Teori Inkrementalisme

Teori Inkrementalism Dalam Analisis Dasar Awam

Teori Inkrementalisme menganggap dasar awam sebagai sambungan dasar-dasar kerajaan yang dahulu. Semua perubahan kepada dasar awam dianggap sebagai perubahan dari segi melakukan tambahan secara marginal di beberapa bahagian yang diperlukan.

 Penambahbaikan = Kesinambungan Dasar

 Ini bermaksud, sesuatu dasar yang pernah dijalankan dan tidak mencapai target yang dikehendaki, oleh yang demikian pihak kerajaan mengwujudkan dasar awam baru justeru melaksanakan penambahbaikan ke atas dasar yang lama tersebut.

Sesuatu dasar yang dilaksanakan kerajaan tidak semestinya memperolehi kepuasan dan kejayaan sepenuhnya. Kadang kala akan wujudnya halangan dan masalah yang membawa kepada kegagalan dasar awam yang sedang atau telah dilaksanakan.

 

Pelopor bagi teori inkrementalisme ini adalah Charles E. Lindblom

Inkrementalisme  > <  Rasionalisme

 

Teori Inkrementalisme ini mengkritik teori rasionalisme kerana:-

  1. Mereka berpendapat bahawa dalam memilih dan melaksanakan sesuatu dasar, kerajaan tidak mengkaji semula keseluruhan dasar
  2. Kerajaan juga tidak mengenalpasti nilai dan kepentingan utama sesebuah masyarakat itu. Inkrementalisme berpendapat bahawa kerajaan tidak mengetahui kepentingan masyarakat
  3. Inkrementalisme juga berpendapat bahawa kerajaan tidak menyelidiki faedah dan kos semua alternative dasar. Ini bermakna kerajaan tidak menkaji keseluruhan faedah atau kos dalam melaksanakan dasar
  4. kerajaan juga tidak mengetahui tentang asas dasar yang dilaksanakan iaitu dasar yang dilaksanakan tersebut tidaklah berpandu kepada perkara-perkara yang melibatkan kos, faedah, kesan jangka panjang dan jangka pendek dan sebagainya

Teori rasionalisme terlalu menekankan faedah yang diperolehi secara maximum adalah lebih penting berbanding kos. Bagi inkrementalisme, jika terlalu banyak kos, ia akan menyebabkan ketidakstabilan perbelanjaan dalam satu-satu system pembuatan dasar itu sendiri. Inkrementalisme juga beranggapan bahawa sesuatu dasar yang dilaksanakan kerajaan  secara tidak mengenali masyarakat dengan tepat. Ini kerana terdapatnya kekangan masa, maklumat dan sebagainya, jadi pihak kerajaan sekadar melaksanakannya berdasarkan maklumat yang ada sahaja

 

Halangan Kepada Amalan Inkrementalisme

  1. Amat berguna untuk memperkenalkan perubahan secara berperingkat. Penjimatan kos.
  2. Dasar awam yang lama dapat diperelokan – misalnya aspek yang kurang baik dapat disingkirkan dan sebagainya
  3. Alternatif mudah diterima kerana tidak jauh berbeza dengan yang pernah diamalkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other followers

%d bloggers like this: