Adakah Zulkifli Nordin Agen UMNO/BN?

Adakah Zulkifli Nordin Agen UMNO/BN?

Setiap kenyataan yang keluar dari mulut Zulkifli Nordin telah menampakkan bahawa beliau agen UMNO/BN yang cuba melancarkan perang saraf dan sikologi. Beliau cuba mencari publisiti murahan dengan membuat kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan konsep perjuangan Pakatan Rakyat  dan KeADILAN amnya.

Orang seperti beliau tidak layak menjadi wakil rakyat kerana ketidak ikhlasan hatinya dalam memperjuangkan kebenaran semakin pudar dan beliau lebih mementingkan prinsip diri sendiri berbanding prinsip dan perjuangan parti.

Akhir-akhir ini beliau kerap menjadi liputan media-media cetak dan media elektronik UMNO/BN. Ini menjadikan beliau lebih cenderung bersuara “bak katak memanggil hujan” .  Mungkin beliau rasa, dengan taktik ini, pimpinan BN/UMNO akan cuba menarik beliau menyertai mereka.

Tidak salah jika beliau ingin bersuara dan mengemukakan pendapat dan cadangan tetapi ia perlu dilakukan di platform yang tepat seperti di dalam menyuarat parti atau apa saja pertemuan yang berkaitan dengan parti. Sebaliknya beliau melenting diluar dari platform yang sebenar sehingga diambil kesempatan media-media UMNO/BN  menjalankan kempen politik mereka dengan liputan yang meluas.

Bagi saya .. beliau layak dipecat dari parti dan dicampakkan kedalam tong sampah UMNO/BN. Beliau layak mengambil upah menampal poster dan gantung bendera UMNO/BN dari menjadi ahli politik yang becakap berbelit-belit.

Saya Cadangkan pada awak Encik Zulkifli Nordin..

Adalah lebih baik kamu mengundur diri dari Pakatan Rakyat dari terus menerus bercakap dan mencari publisiti murahan untuk diri sendiri. Tak kemananyaaaa… Orang macam hang ni Pi masuk UMNO/BN lagi baguih.. hari2 bleh kempen dalam TV.

PERMOHONAN MAAF

Assalamualaikum..


Saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca kerana tidak berkesempatan mengemaskini blog ini dengan kerap. Ini kerana kesulitan yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah jika berkesempatan saya akan mengemaskini blog dengan menyumbang isu-isu terbaru dan bahan-bahan rujukan.

Sekian Harap Maklum

Pengendali Blog

MindaPengarang.wordpress.com @ Pembangkang.co.cc

Diktator Najib

Seperti yang telah kita ramalkan.. Nizar kalah dan zamri menang.

Menang pun sebulat suara plak tu 5-0 .. Bak kata P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang yang diubah suai …  ” Nampak dah ..tu tenguk tuuu.. sapa tak nampak die kena letup ngan c4″ .. maka dengan semula jadinya 5 hakim pun nampaklah jawapannya … Setiap filem P.Ramlee telah terlebih dahulu diselitkan sindiran kepada kerajaan.. Itu pun korang tak perasan ke..

Keputusan mahkamah berkenaan MB yang sah di Perak telah mengakibatkan hilangnya dan pincangnya demokrasi di Malaysia. Ia juga telah mengakibatkan dan mengesahkan bahawa PM Malaysia iaitu Najib adalah DIKTATOR yang sah dan sangat ditakuti.

Usahlah kita berdukacita.. semua perancangan mereka pasti ada cacat celanya, manakala perancangan Allah adalah sebenar-benarnya. Semua yang berlaku ini Ada hikmahnya. Walaupun begitu kita tidak perlu putus asa, usaha akan tetap dijalankan demi mencapai keadilan.

Apa yang pasti, InsyaAllah Allah akan membantu kita pada pilihanraya akan datang.. Kerana kita berada di pihak yang benar.

ALLAHUAKBAR……

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 3 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.