Pengalaman Pengarang Semasa Perhimpunan Mansuh ISA

Assalamualaikum.. berikut adalah pengalamanku semasa menghadiri demonstrasi mansuh ISA.

 

Aku banguk jam 6.30, selepas selesai solat subuh, aku menyiapkan kelengkapan yang aku perlu bawa, garam , penutup muka dan lencana mansuh ISA.

Aku bergerak dari rumah seawal pagi jam 7 menaiki motorsikal yang aku sayangi c70 sebab aku takut sekatan jalan yang membuatkan aku tidak dapat hadir berjuang bersama rakan lain. Dalam perjalanan, hatiku berdebar dan berdoa semoga tiada halangan dihadapan. Aku bertawakal pada Allah.

Alhamdulillah lebih kurang jam 8 aku sampai di masjid negara. Kelihatan rakan-rakan yang bersama2 ingin menyertai perhimpunan telah hadir tapi masih belum ramai. Tidak ketinggalan pihak polis yang berpakaian seragam dan preman telah bersiap sedia di luar masjid negara.

Sehingga jam 9 aku bersantai diluar masjid negara, terasa pulak perut lapar, aku terfikir, mungkin aku kena banyak guna tenaga semasa perhimpunan nanti.. aku bergerak ke blakang masjid negara. Baru aku tahu ada kedai makan diblakang masjid negara. Aku ingat nak makan kat kedai terus, tapi penuh la pulak.. nampak gayanya bungkus aje la. siap bungkus makanan, aku cari lokasi untuk makan.. dapat pulak port baik dekat2 dengan taman rama2. Balun ajelah tepi jalan. Janji perut aku berisi..

Abis makan, aku turun kembali ke masjid negara, kelihatan masih lengang .. belum ramai yang datang.. aku duduk sampai pukul 9.30. Hati aku rasa gelisah sebab terasa sedang diawasi polis preman yang ada berdekatan. Apa lagi aku cabut la.. aku usha pulak area masjid jamek, amboiii depan masjid jamek punyalah ramai polis.. bersepah aku tenguk. Aku pikir jangan buat pasal duk menyerah diri kat masjid jamek ni.

Aku gerak pulak lokasi ketiga di depan sogo. depan sogo lagi la… pukul 9.30 mane ade org sgt, polis penuh depan sogo.. macam nak tangkap komunis pulak. Aku pikir baik aku pi kat masjid negara semula .. tapi lokasi depan stesen komuter .. Aku parking situ. aku letak garam ngan lencana ISA dalam poket. aku gerak ke dlm stesen komuter.

Bila aku masuk, aku nampak ade la dalam 20  org  kaki demonstrasi duk lepak jugak. Aku lepak dalam tu.. skali sekala aku usha kat masjid negara .. aku nampak ade org bawak beg diperiksa… ada pulak yang ditangkap. tak pasal2 belum mula dah kena tangkap.. tak boleh jadik ni. Rupa-rupanya sapa yang bawak benda berkaitan perhimpunan seperti baju, lencana, atau apa saja ada lambang anti ISA akan ditahan.. Aduhhh.. macam mana ni..

Apa lagi aku cepat2 gerak ke motor balik… aku kluarkan garam dan lencana .. letak kat box motor.. nasib baik aku pakai baju hitam biasa.. bukan berkaitan anti ISA. Aku pi balik lokasi tadi. lepak kat situ, bertemu pulak 2 org yang bakal join jugak.. rupa2nya duk dekat ngan tempat aku. kami sembang2 la.. tengah duk sembang2, datang 2 org polis pakai seragam. yang sorang ni muda lagi ada 2 paku. paku pakis kot hehehe. dia la yang duk nyibuk cek semua org. tangkap sini sana. nak tunjuk kuasa la aku rasa. Biasa la org muda baru dapat 2 paku pakis.

Die datang kat kami ber 3 , die duk tanya aku aje sebab die perasan aku dah lama kat situ..  Mula lah satu perbualan

polis : abang buat apa kat sini

Aku : lepak2 je rang.. sembang2 dengan kwn

polis : lama kau sembang, ye ke kau sembang2.. ko jgn memain

aku : ye bang

polis : aku pusing lagi sekali aku nampak ko kat sini lagi aku angkut ek

 

Masa tu aku nye panas datang, tapi aku sabo aje lee… kite ade hormat lagi sama die.. takpe.. aku angkat kaki aku gerak pi masjid jamek plak..  sampai kat area masjid jamek banyak plak polis.. aku pi kat pasar area masjid india. aku parking motor situ. apa lagi.. merayap la tenguk barang2.. penat merayap aku lepak kat luar 7e dedekat pasar tu. 

aku tenguk area aku lepak ade la dlm 10 org pakai kopiah.. nampak pakcik2 je.. aku rasa musti nak join demo ni.. takpe la aku lepak lagi.. tiba2 aku nampak kat dataran ada gas pemedih mata dah dilempar.. aku tak tau are mana die lempar, tapi tempiasnya kena pada kitaorg jugak. apa lagi dapatkan garam kembali.. kemam secukup rasa nak hilangkan pedih. lega rasanya.

Dah lega aku sambung lepak.. tiba2 dtg sorang budak muda, rasanya bwh umur aku. dari air muka die aku dapat rasa dah.. die salam ngan aku. die tanya kenapa tadi bang .. dah lepaskan gas ke.. aku kata aku pun tak tau.. tak semena-mena je.. belum mula dah lepaskan. budak tu tanya lagi, dari mana bang? aku jawab dari klang selangor, aku tanya plak die dari mana. die kata dia dari kl gak. pastu die kata ” saya polis bang ” . teperanjat aku, tapi aku tak lari sebab nampak mcm die xnak tangkap aku. die buat isyarat suruh diam. dia kata die datang nak tenguk2 aje, katanya kawan2 die ramai kaki demo. semua call die ajak join, tapi die polis takbleh la nak join, tenguk dari jauh boleh la. legaa aku.. belum habis kami sembang tiba2 polis pakai seragam lebihkurang 15org datang serbu.. die jerit TANGKAP.. TANGKAP.

Apa lagi aku bukak langkah seribu la.. aku tak tau la apa nasib budak polis tu.. nasib baik aku cabut .. aku tenguk dari jauh ade la 2,3 org kena tangkap.. tak semena2 je. bila aku tenguk polis dah takde.. cepat2 aku pi ambik motor tukar lokasi lain.

aku pi kat sogo plak.. aku tenguk org dah mula ramai.. tapi muka2 kaki demo blum ramai..  nasib baik aku bwk motor.. boleh jenjln cari lokasi yg terbaik. aku gerak semula ke masjid negara, kali ni aku tak berani duk depan masjid, tapi aku duk kat seberang betul2 kat depan daya bumi. lebih kurang jam 12.30 aku dah ade kat depan daya bumi.

Aku parking motor kesayanganku depan hentian teksi depan daya bumi. aku lepak kat hentian tu.. aku terpandang ada 1 manusia duk baring pegang plastik.. aku peratikan aje ape die buat. Rupa2nya die duk isap gam. Aku terpikir, kenapa polis halang org nak pi masuk masjid sedangkan sampah masyarakat yang duk isap gam bleh dibiarkan. geleng kepala aku.

Aku duk lepak kat depan daya bumi sampai waktu zohor. Tiba2 dari celah2 daya bumi ramai rakan2 seperjuangan yang nak pi demo keluar.. teperanjat aku.. ingtkan takde org. sekali keluar beribu2.. mula la semangat aku berkobar.. aku bawak motor parking kat daya bumi (parking bwh tanah).

pastu aku gerak pi masjid negara seperti org lain. Abis semua solat zohor, aku duk tunggu awal2 dah kat luar… apa lagi bermula lah episod perhimpunan. Kelihatan Hatta Ramli dan Dr Zulkifli. Bila 2org pimpinan tertinggi suruh org ramai turun segera, polis dah mula suruh bersurai. Br Hatta Ramli nak berucap, tiba2 datang polis nak menangkapnya, apa lagi kami tak beri peluang.. kami pegang hatta Ramli sekuat hati agar tak terlepas ketangan polis.. koyak baju hatta ramli dibuatnya.

Kami berjaya merampas Hatta Ramli. kesian aku tenguk bajunya dah koyak rabak. Hatta Ramli memulakan perhimpunan dengan melaungkan ” Hidup Rakyat” “Takbir”.. mulalah bergema laungan kami.. memandangkan jalan di bulatan masjid negara pihak polis telah kepung, kami menukar haluan menuju ke bulatan parlimen. Kami bergerak beramai2, Aku makin bersemangat bila dapat melihat ribuan manusia mula membanjiri jalan.

Kami bergerak sambil melaungkan slogan2 anti ISA. Sepanjang perjalanan, aku sempat merakam betapa ramainya rakyat yang inginkan ISA dihapuskan. Tiba2 member aku call, dia tanya aku kat mana, aku kata kat bulatan parlimen, die kata die di sogo.. rupanya di sogo pun dah bermula. Bersemangat lagi la aku. Semasa kami ingin turun dari fly over bulatan parlimen, rupa2nya pasukan FRU dah sedia menunggu disitu.. jadi kami berhenti. dan pusing kembali.

Kali ni kami turun dan ingin melalui dataran untuk bergabung dengan pasukan dari sogo. tetapi hasrat kami tak kesampaian, kami dibedil gas pemedih mata bertalu2. kami bertempiaran lari menyelamatkan diri. kami kembali berundur sedikit. sedang kami berehat, tiba sebuah logi fru menembak air asid kearah kami. aku lihat ramai yang lari di depan aku.. aku pun dah ready nak lari. tapi aku tenguk depan2 aku ada yang tak kena air..

Tiba2 aku tenguk air nye makin hampir sampai kat aku.. aku bukak langkah, sambil lari aku paling kebelakang, buuuuuuuuuuushhhhhhhh… habis muka dan badan aku kena air, blakang2 aku pun kena sikit… pedihhnyeeeeeeeeee…  aku takbleh nak bukak mata.. pedihnya yang amat.. cepat2 aku kluarkan garam.. aku kemam garam dan sapu dimuka aku.. tak ilang pulak die punya pedih.. kebetulan pulak bekalan air aku dah habis.

Apa lagi aku mintak tolong rakan2 yang ada air.. ada la 2,3 org tolong beri air utk aku cuci muka… aku kena tang muka, tu sebab xbleh tahan.. dah cuci muka ade la lega skit, tapi stil pedih.. aku kemam garam tak putus2.. Alhamdulillah, pedih aku surut sedikit.. garam takbleh putus ada dalam mulut, sebab die nuetralkan pedih mata…

Ada rakan2 yang lari panjat bukit takut ditangkap… aku duk dalam semak sambil pulihkan kembali pedih mata aku.. bila dah reda.. aku keluar kembali join rakan2 yang masih ramai ada… sedikit demi sedikit rakan2 yang lari tadi datang kembali. aku rasa kali ni dos air asid dia lebih.. sebab terkena kulit pun pedihhh. sebelum ni takda la pedih sangat.

Kami undur kembali dan ingin menuju ke masjid negara,  tiba2 gas pemedih mata dilepaskan dari arah masjid negara… aduh.. belum abis pedih datang lagi 1 serangan… kami lari bertempiaran… aku lari arah kiri ke jalan parlimen.. ada jugak SB kat situ.. tapi dieorg buat tak tau je.. mungkin takda arahan menangkap di bahagian mereka.

aku lari sekuat hati.. entah mana2 ceruk aku masuk.. Takdir Allah ada pulak 1 kedai makanan kat situ.. apa lagi aku dengan 6,7 org yang lari beli air mineral besar buat cuci muka dan minum. sebab dah terlalu penat. sambil minum aku rehat sekejap… bila dah lega aku maju balik.. aku datang ke tampat kami berhimpun tadi.. aku lihat dah ilang semua.. tah mana2 mereka lari aku pun tak tau.. aku lalu di dataran nak menuju ke sogo.

200 meter dari sogo aku rehat sekejap sebab dah penat. tiba2 aku ternampak kwn lama. aku ingat dia kaya die org umno, upanya die pun pembangkang jugak. sedang kami lepak rehat, aku tenguk bederet lori fru lalu menuju ke sogo. ada pulak yang kata kat sogo ramai lagi, jadi kami buat keputusan ke sogo.. baru 4,5 langkah tiba2 aku tenguk ade polis beseragam duk kejar 2,3 org mamat demo. budak tu lari betul2 depan aku. aku buat mcm xde pape je.. aku buat mcm muka org xsalah. tapi aku tepikir, nekad, kalau polis tadi die datang nak tangkap aku, memang aku nak ajak berentap 1 lwn 1 . sebab die sorang aje , pasukan die duk jauh di depan.

Nasib aku baik, die pun kecut ugak rasanya sebab ade 6,7 org lagi blakang aku.. kami melintas menuju ke jalan TAR. sampai di jalan TAR , aku tenguk rupanya ramai lagi ada disitu. tapi tak berdemo la.. cuma rehat2 je.. melepaskan penat lelah. kelihatan jugak org cina bawak patung berupa syaitan yang ditujukan pada polis dan pemerintah BN dan UMNO. sedang kami rehat2, tiba2 dari arah pertama kompleks, gas dilepaskan.. kami berundur.. baru kami berundur sedikit, tiba2 dibelakang datang pulak lori penyembur. apa lagi takde amaran lansung, retus sembur.. kami takda tempat nak lari dah.. kami terpaksa masuk ke dalam pasar.

bila dah ada dalam pasar, kami fikir dah reda la.. kami nak la cari apa yang boleh dimakan dan minum, tak semena-mena polis fru yang takde akal lepaskan gas di dalam pasar. apa lagi kami lari la, menuju kedalam pusat membeli belah, tah ape kenama aku lupa.. duk dalam tu pun takbleh tahan, gas dah bergelumang dalam shoping tu.

Aku keluarkan garam dan kemam secukup rasa. aku kasihan tenguk ramai perempuan dan kanak2 dah kepedihan dalam tu.. apa lagi aku beri semua garam.. aku kata ” Garam Garam Garam.. kemam garam.. hilangkan pedih “.. 

Aku tepikir, duk dalam shoping lagi takbleh.. gas x keluar, aku kluar lari ke arah masjid india. Aku gerak kembali ke masjid jamek.. aku lepak kat luar masjid jamek sampai tiba waktu Asar. .. aku nampak polis masih banyak kat luar masjid jamek. aku takde rasa takut dah.. tujuan aku nak solat. kalau aku nak masuk solat dia hatang memang cari nahas la… bila azan asar je, aku tenguk ramai mula masuk,… aku pun masuk solat sekali..

Selesai solat Asar, aku keluar masjid, sampai diluar kelihatan polis berpakaian seragam dah menunggu 3 lapis lebih kurang 30 orang. aku duk releks kat luar. tiba2 ternampak member .. apa lagi lepak bersembang la.. aku lihat jam dah pukul 5.15.. aku takut motor aku takbleh nak kluarkan kat daya bumi. takut die tutup pagar.

Aku jalan kaki dari masjid jamek menuju ke  daya bumi. sampai didataran, aku terpandang, 2 ekor anjing yang lebih besar dari aku dipegang 2 org polis. aku heran, takkan sampai nak lepaskan anjing. makin melampau pulak polis ni.

Aku teruskan perjalanan .. dan mengambil motosikal.. nasib baik pagar tak tutup.. aku bawak motor kembali ke lokasi tadi di masjid jamek.. bila aku sampai, aku tenguk 2 biji lori water canon dahpun tembak. mungkin ramai yang abis solat tadi duk laung slogan anti ISA lagi. aku berhenti, saje nak tenguk kalau2 ade lagi sbb aku nak join. sampai pukul 6.15 aku tunggu takde dah.. aku pun buat keputusan pulang..

Sampai rumah lembik terus … penat..

Itulah pengalamanku .. Aku bersyukur dan berbangga menjadi Pejuang.

TAKBIIIIIRRRRRRRRRRRRRRRRR…

ALLAHUAKBAR….

1 Comment (+add yours?)

  1. haji
    Aug 10, 2009 @ 13:43:26

    Saya setuju 100% dengan jawapan “anak malaysia”..
    wahai encik anak malaysia,memang patut kita kena cakap kasar sikit dengan diorang ni yang dah tertutup pintu hidayah dalam diri diorang ni…Allahu Akbar!!!!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other followers

%d bloggers like this: