Tabligh dan Wahabi

Assalamualaikum..

Isu yang bakal dibincang ini diharap tidak menyentuh hati dan sanubari golongan tabligh dan wahabi kerana isu yang dibangkitkan ini adalah berdasarkan pemantauan dan pengalaman saya sendiri.

seperti yang kita ketahui, isu yang sedang hangat dibangkitkan kini adalah berkenaan ulama yang menyertai parti politik UMNO. Jika isu ini dibangkitkan pihak media pro kerajaan, satu persoalan yang timbul di Minda Pengarang kini adalah, adakah UMNO/BN yang telah wujud sekian lama sebelum ini tidak mempunyai ulama??Mengapa mereka membangkitkan isu ini..

Jelas yang ada di Minda Pengarang kini dan mungkin di minda org yang cerdik pandai adalah isu ini terpaksa menjadi modal bagi mendapatkan lebih sokongan dari rakyat malaysia yang berketurunan Melayu dan beragama Islam. Sungguh tak disangka-sangka betapa kecilnya nilai ulama dalam pandangan dan pendapat puak-puak UMNO/BN.

Sedangkan Ulama dipandang jelik dan jijik serta tiada nilai, inikan pula rakyat biasa seperti kita. Ih Ih Ih.. pikirkan dan bayangkan..

Apa yang dapat kita fahami kini, bahawasanya Wahabi adalah satu fahaman agama yang sedikit terpesong dari fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Antara contohnya adalah, golongan wahabi mengatakan doa qunuh di dalam sembahyang subuh adalah bidaah. Pihak kerajaan kini telah menetapkan bahawa ajaran wahabi adalah bertentangan dan perlu dibanteras. Maka tepacul dan tepancutlah golongan tersebut di depan PM najib kononnya menyertai UMNO/BN sedangkan hakikatnya mereka memerlukan perlindungan politik dalam melebarkan sayap fahaman wahabi tersebut. Golongan2 jahil UMNO/BN ni pulak otaknya dan sebuuuu dan kaburrrr.. Demi mendapatkan publisiti murahan, maka golongan wahabi ini pun mereka terima sedangkan mereka tidak sedar atau buat2 tak sedar bahawa mereka juga sedang diwahabikan oleh wahabi2 ini. golongan wahabi ini juga sedang mempergunakan mereka demi mewahabikan sistem pemerintahan negara.. Jahanam la jawabnya. Apapun jika anda prihatin, fikir2kanlah.

Isu selanjutnya ini saya ketengahkan kerana rasa tidak puas hati terhadap golongan Tabligh. Saya bukanlah org yang ingin menunjukkan pandai dan mempertikaikan ilmuan org lain. Apa yang ingin dibangkitkan ini adalah salah satu luahan Minda Pengarang demi mencari satu lorong yang betul dalam simpang siuhnya.

Siapa tak kenal dengan puak2 Tabligh.. semua orng mungkin tahu.. Aktiviti mereka adalah mengajak kepada kebaikan.. Alhamdulillah.. sangat baik aktiviti tersebut. kadang-kadang kita akan terlihat mereka di masjid-masjid dan surau-surau. Mereka ini berpindah randah demi mengajak kepada kebaikan. Akan tetapi, dalam menjalankan ibadah ini, Tabligh ada sedikit fahaman yang sangat saya tidak bersetuju dan mungkin golongan Ulama lain juga tidak bersetuju.

Saya pernah berbual dengan rakan tabligh.. bukan seorang, seingat saya 2 org atau 3 org.. lupa pulak.. Cara dan sifat mereka ini baik dan saya kagum.. tetapi bila kita bercakap berkenaan politik dan berkenaan keperluan kita menyokong parti yang memperjuangkan Islam, mereka pasti akan menyanggah.. apa yang mereka kata “Mengarut” ..

Bagi puak-puak tabligh ini, selagimana aktiviti mereka tidak diganggu oleh kerajaan, mereka akan menyokong pihak kerajaan. Ini satu tindakan yang sangat salah dan bertentangan dengan kaedah Islam sebenar. Isu ini rasanya mungkin pernah dibangkitkan orang lain.. tidak mengapalah.. tetapi bagi saya, perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan. Ini akan menyebabkan 1 fahaman yang tidak sehaluan dengan ajaran Islam. Maka jika dirasakan perlu, Ulama-ulama atau ilmuan PAS hendaklah mengadakan pertemuan dengan golongan Tabligh dan jika perlu, adakan majlis ilmuan dalam mentafsir dan menyuraikan kekusutan isu ini.

Apa yang jelas, Tabligh tidak sehaluan dengan Ilmuan PAS manakalan Wahabi bertentangan dengan Ajaran Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah …

Kedua-duanya perlu diteliti dan dibendung .. Setakat ini dulu apa yang terkandung dalam Minda Pengarang..

Wassalam

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 3 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.