Pewaris mengadu pada Suhakam : Jawapan balas dari pengarang

  • Perkara 5(1), berkaitan kebebasan diri – menyebabkan orang awam terperangkap dalam premis perniagaan tanpa kerelaan, seolah-olah dipenjarakan.

Jawapan : Siapa yang menyebabkan orang awam terperangkap di dalam premis ? Pihak polis kerana menembak air asid dan gas pemedih mata membuta tuli.

  • Perkara 6(2), berkaitan keabdian dan kerja paksa dilarang –  memaksa dan memanipulasi anak kecil, wanita dan orang tua untuk terlibat berdemonstrasi “demi simpati murahan”.

Jawapan : Atas kerelaan sendiri segelintir wanita dan orang tua join demontrasi kerana mereka sedar kekejaman yang berlaku terhadap akta ISA itu sendiri. berkaitan kanak2, Ada rakyat yang mahu mengajar anak mereka agar sedar akan kesilapan pemimpin dan menjadi pelapis yang berguna dimasa hadapan, juga terdapat kanak2 yang tidak dapat lari akibat serangan dari pihak polis yang tidak mengura status. mereka menyerang membuta tuli sehingga menembak gas dikawasan orang awam seperti di gerai blakang jalan TAR. itu tidak sepatutnya berlaku, apabila peserta perhimpunan telah mengundurkan diri, mereka tidak perlu lagi menembak di sasaran yang didak melibatkan perhimpunan. itu kerja gila namanya. Polis la yang bebal.

  • Perkara (9)1, berkaitan larangan buang negeri dan kebebasan bergerak – menafikan kebebasan orang awam membeli belah dan bersiar di ibu kota semasa perhimpunan itu.

Jawapan : tiada penafian kebebasan orang awam membeli belah berlaku jika pihak polis tidak memberi tekanan. Sepatutnya mengikut fasa 10 perlembagaan persekutuan kebebasan bersuara dan berhimpun dibolehkan. maka kawalan terhadap perhimpunan perlu diadakan bukannya tekanan.

  • Perkara 10b, berkaitan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan – menafikan hak berhimpun orang awam yang lain daripada mengadakan program peribadi dan perniagaan.

Jawapan : kan dah terkena batang hidung sendiri, itulah fasa 10 perlembagaan yang membenarkan berhimpun, maka kebenaran perlu diberikan mengadakan perhimpunan berarak menghantar memorandum ke istana negara. jika tidak dihalang, kawasan yang melibatkan perniagaan tidak akan terjejas, akibat kepungan dan tekanan yang menyebabkan pergerakan tidak dapat diteruskan maka terkandas dikawasan perniagaan.

  • Perkara 13(1), berkaitan hak terhadap harta – menyebabkan banyak harta awam dan peniaga rosak berpunca daripada demonstrasi itu.

Jawapan : Bukan demonstrasi yang menyebabkan hartabenda rosak tetapi tembakan gas pemedih mata dan air asid yang menyebabkannya berlaku. jika tiada tembakan, peserta berhimpun tidak akan bertempiaran lari kerana kesan daripada tembakan yang menyebabkan mata menjadi pedih dan tidak dapat melihat dengan jelas. Bagi mengelakkan mereka berterusan pedih yang teramat sangat, terpaksa mencari lokasi yang jauh dari kawasan gas dan air asid. Terdapat juga tembakan gas di dalam kawasan perniagaan yang sengaja dilepaskan bagi menyebabkan peniaga sendiri mendapat kesusahan. Siapa punya berlakunya ini. tidak lain dan tidak bukan pihak Polis yang bengap. Jika tiada tekanan dan dibiarkan bergerak ke istana negara, tidak ada perniagaan yang terganggu.

Jangan main balun je guna perlembagaan.. Pewaris dan kuncu2 BN dan UMNO jangan kuat kipas sangat.. nak dapat projek ke.. meh sini, ada projek cabut rumput depan rumah aku, 1 ari 50sen..

 

Leave a comment

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other subscribers