Kepada Semua Pihak

Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Merujuk kepada pelawaan pihak-pihak tertentu untuk menemuramah saya. Saya ingin memohon maaf kerana terpaksa menolak pelawaan  semua pihak atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Ini kerana, saya masih belum bersedia untuk mengenengahkan diri dalam sebarang aktiviti samada yang berkaitan politik, dan interaksi sosial walaupun mendapat pelawaan dari banyak pihak. Saya lebih selesa jika mengenengahkan maklumat, pandangan atau bahan ilmiah di dalam tulisan saya di dalam blog.

Saya mengucapkan terima kasih atas pelawaan dan kepercayaan pihak-pihak Media dan Parti Politik terhadap saya.

Sekian Terima Kasih

Sah Zulkifli Nordin Agen UMNO-BN

Setelah apa yang kita dengar di dalam dewan pada hari ini, telah sah lah bahawa Zulkifli Nordin salah seorang agen perang UMNO-BN. Buruk sungguh bunyik bacaan teks yang disediakan kepadanya.

Cuma taktik perangnya kini berbeza sedikit, kerana adanya serangan dan ada pembelaan. Ini semua bagi mengeburi mata dan menyumbat telinga rakyat yang mengikuti perkembangan politik semasa lebih-lebih lagi buat rakyat yang tandus dengan maklumat selain media UMN)-BN.

Buat Zulkifli Nordin, Sabarlah.. InsyaAllah sikit hari lagi masyuuuuuuk la pulus tu. mungkin ada 2,3,4 kali lagi teks untuk dibaca.

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 3 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.