Demokrasi

Demokrasi

Demokrasi telah digunapakai di banyak Negara didunia sebagai sistem yang dapat membentuk sebuah Negara yang unggul dan Negara yang disenangi masyarakat atau rakyat mereka. Demokrasi telah diperkata dan di bangkitkan sejak dahulu lagi.

Istilah demokrasi berasal dari dua perkataan Greek iaitu “Demos” yang bermaksud rakyat manakala “kratia” yang bermaksud pemerintahan.

Terdapat beberapa sarjana yang telah memberi pandangan dan pendapat dalam menghuraikan maksud demokrasi. Berikut adalah maksud atau takrif demokrasi menurut beberapa sarjana :-

“satu sistem politik yang memberi peluang kepada rakyat jelata membuat keputusan-keputusan secara umum” (Robert A.Dahl)

“Rakyat tidak memerintah tetapi mengawal pemerintah dengan cara menunjuk perasaan secara berterusan melalui pilihanraya” (R.M. Maclver)

“Pemerintahan yang mirip kepada perwakilan. Pegawai-pegawai serta agen-agen pemerintahan dipilih oleh pengundi secara lansung. Mereka yang dipilih pula bertanggungjawab melakukan tugas-tugas seperti yang dikehendaki oleh pemilih tadi” (J.W. Garner)

Manakala demokrasi, menurut Raymond Gettel, haruslah memenuhi syarat-syarat tertentu diantaranya adalah :-

 

a)    Bentuk pemerintahan harus didukung oleh persetujuan umum.

b)    Peraturan-peraturan serta dasar-dasar awam dicipta oleh wakil-wakil rakyat yang dipilih melalui pilihanraya

c)    Ketua Negara dan ketua kerajaan dipilih secara lansung atau tidak lansung melalui proses pemilihan umum. Beliau seharusnya bertanggungjawab kepada badan perundangan yang dikuasai oleh wakil-wakil rakyat.

d)    Hak memilih secara lansung diberikan kepada rakyat jelata atas dasar kesedarjatan

e)    Jabatan-jabatan serta tugas-tugas pemerintah dipegang oleh pegawai yang dilantik berdasarkan kelayakan (merit) daripada semua golongan rakyat.

Dengan demikian, Demokrasi dapat dirumuskan sebagai pemerintahan yang diuruskan oleh rakyat dalam sesuatu masyarakat. Demokrasi juga mementingkan kehendak, pendapat, serta pandangan rakyat itu sendiri. Corak pemerintahan mereka pula dipilih sama ada melalui persetujuan ramai ataupun secara muafakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other followers

%d bloggers like this: