Tabligh dan Wahabi
30 Jun 2010 14 Comments
in Informasi
Assalamualaikum..
Isu yang bakal dibincang ini diharap tidak menyentuh hati dan sanubari golongan tabligh dan wahabi kerana isu yang dibangkitkan ini adalah berdasarkan pemantauan dan pengalaman saya sendiri.
seperti yang kita ketahui, isu yang sedang hangat dibangkitkan kini adalah berkenaan ulama yang menyertai parti politik UMNO. Jika isu ini dibangkitkan pihak media pro kerajaan, satu persoalan yang timbul di Minda Pengarang kini adalah, adakah UMNO/BN yang telah wujud sekian lama sebelum ini tidak mempunyai ulama??Mengapa mereka membangkitkan isu ini..
Jelas yang ada di Minda Pengarang kini dan mungkin di minda org yang cerdik pandai adalah isu ini terpaksa menjadi modal bagi mendapatkan lebih sokongan dari rakyat malaysia yang berketurunan Melayu dan beragama Islam. Sungguh tak disangka-sangka betapa kecilnya nilai ulama dalam pandangan dan pendapat puak-puak UMNO/BN.
Sedangkan Ulama dipandang jelik dan jijik serta tiada nilai, inikan pula rakyat biasa seperti kita. Ih Ih Ih.. pikirkan dan bayangkan..
Apa yang dapat kita fahami kini, bahawasanya Wahabi adalah satu fahaman agama yang sedikit terpesong dari fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Antara contohnya adalah, golongan wahabi mengatakan doa qunuh di dalam sembahyang subuh adalah bidaah. Pihak kerajaan kini telah menetapkan bahawa ajaran wahabi adalah bertentangan dan perlu dibanteras. Maka tepacul dan tepancutlah golongan tersebut di depan PM najib kononnya menyertai UMNO/BN sedangkan hakikatnya mereka memerlukan perlindungan politik dalam melebarkan sayap fahaman wahabi tersebut. Golongan2 jahil UMNO/BN ni pulak otaknya dan sebuuuu dan kaburrrr.. Demi mendapatkan publisiti murahan, maka golongan wahabi ini pun mereka terima sedangkan mereka tidak sedar atau buat2 tak sedar bahawa mereka juga sedang diwahabikan oleh wahabi2 ini. golongan wahabi ini juga sedang mempergunakan mereka demi mewahabikan sistem pemerintahan negara.. Jahanam la jawabnya. Apapun jika anda prihatin, fikir2kanlah.
Isu selanjutnya ini saya ketengahkan kerana rasa tidak puas hati terhadap golongan Tabligh. Saya bukanlah org yang ingin menunjukkan pandai dan mempertikaikan ilmuan org lain. Apa yang ingin dibangkitkan ini adalah salah satu luahan Minda Pengarang demi mencari satu lorong yang betul dalam simpang siuhnya.
Siapa tak kenal dengan puak2 Tabligh.. semua orng mungkin tahu.. Aktiviti mereka adalah mengajak kepada kebaikan.. Alhamdulillah.. sangat baik aktiviti tersebut. kadang-kadang kita akan terlihat mereka di masjid-masjid dan surau-surau. Mereka ini berpindah randah demi mengajak kepada kebaikan. Akan tetapi, dalam menjalankan ibadah ini, Tabligh ada sedikit fahaman yang sangat saya tidak bersetuju dan mungkin golongan Ulama lain juga tidak bersetuju.
Saya pernah berbual dengan rakan tabligh.. bukan seorang, seingat saya 2 org atau 3 org.. lupa pulak.. Cara dan sifat mereka ini baik dan saya kagum.. tetapi bila kita bercakap berkenaan politik dan berkenaan keperluan kita menyokong parti yang memperjuangkan Islam, mereka pasti akan menyanggah.. apa yang mereka kata “Mengarut” ..
Bagi puak-puak tabligh ini, selagimana aktiviti mereka tidak diganggu oleh kerajaan, mereka akan menyokong pihak kerajaan. Ini satu tindakan yang sangat salah dan bertentangan dengan kaedah Islam sebenar. Isu ini rasanya mungkin pernah dibangkitkan orang lain.. tidak mengapalah.. tetapi bagi saya, perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan. Ini akan menyebabkan 1 fahaman yang tidak sehaluan dengan ajaran Islam. Maka jika dirasakan perlu, Ulama-ulama atau ilmuan PAS hendaklah mengadakan pertemuan dengan golongan Tabligh dan jika perlu, adakan majlis ilmuan dalam mentafsir dan menyuraikan kekusutan isu ini.
Apa yang jelas, Tabligh tidak sehaluan dengan Ilmuan PAS manakalan Wahabi bertentangan dengan Ajaran Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah …
Kedua-duanya perlu diteliti dan dibendung .. Setakat ini dulu apa yang terkandung dalam Minda Pengarang..
Wassalam




Aug 18, 2010 @ 22:02:09
Blog temberang. Takde ilmu.
Aug 19, 2010 @ 18:08:21
jika anda rasa lebih berilmu, tuliskan saja dalam ruangan komen ini agar kita boleh bertukar pandangan .. sekian terima kasih
Oct 02, 2010 @ 10:51:33
Salamun Alaikum..kepada admin..
menurut apa yang admin katekan pasal tabligh td adalah tidak betul..
apa yg dimaksudkan dengan mengarut itu adalah Islam tidak bangun dengan politik..memang betul klu kita belajar Pendidikan agama islam dimana2 IPT atau sekolah akan mengatakan Islam itu bangun dengan 3 perkara iaitu ekonomi, sosial dan politik..tetapi sebenarnya tidak..Islam itu bangun dengan usaha dakwah..Kalau betul Islam itu bangun dengan 3 perkara tersebut sudah pasti Islam tidak akan tersebar kepada kita sebabnya 3 perkara tersebut asasnya hanya untuk membangunkan sebuah pentadbiran,negara dll..dan jika itu diterapkan sejak zaman para sahabat lagi..sudah tentunya Islam itu hanya berada ditanah arab..Berlainan dgn Islam..Islam itu bangun dengan dakwah..Yang dikatekan mengarut tu bukan menunjukkan ketidaksetujuan terhadap mana2 parti politik..cume keadaan dan politik dimalaysia ini tidak betul..dan demokrasi itu bukn suatu perkara yang betul..pemilihan Pemimpin sepatutnye dipilih kerana agamanya..bukn kerana namanya..itu yg dilakukan semasa zaman para sahabat..klu tuan tidak percaya..belajar sejarah Saidina Umar ra..sy tidak dapat nak letakkan kt sini sebb kekurangan masa..ini sekadar singgahan saje..dan tuan..jika dikubur nanti Allah akan tanya pasal politik dimalaysia ni..sudah pastinya kami akan buat..kami tidak menolak politik..kami mengambilnya sekadar benda ya dijinjing..bukn dijujung..andai benda yg dijunjung hendak jatuh..maka benda yg dijinjing akan dilepaskan untuk mmbetulkan bnde yg kite junjung..yg kite junjung itu adalah agama dan iman..yg kite jinjing itu adalah perkara dunia..
dan kejayaan saya dan kejayaan tuan bukanlah dalam pemerintahan,harta,ilmu mahupun teknologi..Tetapi kejayaan saya dan kejyaan tuan adalah dalam agama sejauh mana kita dapat taat perintah Allah swt mengikut cara Baginda Rasulullah saw..
Andai kejayaan itu Allah letakkan pada pemerintahan..sudah pastinya Firaun dan Namrud yg berjaya kerana pemerintahan mereka yg besar pada zaman Nabi Musa as dan Nabi Ibrahim as..tetapi pemerintahan mereka rebah juga..
Andai kejayaan itu Allah letakkan pada harta..sudah pastinya Qorun lah yg lagi berjaya..tetapi itu pun musnah kerana keingkarannya..
Andai kejayaan itu Allah letakkan pada ilmu..sudah pastinya syaitan lah yg lg berjaya..kerana ilmu syaitan lebih tinggi dri ilmu manusia..tetapi itu pun akan turut bersama dengan mereka yg ingkar diakhirat kelak..
Andai kejyaan itu Allah letakkan dalam teknologi..sudah pastinya kaum saba’ yg lagi berjaya..tetapi kerana keingkarannye..segalanya hancur juga dgn teknologi yg kaum itu ada..
tetapi tuan..kejayaan itu dalam agama..sudah pastinya akan berjaya dunia dan akhirat..seperti mana berjayanya Nabi Muhammad saw dan para sahabat..tanpa usaha dakwah yg mereka lakukan..tuan fikir..Islam itu akan sampai tak pd kita?agaknya agama kita sekarang klu Islam itu tidak disebarkan..
tuan nampk kn..Islam itu bangun dengan apa..
jadi tuan..klu tuan nk tahu apa itu tabligh..tuan keluar dulu..ikut kami..seseorang itu tidak akan faham melainkan klu dia turut serta dalam perkara itu..
itulah serba sedikit ilmu yg sy de..ilmu ni pun bukn sy punya..Allah yg punya..sy berpesan utk diri sy sbb mate,telinga,mulut dan hati yg paling hampir dgn pe yg sy ckp adalah mate,telinge,mulut dan hati sy..dan sy juga berpesan utk tuan dan yg lain2..
segala yg baik itu dtg dari Allah..sgle yg tidak baik itu juga dtgnye dari Allah tapi disebabkan kelemahan sy..
wallahu alam..
Jan 26, 2012 @ 22:19:47
Salam,
saya berpendapat tabligh bukan jemaah yg ikut sunnah Nabi100% sebab kalau dia ikut sudah tentu ia ahlinya akan menceburi politik.Kan nabi saw juga ahli politik ( ketua negara islam Madinah)
aktiviti dlm JTdidasari hanya oleh 6 prinsip yang di perkenalkan oleh pendirinya iaitu maulana ilyas.
adakah nabi dan para sahabat juga berdakwah berdasarkan 6 prinsip tersebut??
kalau ada boleh bagi hadisnya riwayat siapa?
Nabi saw dan para sahabat berdakwah kepada org kafir masuk islam tetapi tabligh dakwah kepada org yg telah sedia islam.
kalau ikut penafsiran para ulama istilah dakwah ialah menyeru org kafir masuk islam sebaliknya kepada org islam di sebut tazkirah iaitu peringatan supaya mereka tidak lalai kepada agama.
Oct 02, 2010 @ 10:55:44
salam sdr, kita jangan sesekali cuba “memburukkan” atau “mengaibkan” pergerakan-pergerakan agama sekalipun ianya tariqat ataupun mazhab ataupun pergerakan politik berasaskan agama. Ini adalah kerana semua pergerakan-pergerakan ini yang dituduh terpesong dari ajaran agama Islam harus diselidiki terlebih dahulu. Jangan terlalu cepat menuduh Wahabi atau Tabligh sebagai pergerakan yang salah kerana mereka mempunyai hala cara tersendiri untuk menuju kepada ALLAH swt. Saya pernah duduk bersama orang-orang tabligh yang rata-ratanya membuat kerja Iman dan Amal mengajak kita ke jalan Allah. Bukan semua orang Tabligh yang sukakan Kerajaan (BN) dan bukan semua orang Tabligh sukakan aliran yang dibawa oleh PAS. Itu adalah pendapat masing-masing; bergantung kepada persekitaran dan “visual experience” seseorang. Saya syorkan agar Sdr selidiki dahulu mengenai latarbelakang mereka sebelum mengkritik mana-mana organisasi yang berteraskan Islam…mungkin itu akan membantu sdr memahami kenapa ada orang yang menyertai Abim, JIM, Tabligh, PAS dan malah UMNO. Kita harus utamakan hablum-minnanas sebelum memaparkan fikiran dan idea di blog seperti ini.
Oct 03, 2010 @ 11:37:09
Untuk lebih maklumat lanjut yang lebih berpandukan hujah kitab berkenaan tabligh dan wahabi , sila mengajukan soalan di blog ustaz Alias dari pondok pasir tumbuh http://almalakawi.wordpress.com .. maaf kerana kekurangan masa untk membuat penerangan kerana kesibukan.. Terima Kasih
Oct 03, 2010 @ 12:24:38
setuju dgn rohiman..sy tabligh..dn utk pngtahuan..tabligh bukan satu persatuan atau pun pertubuhan..ianya terbuka dan umum..sbb itu adalah kerja dan cara Nabi saw..
Jan 05, 2011 @ 21:32:13
slm ukhuwah…
trimas kpd pmbuat blog..n x lpe gak kpd yg mengomen…
melalui pnulisn anda sume mnybabkn sye menerima input2 yg x pnah sye trime sblm ni…
psl tabligh…bg sye,jemaah tabligh ni adlh 1 jemaah yg bgs..sbb zmn skrg x ramai yg snggp spend mse utk kua dakwah smpai bhari2…
n yg mengikut jemaah ni gak rata2 belia…alhamdulillah…
tp knp ad org yg still pertikai jemaah ni???
kte tgk dr sudut dasar…dakwah jemaah tbligh(jt) adlh melalui kua bhari2 utk g ke rmh2,ajak ingt allah,ajak g masjid,usaha ats iman…n also melalui ta’lim..kuliah..(ni ape yg sye prhatikn dr jt kt kolej sye di um,kalo silap sila btlkn)…
mmg btl..nabi s.a.w dlu dakwah dr mulut ke mulu gak…nabi dkwh secara rhsia 3 thn,tbuka 10 thn..then g yathrib(then called madinah)…di madinah nabi diangkat oleh muhajirin n ansar utk jd ketua negara madinah…
then nabi gubal sahifatul madinah(piagam madinah)…
ape yg kte dpt amek dr kisah ni?..
sng je…dakwah islamiah dilakukn ats dasar politik…mse nabi di makkah,dakwah nabi dilakukan kpd shbt2 n keluarga tdkt..ble trn ayt dakwah secara tbuka,rmai kafir quraisy yg tntang…knp?..krn pd mrk,insan yg bname muhammad s.a.w ni cuma insan biasa cm dorg…x de kuasa…
tp ble nabi di madinah,lps tgubalnye piagam madinah, sume patuh, tmsk yahudi…knp?..krn insan yg bname muhammad s.a.w adlh ketua madinah…org yg lead mereka…ad kuasa…
ape kepentingn kisah ni?..melalui kisah ni kte diajar,melalui negara islam,kerja dakwah akn bksn,br amar makruf nahi munkar dpt tlaksne…
tp pmbntukkn negara islam akn tbntuk melaui ape?..
melalui dkwh jt shj x memadai..
dh tntu melalui politik..siasah islamiyah..sbb 2 la politik islam main perana pnting..ble islam pegang tampuk pemerintahn, hukum2 hudud n kisas dpt dlksnekn..
cm mlysia..undang2 masih sekular..hukum islam yg dianjurkn syarak x dpt dlksnekn..sbb 2 la wujudnye pas..pas bkn parti politik..pas adlh bdn dakwah..tp blandskn siasah islamiyah..sprti yg diajar nabi..
knp sye sntuh isu politik?krn jt x amek islam secara syumul(total)..mrk tolak politik…ape yg mrk wat, dakwah rmh ke rmh..tp 2 x memadai sbnrnye…
sye brani kte jt tolak politik krn mak sye prnh crita,ramai tbligh x kua mngundi..sdngkn ni adlh kewajipan rakyat…kalo pemimin yg tpilih adlh yg jahat..kte akn tnggung dosa krn kte x mmbnrkn yg hak…
sbnrnye byk lg nk dtulis…tp sye rse ckp ni je…sye x kte jt sesat ke..x..cuma sye nk kte ape yg mrk bwk x lngkap..sdgkn islam ajar umatnye mengmbil islam secara syumul..tnpa menolak sebahagian…
slm ukhuwah..takbir!!!
Mar 22, 2011 @ 16:58:55
Salam tuan yg mulia . . sy kurang bersetuju dngn pendapat tuan mengenai jemaah tabligh . . sepatutnya . . bg pendapat sy yg masih muda nih la . . sepatutnya ummat nabi s.a.w sepatutnya gembira dngn adanya jemaah seperti ini . . yer la . . klu kita ta buad dakwah . . sapa lg ???? cuba tuan pk kembali . . kesilapan ummat islam yg ta berdakwah telah menyebabkan pengaruh agama semakin jauh dalam kehidupan . . tahun lepas sy telah pergi berdakwah d Sarawak . . dan apa yg dpt sy katakan . . sy sedeyh apabila mengenangkan nasib saudara seagama d sana . . ketika itu . . kebetulan politik sdg dijalankan d sana . . dan . . masyarakat2 Islam d sana hny mementingkan politik drpd agama . . sdgkn tuan yg mulia . . ALLAH S.W.T telah letakkan kejayaan manusia hny dalam agama Allah yg sempurna . . sejauh mana dapat kita taat perinta ALLAH . . dan kita ikut cara Nabi s.a.w . . kejayaan kita d dalam agama tuan . . bkan dalam politik . . mmg btol , sy pun setuju dengan adanya politik d negara kita . . ttp pada sy . . kita tdak ikut cara nabi s.a.w . . nabi dan sahabat2 un berpolitik juga . . ttp tidak smpi memusuhi saudara seagama sendiri . . ttp kita ??? hggakan sggup membuat rusuhan dan sbginya . . semata mata kerana inginkan keduniaan . . jd tuan yg mulia . . kita perlu letakkan agama d hadapan . . na politik un . . ikut sunnah nabi s.a.w la . . baru ada kejayaan . . insyaallah . . yg tu jer yg dpt sy kongsi . . apa un . . mnta maaf sekiranya ada kesalahan . . jazakallah . .
Mar 26, 2011 @ 00:44:42
Assalamualaikum ya Karkun
Saya menjawab dengan isu yang tidak saya persetujui.. begini pendapat sy
anta mengatakan
“nabi dan sahabat2 un berpolitik juga . . ttp tidak smpi memusuhi saudara seagama sendiri . . ttp kita ???”
Islam melarang umatnya memusuhi saudara seagama, oleh itu sila anda menilai dan meneliti siapakah golongan yang memusuhi saudara seagama mereka.. dari pihak mana mereka. Jika dari pihak kami Parti Islam Semalaysia, itu agak mustahil rasanya. Kami sentiasa mendoakan saudara kami berubah dan menerima Islam sebagai pokok kehidupan mereka.
Politik tidak boleh dipisahkan dari agama Islam.. Sedangkan memakai kasut pun nabi berpesan kita memakai di sebelah kanan dahulu, masuk toilet kaki kiri dulu, inikan pula berkenaan politik yang melibatkan pemerintahan dan pentadbiran. Banyak org beranggapan politik lain Agama lain.. mereka ini jahil bahawasanya politik itulah Pentadbiran dan pemerintahan yang bakal memacu Agama didalamnya dan dengan sistem itulah yang dapat menjalarkan akar atau urat memulihkan sistem segenap badannya atau pokoknya.
Saudara mengatakan :
“ALLAH S.W.T telah letakkan kejayaan manusia hny dalam agama Allah yg sempurna. . sejauh mana dapat kita taat perinta ALLAH . . dan kita ikut cara Nabi s.a.w . . kejayaan kita d dalam agama ”
Islam itu syumul (menyeluruh) .. menyeluruh bermaksud tiada apa yang tercicir dari kedupan manusia ini… lengkap selengkapnya.. maka apa saja yang ada di dalam sistem kehidupan kita ini perlulah berlandaskan Islam. Zaman nabi bila berlakunya perjanjian hudaibiah, itu digelar politik.. cuma pada waktu itu tiada lagi konsep “Politik” .. kita peerlu paham .. semua perkara yang melibatkan pentadbiran dan pemerintahan adalah melibatkan politik.. justeru jika kita nak merubah rakyat adalah dengan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah maka kita perlu mengenali sistem politik yang bersesuaian dan yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah.
sepatutnya anta perlu lebih banyak mencari ilmu agama.. di negara kita banyak lagi ustaz yang boleh mendedahkan anta tentang apa itu benar dan salah. Ana bercakap berdasarkan fakta. kadang2 ana kesian dengan org mcm anta sebab masih kurang pendedahan dalam kehidupan. kadang2, jika seseorg yang didikan agamanya kurang, tiba2 didedahkan dengan agama dari golongan yang belum tentunya benar, maka ia boleh menyesatkan. Ramai dah ana jumpa, dan Alhamdulillah ramai dah berubah. Jadi Ana doa semoga Allah membukakan pintu hati anta dengan seluas2nya dalam menjalani kehidupan mencari kebenaran. InsyaAllah. AMIN
Wassalam
Apr 01, 2011 @ 16:09:56
jazakallah di atas maklum balas tu . . ya2 . . sy sebagai karkun un ikut politik jgak . . dan sy sokong PAS . . ttp . . yg sy hairan . . knp sy dengar cita . . politik antara PAS dan TABLIGH tdak dpt bersatu ??? sdgkan . . ulamak2 di seluruh dunia . . membuat usaha Tabligh . . Dato’ Nik Aziz un karkun jgak .. . ttp knp anta tdak ? maaf sekiranya terkasar bahasa . . sy masih kecil . .
Oct 02, 2011 @ 12:53:28
PAS kate dia betul,tabligh kate dia betul,JIm kate dia betul,UMNO kate dia betul…sape yg betul sebenarnya? Wahai saudara umat islam skelaian, mengapa anda nak bebalah kate itu salah ini betul…? jemaah ni yg terbaik,jemaah tu yg terbaik, jemaah ni tak elok, jemaah tu elok… itulah kelemahan semua umat islam,PAS & Tabligh adalah gerakan islam yg menyeru kepada perkara yg sama…kepada agama Allah, cumanya dalam cara yg berbeza. PAS dan tabligh tak terlepas dari kelemahan-kelemahan dan tidak jgk dinafikan mempunyai kelebihan masing2…PAS mengambil pendekatan politik manakala jemaah tabligh tidak. Sebenenarnya, sbgian mukmin haruslah menjadi pelengkap kepada sbgian mukmin yg lain, bukannya kondem menkondem mcm ni…tak kira la dari PAS atau jemaah tabligh. Dakwah bukan hanya dibuat oleh jemaah tabligh sahaja,dan bukan PAS sahaja..dakwah ada manhajnya, dan ada uslubnya, ada waqi’nya…tak perlula mana2 pihak samada PAS atau tabligh nak mendabik dada mengatakan jemaah m usaha yg dilakukan adalah yg terbaik, itu hanyalah mengundang takabbur,ujub dan riak dan akan merosakkan amalan kite semua. Islam menyuruh buat dakwah….tp xde kate mesti kene keluar 3 hari,40 hari…itu adalah disiplin yg ulama ttpkan dalam gerak kerja dakwah…islam suruh buat dakwah, tp xde pulak kate mesti dalam cara politik, dan tak de pulak larang berpolitik. Islam tu luas wahai rakan2…uslub dan cara dakwahnya dinamik dan versatile, anda pandai menulis, anda tulis, anda pandai mengajar,anda mengajar, anda berani tegur mungkar terang2 , anda boleh berperanan sedemikian..anda boleh bagi ceramah n boleh tarik ribuan masyarakat awam dengar mcm ustaz azhar, anda buat la cara tu……tp, jgnlah kata usaha anda itu yg terbaik..mudah je kan..tak yag berbaloh2…Cukuplah kita semua, berlapang dada lah dalam perkara ini, semua islam semua muslim, dakwah ajak kebaikan, larang buat mungkar semuanya kerana Allah…wallahua’lam
Oct 06, 2011 @ 02:39:23
Assalamualaikum..
Ia sekadar pandangan penulis sahaja.. tidak bermaksud pandangan semua .. penulis sekadang mengwujudkan pemikiran kritis yg perlu ada dlm minda kita bagi menimbulkan satu kaedah pemikiran yg perlu ada timbang tara antara yg perlu dan tidak .. penulis juga sekadar menimbulkan persoalan, “mengapa tabligh menolak politik” sedangkan jika nak sarung selipar nabi dah mengajar kita adab dengan kaki kanan dahulu, itu bermakna islam itu syumul maka, tidak perlu politik diagih dari dakwah .. kerana politik itu memberi impak yg kuat dalam dakwah itu sendiri ..
Maaf kerana kurang berkesempatan membalas komen2 rakan semua.. kerana sy mengalihkan data2 ke mindapengarang.blogspot.com … dan tidak mempunyai banyak masa untuk menjenguk.. InsyaAllah jika berkesempatan, saya akan cuba memberi respond .
Oct 19, 2011 @ 05:38:38
salam.Satu saat seorang saudaraku bernama A’ali imran bin jamal Muhammad yg kini masih dalam pengajian dalam bidang Quran Sunnah Kolej Universiti islam Antarabangsa Selangor menziarahi Yang Berhormat maulana Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.Ziarah itu semasa saudaraku belajar di Nilam Puri Kelantan. beliau memperkenalkan diri beliau yang juga merupakan cucu kepada rakan hazrat Maulana nik aziz semasa mengaji di India…Dikesempatan itu, saudaraku a’ali Imran bertanya kepada Maulana Nik Aziz berkenaan dengan Jemaah Tabligh..maulana Nik Aziz menjawab: Itulah Jemaah Yang paling selamat.Cerita ini adalah benar dan sila tanyakan sendiri kepada saudaraku ini aataupun tanyakan juga kepada maulana Nik Aziz tentang pendiriannya tentang jemaah tabligh…Dimana ketidakpuasan hati saudara disaat mursyidul am pas menyatakan pendirian dan jawapannya kepada jemaah tabligh?.Blog saudara yg mengkritik saudara seislam sendiri telah menunjukkan kelemahan kepada dunia dan kepada musuh islam tentang ketidaksatuan hati mukmin dan orang islam kritiklah dengan bentuk pertanyaan bukan kesimpulan.syukran.