Sayangi Ibumu

Syurga itu terletak ditelapak kaki ibu.

Sayangi ibu bapa kita sebagaimana mereka pernah menyayangi kita. Sementara mereka masih ada di dunia ini, berikan kasih sayang kita kepadanya. Sebagai anak, tunjukkan yang kita menyayangi beliau.

  • laksanakan apa yang mereka kehendaki selagi tidak bertentangan dengan hukum Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
  • Bantu ibu bapa kita dalam melaksanakan atau menguruskan rumah.
  • Cium tangan ibu dan pipi ibu tanda sayang setiap kali kita bertemu selepas pulang dari jauh.
  • Selepas solat, doakan kesejahteraan ibu dan ayah seperti doa berikut “Ya Allah, sayangi, kasihi, dan kasihanilah ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil”

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W siapa yang beliau perlu patuhi terlebih dahulu selepas Allah dan Rasul.. maka Nabi menjawab Ibumu Ibumu Ibumu dan selepas itu barulah Ayahmu.

Dengan menjadi anak yang soleh dan menyayangi ibu bapa bakal menyejukkan hatinya dan merasa disayangi. Jika ibu kita sayang, InsyaAllah syurga menanti

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 3 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.