Teori Institutionalisme

Teori Institutionalisme

Semua dasar awam sememangnya berkisar atas kegiatan dan peranan institusi politik. Institusi-institusi politik dianggap sebagai institusi resmi kerajaan.  Oleh yang demikian, institusi politik perlu ditinjau atau dikaji demi untuk mengetahui peranannya dalam pembentukan dasar awam.

Tahap-tahap pembuatan dasar awam melibatkan institusi-institusi politik dan mereka sememangnya memainkan peranan yang dinamik. Sesuatu dasar awam yang baru sememangnya dicadangkan, direka cipta, dibahasakan dan dilaksanakan oleh institusi-institusi politik. Institutionalisme kerap kali digunakan untuk menerangkan fungsi dan peranan struktur-struktur formal serta pengawasan dan pengawalan yang dilakukan olehnya.

DEFINISI INSTITUSI POLITIK

DEFINISI INSTITUSI POLITIK

Istilah institusi berasal daripada perkataan Latin, instituere yang membawa maksud sesuatu yang diwujudkan atau ditubuhkan. Ini bermaksud bahawa institusi adalah satu corak kegiatan atau aktiviti manusia yang wujud dan berterusan. Istilah ini begitu popular di kalangan sarjana sains politik, kerana institusi menjadi pusat kepada segala tindak tanduk manusia. Fahaman mengenai institusi dipelopori oleh ahli sosiologi. Walau bagaimanapun istilah ini diubahsuai dan digunakan oleh ahli sains politik untuk menjelaskan kegiatan politik.

Institusi politik wujud daripada proses-proses sosial terutamanya yang cuba mengatur susunan masyarakat. Sekaligus ini menggambarkan bahawa kepentingan kumpulan-kumpulan manusia tertentu sentiasa dijaga dan dipertahankan oleh mereka melalui proses penyertaan dan penglibatan politik. Institusi politik bukan sahaja mencorakkan tingkahlaku pemegang kuasa tetapi ia juga mempengaruhi bagaimana organisasi sosial dapat berinteraksi serta dapat bertindak mempertahankan kepentingan mereka.

Dalam sesuatu sistem pemerintahan terdapat tiga institusi politik yang utama iaitu Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Walau bagaimanapun kita tidak boleh menafikan kewujudan institusi politik lain yang juga memainkan peranan dalam perjalanan pemerintahan sesebuah negara. Antaranya ialah parti politik, birokrasi, tentera, kumpulan pendesak, kumpulan bersekepentingan dan lain-lainnnya.

Faktor Psikologikal Penyebab Penderaan Kanak-Kanak

Teori Psikologikal

Teori psikologikal adalah teori yang menggunakan proses-proses dan struktur-struktur mental dan personality seseorang untuk menerangkan kelakuan devian. Teori-teori psikologikal banyak membina skel-skel personality untuk mengkaji bagaimana manusia membentuk corak-corak personaliti yang tertentu dan bagaimana ciri-ciri ini mempengaruhi sebagai contoh personality yang agresif, peramah dan bagaimana ciri-ciri ini mempengaruhi tingkahlaku dalam keadaan social tertentu.

Faktor Teori Psikologikal Ibu Bapa

Pertengkaran

Ini bermaksud bahawa, ibu bapa yang menghadapi tekanan samada di tempat kerja, pertengkaran suami-isteri, dan sebagainya akan menyebabkan anak mereka menjadi mangsa melepaskan geram. Menurut kajian saintifik terhadap otak manusia, apabila seseorang itu tertekan terhadap situasi atau masalah yang dihadapi, maka otak mereka tidak akan dapat berfungsi dengan baik, maka dengan itulah segala tindakan yang dilakukan adalah berunsur memberontak. Ini menunjukkan satu teori psikologikal telah terlibat.

Masalah Kewangan

Tekanan masalah ekonomi atau beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa juga sebagai salah satu factor berlakunya penderaan kanak-kanak. Ramai ibu bapa yang menjadi kurang waras kerana tekanan tersebut. Mereka sering melepaskan tekanan tersebut dengan menyakiti atau memukul anak-anak. Aspek ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yang sempurna.Kasih sayang yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang. Seseorang ketua keluarga yang baik mesti berfikiran jauh. Perkara yang perlu difikirkan bukan sahaja terhadap keselesaan hidup untuk hari ini,tetapi untuk masa depan yang masih panjang.

Masalah Rumahtangga

Penderaan anak-anak lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses penceraian kerana mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas dendam. Justeru kanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup mereka.

Masalah Penagihan Dadah dan Arak

Ibu bapa yang ketagih dadah atau arak juga menjadi faktor utama terjadinya kes penderaan kanak-kanak. Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan perikemanusiaan. Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa mereka. Seperti yang diketahui,kesan dadah atau arak menyebabkan sipenagihnya lupa diri dan khayal. Oleh itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa anak-anak yang tidak berdosa.

 

Faktor Teori Psikologikal Pelaku Devian Jenayah

 

Kurang Didikan Agama

Terdapat segelintir individu luar selain ibu-bapa yang mendera kanak-kanak tidak mempunyai didikan agama. Individu yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat ini, mereka seperti tidak ada haluan hidup. Tindakan devian yang dilakukan terhadap kanak-kanak ini dianggap seperti tidak mempunyai pembalasan yang akan di perolehi. Jika seseorang itu mempunyai didikan agama, mereka pasti akan memikirkan bahawa kelakuan atau tindakan mendera kanak-kanak ini adalah satu kesalahan besar di dalam agama mereka. Dalam agama Islam sendiri melarang umatnya berlaku kejam dan tidak adil terhadap umat yang lain.

 

Gagal Mengawal Nafsu Seks

Kegagalan mengawal nafsu seks adalah punca utama berlakunya penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang dilakukan individu pelaku devian ini. Di Malaysia, banyak kes yang telah timbul dan yang terbaru dan masih diperkatakan adalah kes Nurin Jazimin dimana, kanak-kanak ini telah mengalami penderaan seksual, penderaan fizikal, bahkan telah dibunuh dan disumbat di dalam beg sukan dan diletakkan di sebuah pasaraya. Ini menunjukkan bahawa pelaku devian ini tidak mempunyai yang waras, tidak dapat berfikir dan seolah-olah otak mereka telah beku.

 

Faktor Membalas Dendam

Dari sudut factor membalas dendam ini, ia tidak kurang peranannya. Dalam factor ini, pelaku devian ini melakukan tindakan penderaan seksual terhadap kanak-kanak akibat daripada rasa dendam terhadap bekas kekasih. Kemungkinan pelaku devian pernah dikecewakan oleh kekasih mereka. Akibat tekanan yang dialami, mereka menyimpan dendam dan bagi melepaskan geram tersebut, kanak-kanak perempuan yang biasanya menjadi sasaran mereka. Mereka seolah-olah akan merasa puas dengan melakukan tidakan sedemikian.

Faktor Ibu dan Ayah Tiri

Faktor ini adalah salah satu factor yang boleh dikatakan juga popular dalam berlakunya penderaan kanak-kanak. Kadangkala ibu bapa yang telah bercerai atau kematian suami akan berkahwin lain. Maka ibu atau ayah tiri mereka seolah-olah membenci anak-anak hasil daripada perkahwinan sebelumnya. Kebanyakan kes penderaan kanak-kanak ini tidak berlaku sewaktu ayah atau ibu sebenar kanak-kanak ini berada di rumah. Ayah atau ibu tiri ini akan melakukan penderaan terhadap kanak-kanak ini sewaktu ibu atau ayah mereka tiada. Jika di depan, dia akan bermuka-muka seolah-olah menyayangi kanak-kanak tersebut. Pada kebiasaan nya penderaan yang dilakukan oleh ibu tiri bersifat penderaan fizikal dan penderaan yang dilakukan ayah tiri bersifat fizikal dan seksual.

Masalah Penagihan Dadah dan Arak

 

Faktor penagihan dadah oleh individu bukan ibu bapa juga yang menjurus berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak. Perkara ini boleh berlaku akibat daripada ketidakwarasan individu tersebut setelah mengambil dadah atau arak. Islam sendiri telah mengharamkan pengambilan dadah dan arak ini. Ini kerana arak dan dadah adalah memabuk dan menghayalkan. Individu yang menggunakannya tidak akan dapat menggunakan otak mereka dengan baik. Maka mereka akan bertindak di luar batasan atau mungkin lebih kepada batasan kemanusiaan. Salah satu kes yang pernah kita dengar di Malaysia dimana seorang pengawal keselamatan memperkosa seorang kanak-kanak di pondok kawalannya. Hasil siasatan mendapati bahawa pengawal keselamatan tersebut dibawah pengaruh Arak.

 

Kurang Perhatian Dari Ibu Bapa

Banyak juga perlakunya penderaan kanak-kanak adalah akibat daripada kurangnya perhatian ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ada ibu bapa yang tidak menjaga anak mereka dengan baik. Sepatutnya ibu bapa perlu prihatin dan perlu mengetahui bahawa kanak-kanak akalnya belum berkembang. Jika kanak-kanak yang hiper aktif, mereka seolah-olah tidak kisah dengan siapa mereka bersama. Oleh itu kanak-kanak ini akan terdedah kepada penculikan oleh individu yang mengambil kesempatan. Contoh yang sama juga boleh kita tinjau terhadap kes Nurin Jazimin. Kanak-kanak ini boleh dibiarkan ibu bapa mereka pergi ke pasar bersendirian tanpa ditemani sesiapa. Ibu bapa yang melakukan perkara sedemikian seolah-olah tidak menggunakan akal mereka dengan baik. Mereka terlalu sibuk dengan kegiatan mereka sendiri sehingga mengabaikan anak-anak mereka.

 

Faktor Pendidikan Rendah

Pada aspek pendidikan rendah, factor ini meliputi pencapaikan pelaku devian yang berpendidikan rendah. Individu yang melakukan kesalahan ini pada kebiasaannya melakukan jenayah akibat daripada tekanan hidup. Mereka pada permulaannya akan menculik kanak-kanak ini bagi menjadikan tebusan demi mendapatkan kekayaan dengan mudah. Namun apabila ibu bapa melaporkan kepada polis dan pihak polis telah memulakan menjejaki kanak-kanak ini, maka individu tersebut mungkin berasa marah lalu melakukan perkara di luar batas kemanusia seperti mendera kanak-kanak tersebut secara fizikal dan seksual.

 

Jumlah pendapatan pelaku

Golongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomi rendah iaitu di antara RM350 hingga RM750. Kehidupan di bandar-bandar besar dengan pendapatan yang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka. Ini kerana setiap hari mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan untuk diberi kepada keluarga.

 

Faktor Pengaruh Kisah Silam

Terdapat juga penderaan kanak-kanak yang dilakukan oleh individu yang mengalami tekanan emosi akibat kenangan silam dimana semasa mereka kecil, mereka juga pernah didera. Maka mereka terbawak-bawak perkara tersebut sehingga mengakibatkan mereka melakukan penderaan kepada kanak-kanak lain.

 

Penderaan Yang Dilakukan Pengasuh

Penderaan juga boleh berlaku dimana-mana termasuh di pusat asuhan kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak yang mereka tidak pasti latar belakangnya. Ini sepatutnya tidak berlaku. Sebelum ibu bapa menghantar anak-anak mereka, mereka perlu menitik beratkan latar belakang tempat yang hendak dihantar dan latar belakang pengasuhnya. Apabila berlaku penderaan anak mereka barulah mereka mula sedar betapa silapnya cara mereka yang tidak terlalu mengambil endah perkara tersebut.

 

Masalah Psikologi Tidak Menonjol

Mengikut kajian luar negara juga berdasarkan kes-kes penderaan seksual yang wujud, kadang kala individu yang mendera kanak-kanak secara seksual ini luarannya sangat normal. seperti kes-kes yang berlaku di luar negara, yang paling tekenal adalah kes Natascha, gadis yang diculik ketika berusia 10 tahun dan dikurung sehingga 8 tahun sebelum berjaya membebaskan diri dari cengkaman penculiknya. salah satu faktor yang menyebabkan penculik atau pendera ini gagal dikesan kerana dia seorang yang normal pada lahiriahnya dan memiliki rekod bersih, baik kepada jiran tetangga tetapi agak suka menyendiri. barangkali ini juga faktor penyebab pembunuh Nurin Jazimin gagal dikesan, kerana pelaku devian tersebut tidak berada dalam senarai suspek polis mahupun rekod jenayah.

Definasi Pilihanraya

Pilihanraya sering dikaitkan dengan teori dan amalan demokrasi liberal di mana ianya merupakan salah satu saluran penglibatan politik. Pilihanraya boleh didefinasikan sebagai :

”proses di mana mereka yang diperintah itu menentukan, melalui cara-cara pemilihan tertentu, wakil-wakil yang kepadanya diserahkan mandat untuk membuat keputusan, dasar dan undang-undang.”

Dalam ertikata lain, pilihanraya ialah proses penglibatan rakyat dalam memilih wakil mereka untuk memegang mandat kuasa bagi membuat keputusan, membentuk dasar dan undang-undang mengikut kehendak masyarakat majoriti.  Pilihanraya juga dilaksanakan di berbagai peringkat iaitu di peringkat daerah, wilayah dan nasional.

Dalam pilihanraya di bawah sistem Parlimen seperti di Malaysia, ianya bertujuan untuk memilih kerajaan kabinet iaitu memilih ahli-ahli eksekutif atau ahli Parlimen di peringkat persekutuan dan ahli-ahli wakil rakyat di peringkat negeri. 

Teori Kumpulan

Teori Kumpulan

Teori kumpulan melihat politik itu sebagai satu perjuangan antara kumpulan-kumpulan yang banyak di Malaysia. Tertumpu kepada interaksi di antara kumpulan-kumpulan yang ada di dalam sesuatu masyarakat. Dalam ertikata yang lain interaksi atau perbahalan di antara kumpulan-kumpulan adalah paksi proses politik.

Teori ini mengandaikan bahawa kesemua kumpulan sememangnya beraksi untuk mendapatkan kuasa, iaitu proses politik adalah persaingan kuasa di antara kumpulan-kumpulan yang terdapat dalam sesuatu masyarakat.  

Kumpulan yang mempunyai pengaruh yang lebih akan dapat mempengaruhi sesuatu dasar awam tersebut.  Dasar awam akan dirangka seperti yang dikehendaki oleh kelompok yang berkepentingan. Didalam proses perebutan kuasa ini, para pembuat undang-undang akan menjadi pengadil.

Dasar Awam

Dasar Awam

Dasar awam boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai maksud dan pengertian. Secara literalnya, dasar awam ialah apa juga projek, program atau rancangan daripada pihak kerajaan untuk faedah dan kepentingan satu kelompok rakyat. Dasar Awam boleh didefinisikan antaranya, sebagai apa sahaja pemilihan kerajaan sama ada untuk membuat sesuatu atau tidak membuat sesuatu. (Dye, 1984).

Menurut (Ahmad Atory Hussain: 1990;1) pula Dasar Awam itu ialah progam atau projek yang dirancang oleh kerajaan yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Dasar awam ialah sesuatu pilihan utama yang dibuat oleh seseorang individu atau sekumpulan individu bagi menjelaskan, menerang, mempertahankan, memimpin atau menggariskan sesuatu tindakan sama ada yang nyata atau bertujuan (Prestus, 1975)

Mengikut kamus Inggeris Oxford, Dasar Awam itu memberi maksud tindakan,keputusan dan peraturan badan-badan awam yang terdiri daripada ketua Negara, ahli politik dan pentadbir kerajaan. Oleh yang demikian terdapat satu identiti linguistic di antara orang awam dan dasar (English Oxford Dictionary, 1971)

Menurut Kamus Dewan (1970 hlm 218): Dasar ialah asas, teras, panduan (pendapat, falsafah, aturan dll). Dasar mempunyai tujuan, matlamat, fungsi, tugas, demi kebaikan dan kepentingan sesuatu institusi(jabatan/agensi/lembaga). Awam pula menurut Kamus Dewan (hlm48) pula memberi makna am, umum, orang biasa. Oleh itu, Dasar Awam ialah teras, panduan atau matlamat am bagi orang awam atau rakyat demi kepentingan masyarakat umumnya. Ia mempunyai ciri kebajikan, semoga rakyatnya hidup selesa, aman dan tenteram, selamat dan sejahtera dengan semangat bekerjasama, bersatu padu dan muhibah di negara yang unik ini seperti Malaysia.

Berdasarkan kepada definisi di atas, didapati dasar awam telah diterangkan secara bergilir-gilir sebagai satu keputusan dalam bentuk pilihan dan penyelesaian kepada masalah; satu matlamat atau objektif; serangkaian program; suatu peruntukan; undang-undang atau pun peraturan. Secara kesimpulannya kita boleh menyatakan dasar awam sebagai apa sahaja keputusan dan tindakan kerajaan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu.

Secara umumnya setiap keputusan yang diambil oleh kerajaan pastinya mempunyai objektif, matlamat dan tujuan untuk dijadikan sebagai panduan umum dalam mengatasi masalah sesebuah negara. Pendek kata matlamat dasar mestilah jelas dan merupakan jalan penyelesaian terhadap sebahagian besar masalah rakyat ataupun kumpulan sasaran dasar tersebut. Contoh-contoh Dasar Awam di Malaysia ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wanita Negara, Dasar Pendidikan Negara, Dasar Persyarikatan, Dasar Penswastaan dan lain-lain lagi.

Jenis-jenis Dasar Awam

Mengikut Chandler (1983) Dasar Awam dapat dikelaskan kepada empat jenis iaitu :

 

1.           Dasar berbentuk peraturan (regulatory policy)

Dasar ini menentukan peraturan-peraturan atau tatacara untuk mentadbirkan aktiviti organisasi awam dan swasta serta orang perseorangan. Perkara asas dalam dasar jenis ini ialah penggubahan undang-undang dimana undang-undang akan dijelaskan. Contohnya : Akta Dadah Merbahaya. Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan.

 

2.       Dasar agihan semula (redistributive policy)

Dasar ini bertujuan memberikan persamaan daripada faedah yang tersedia atau memindahkan faedah/ sumber yang sedia ada dalam negara atau pun memindahkan punca-punca keluaran negara dari setengah kumpulan kepada kumpulan yang lain. Contohnya : percukaian dan pemberian subsidi.

 

3.     Dasar agihan (distribute policy)

Dasar ini memberi tumpuan pada peluang sama rata kepada semua rakyat untuk menikmati kekayaan negara, di samping merapatkan jurang perbezaan milikan sumber negara antara rakyat. (contohnya Dasar Ekonomi Baru)

 

4.           Dasar keselamatan (security policy)

Dasar ini bertujuan untuk mewujudkan perpaduan rakyat serta keadaan yang damai dalam negara. Ia juga melibatkan dasar luar negara dalam menjaga keutuhan wilayah dan kedaulatan negara. Dasar sedemikian tidak tertumpu pada individu atau organisasi tertentu, sebaliknya ia adalah demi kepentingan negara secara keseluruhannya. Contohnya Dasar Luar Negara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)  dan ZOPFAN.

Demokrasi Permuafakatan

Demokrasi permuafakatan

Demokrasi permuafakatan adalah satu konsep yang diketengahkan oleh sarjana Lijphart di dalam bukunya yang bertajuk Democracy in Plural Societies: A Comparative Exploration, 1977.

Kelemahan Demokrasi Permuafakatan

1. Nilai demokrasi yang terhad dan rendah

  • mengutamakan kebebasan kumpulan, bukan kebebasan individu. Kesamaan politik antara individu tergugat.
  • otonomi segmen menggugat kesamaan antara kumpulan
  • penguasaan berstruktur pihak elit menjadikan kumpulan bukan elit pasif dan mengalah.

2. Kestabilan politik terjejas

  • keputusan lambat dicapai (sebab perlu persetujuan pelbagai segmen dalam kerajaan campuran)
  • keputusan sukar dicapai (sebab adanya kuasa saling membatal
  • pengambilan dan kenaikan pangkat bukan atas dasar merit (sebab adanya prinsip sebandingan)
  • kos operasi kerajaan tinggi (sebab pemberian otonomi segmen)

Penswastaan

Definisi Penswastaan

Secara mudahnya penswastaan adalah memindah milik kawalan aset dan perkhidmatan dari sektor awam kepada sektor swasta. Ini juga bermakna berlaku pengurangan penglibatan kerajaan dalam kegiatan ekonomi. Dinavo melihat penswastaan sebagai,

 

“… adalah peralihan fungsi di mana monopoli kerajaan dalam pelbagai perkhidmatan dan barangan dipindahkan kepada sektor swasta. Di samping itu penswastaan juga dilihat sebagai konsep yang digunakan untuk menggambarkan pengurangan peranan kerajaan dalam membekal barangan dan perkhidmatan kepada populasi”.

                                                                                    (Divano : 1995 : 3-5)

Badan Legislatif

Badan Legislatif

Legislatif adalah antara jentera dalam amalan kerajaan demokrasi yang menggubal undang-undang dalam sesebuah negara. Mengikut Webstar’s Third New International Dictionary, dewan perundangan merupakan satu badan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang. Khususnya ia merupakan satu organisasi yang mempunyai kewibawaan untuk membuat undang-undang bagi sesuatu unit politik. Walau bagaimanapun antara satu negara dengan negara yang lain di dalam sesebuah negara moden pada hari ini tidak semua badan ini menjalankan fungsi yang sama. Ini bergantung kepada bagaimana perlembagaan negara itu dibentuk. Secara umumnya, badan legislatif mempunyai beberapa fungsi utama. A.Appadorai membahagikan fungsi badan legislatif kepada empat bahagian yang utama iaitu;

 

ii.         Membuat undang-undang

Ini adalah tugas utamanya. Tugas ini melibatkan proses yang rumit dan terdapat perbezaan dari segi proses di negara-negara yang dikemukakan. Di Jerman, rang undang-undang tidak boleh dikemukakan oleh mana-mana ahli legislatif secara perseorangan, tetapi mestilah bergabung dengan faction (kumpulan yang terdiri dari lima belas orang). Dalam sistem demokratik pula, rang undang-undang boleh dikemukakan oleh mana-mana ahli legislatif.

 

ii.         Pentadbiran.

Ia bertindak sebagai pengawas dan pemeriksa, untuk menolak pandangan awam terhadap tindakan-tinddakan kerajaan dan mengkritik mereka sekiranya didapati bersalah. Tugasnya juga memecat ahli-ahlinya, meluluskan kelayakan untuk ahli-ahlinya, mengemukakan tuduhan terhadap pegawai-pegawai awam atau mengadili kes-kes tudahan terhadap negara.

 

iii.        Kewangan.

Badan ini menguasai dasar kewangan negara melalui pencukaian, pinjaman dan peruntukan. Segala perbelanjaan dan peruntukan yang diminta oleh eksekutif adalah di bawah pertimbangan badan perundangan untuk meluluskan atau tidak. Tugas ini lebih berkesan dalam sistem kabinet seperti di Britain, di mana belanjawaan diluluskan atau dibatalkan oleh badan perundangan.

 

iv.        Pengendalian ketidakpuasan.

Legislatif merupakan alat yang penting bagi masyarakat untuk mengeluarkan pendapatnya. Ini adalah fungsi penting dalam demokrasi sebagai kerajaan yang dikawal oleh pendapat umum.

(A.Appadorai : 1968: 12)

Previous Older Entries

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 6 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.