalah strategi politik yang telah ketinggalan zaman.. Usahlah memutarbelitkan kepala rakyat lagi kerana rakyat kini telah bijak menilai percaturan politik semasa.

Esok lusa apa pulak isunya.. kita tunggu dan lihat.

Sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other followers

%d bloggers like this: