Baruah-Baruah dan Pencacai UMNO+BN

Merujuk kepada dialog yang telah diadakan oleh pihak pentadbiran dan pemerintahan Negeri Selangor di Shah Alam berkenaan pembinaan Kuil, ini menunjukkan sikap yang baik yang diamalkan oleh pimpinan pakatan di Selangor apabila secara terbuka sudi mendengar luahan dan permasalahan yang ingin diadukan oleh rakyat di Selangor.

Namun begitu dialog yang diadakan boleh dianggap kurang berjaya apabila adanya campurtangan barua-barua dan kuli-kuli batak UMNO yang menyamar kononya mereka rakyat dikawasan terbabit yang telah tampil memaki hamun pimpinan dan menteri besar yang mengadakan dialog secara berhemah.

Mereka ini adalah salah satu alat yang digunakan UMNO dan BN dalam strategi terbaru mereka menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Dalang disebalik mereka ini adalah pimpinan mereka yang sedang bercita-cita merampas kembali Negeri Selangor. Ini kerana mereka sedar, Selangor adalah sebuah negeri yang Kaya di Malaysia dan terlalu banyak kepincangan pimpinan terdahulu dari UMNO dan BN yang sedang dibongkar oleh Pakatan Rakyat. Diataranya adalah kes PKFZ yang masih belum selesai hingga kini.

Barua Toyol bekas menteri besar Selangor dari UMNO dan BN juga sedang berusaha mengatur perang saraf terhadap pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Nampaknya, Khir Toyo bakal menjadi Toyol sebenar jika berjaya mencuri negeri Selangor kembali dengan menggunakan taktik kotor, busuk dan menjijikkan.

Kerajaan Pakatan rakyat Selangor perlu sedar dengan perkara ini dan mereka perlu berhati-hati dalam membuat keputusan dan mengatur strategi baru dalam menghadapi perang saraf yang sedang menyelinap di seluruh negeri Selangor kini.

Harapan Pengarang, semoga negeri Selangor kekal dalam Naungan Allah dan dilindungi dari syaitan-syaitan yang direjam.

Wallahualam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other followers

%d bloggers like this: