Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Kehancuran

Assalamualaikum..

       Hari ini kita dikejutkan dengan cadangan presiden pas Tuan guru Haji Hadi Awang yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional. Isu ini tampak hangat buat masa ini kerana dikalangan penyokong-penyokong PAS kuat membantah apa yang diutarakan oleh Haji Hadi.

       Mereka bimbang, dengan gabungan yang dibayangkan Haji Hadi akan membawa kepada kehancuran PAS. Bukan setakat itu sahaja, pemimpin-pemimpin tertinggi pakatan rakyat juga menentang cadangan Haji Hadi. Termasuk Musyidul Am Pas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Haji Hadi juga dikritik hebat kerana tidak menghiraukan kritikan terhadap cadangan yang diutarakan.

       Haji Hadi seolah-olah ingin menghancurkan PAS. Beliau bercadang agar Malaysia menjadi negara yang tanpa pembangkang. Sebenarnya pembangkang itu sendiri berfungsi dengan baik di dalam negara bagi menjadi adunan dan perencah dalam melazatkan pembangunan dan pentadbiran negara. Jika tiadanya pembangkang, maka tiadalah pro dan kontra di dalam menangani dan menjadikan negara yang lebih matang dan berjaya.

Pemimpin Masa Depan

      

       Seperti yang kita sedia maklum, PAS telah berjuang dalam menegakkan kebenaran sejak dahulu lagi dan berusaha menjatuhkan Barisan Nasional yang menjadi peneraju pentadbiran negara yang dianggap korupsi kolusi dan nepotisme. Perjuangan PAS ini telah mendapat sokongan yang padu dari seluruh pelusuk negara dan dari pelbagai kaum. Yang terbaru, PAS telah menggerakkan kelab penyokong PAS di serata negara dan telah mendapat sambutan yang sangat baik dari pelbagai peringkat usia dan pelbagai kaum.

       Daripada sokongan yang dapat dilihat kini, nyatalah bahawa cadangan yang diutarakan Haji Hadi tidak diperlukan kerana PAS telah semakin mendapat sambutan dan sokongan yang padu. Haji Haji juga perlu ingat bahawa, BN atau UMNO itu sendiri pernah menikam PAS bertubi-tubi dengan dakyah mereka dari pelbagai penjuru. Mereka telah menggunakan pelbagai alat untuk menghentam PAS. Pengarang merasakan tidak perlulah PAS bergabung dengan BN. Kelak PAS akan ditelan BN dan PAS tidak akan mendapat sokongan lagi.

       Tetapi, pengarang berharap, apa yang dicadangkan Haji Hadi hanya adalah sebagai satu perang saraf terhadap BN dan UMNO. Penyokong-penyokong PAS juga diharap bersabar dan bertenang. Kita perlu melihat isu ini sebagai suatu yang masih baru dan dalam pemerhatian. Jangan terlalu mengikut perasaan marah. Kita tunggu dan lihat. InsyaAllah pengarang rasa isu ini akan lenyap di lama lagi. Ia hanya sekadar cadangan dan mungkin perang saraf terhadap BN.

       Tapi jika Haji Haji meneruskan cadangannya dan menjadikannya realiti, pengarang berpendapat PAS akan berpecah dan pasti akan wujud 1 parti dari pecahan penyokong PAS yang baru yang tidak menyokong PAS lagi. Dan diantara penyokong baru di dalam parti baru tersebut adalah pengarang sendiri.

Semoga Allah bersama orang-orang yang sabar

Wallahualam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other followers

%d bloggers like this: