Gejala Sosial Di Malaysia

Gejala sosial adalah suatu gejala yang telah mengakibatkan berlakunya ketidak tentuan sistem kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara. Gejala sosial yang berlaku akhir-akhir ini telah meruntuhkan sifat semulajadi manusia.

Di Malaysia, kita dapat mengenal pasti terlalu banyak gejala sosial yang berlaku. Saban hari kita didedahkan tentang gejala-gejala sosial yang berlaku di media-media massa dan media elektronik. Diantara gejala yang kerap kita dengari adalah

  1. Merempit
  2. Membuang anak
  3. Seks luar nikah
  4. Bergaduh di sekolah
  5. Berdisko
  6. Minum minuman keras
  7. Ponteng sekolah

Ini segelintir sahaja gejala sosial yang kerap kita dengari, bagaimana pula dengan gejala yang tidak kita ketahui dan berleluasa di negara ini.

Gejala sosial boleh dielakkan dari berlaku dengan mengambil kira banyak faktor dan perlu disertai oleh banyak pihak antaranya

1. Ibu Bapa

Ibu bapa perlu memainkan peranan lebih dalam mengelakkan anak-anak mereka dari terlibat di dalam gejala-gejala sosial yang tidak bermoral. Sebagai ibu bapa, mereka perlu memberi tumpuan kepada anak-anak dengan mengambil kira siapakah rakan-rakan mereka, kemana mereka pergi selepas waktu sekolah, adakah mereka benar-benar sampai di sekolah. Ibu bapa juga perlu memberikan didikan agama yang lebih kepada anak-anak mereka dari peringkat awal dalam mendidik hati dan jiwa agar dipenuhi dengan akhlak yang mulia. Disamping itu ibu bapa tidak digalakkan terlalu mendedahkan anak-anak mereka dengan hiburan yang berlebihan.

2. Sekolah dan guru

Pihak sekolah dan guru adalah pihak kedua yang dapat membentuk remaja-remaja dari peringkat awal. Pihak sekolah dan guru perlu lebih memberi perhatian kepada pelajar mereka tidak kira samada pelajar mereka seorang pelajar yang  mundur ataupun yang cemerlang. Dari pengalaman pengarang sendiri, pengarang bukanlah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah. Pengarang boleh dianggap pelajar yang ketinggalan. Guru-guru tidak terlalu memberi tumpuan dan perhatian terhadap pengarang. Ini mengakibatkan pengarang hilang tumpuan dan hilang keinginan belajar. Namun begitu, berkat daripada keazaman dan doa, akhirnya pengarang berjaya. Guru-guru perlu lebih peka terhadap keinginan pelajar. Janganlah disisih pelajar yang mundur kerana mereka lebih memerlukan perhatian.

Pihak guru dan sekolah juga perlu lebih mendedahkan kepada pelajar perkara-perkara yang dapat membentuk sahsiah pelajar dan mempraktikkan contoh yang baik kepada pelajar agar dapat diikuti.

3. Media Massa dan Elektronik

 pihak media massa dan media elektronik perlu menyebarkan maklumat-maklumat yang berguna dalam membantu membentuk minda anak-anak dan remaja terhadap perkara-perkara yang lebih baik dan bukannya terlalu mendedahkan mereka dengan hiburan yang berlebihan samada dari dalam negara ataupun luar negara. Ini kerana, minda kanak-kanak dan remaja terbentuk dari peringkat awal berdasarkan apa yang dilihat, didengar, disentuh dan seumpamanya.

Mereka akan mencuba sesuatu perkara yang baru. Jika perkara tersebut buruk, maka ia berkemungkinan bakal membentuk sifat yang buruk terhadap minda dan kelakuan mereka. Maka pihak media massa dan media elektronik perlu lebih peka dalam menilai dan menangani isu ini.

4. Pemimpin dan Kerajaan

Pemimpin dan Kerajaan mempunyai pengaruh yang kuat dalam membantu membentuk rakyatnya, tidak kira peringkat umur. Dalam menangani isu gejala sosial ini, pihak pimpinan yang menerajui kerajaan perlu menjalankan satu dasar atau kaedah yang lebih baik dalam membantu membentuk rakyat yang lebih baik agar negara sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan makmur.

Sepertimana Malaysia, PLKN telah dilaksanakan bagi membentuk sahsiah pelajar agar lebih matang dan berdaya maju. Memang boleh dikatakan sistem yang dijalankan baik dan berguna buat pelajar dan remaja, namun begitu, ia perlu lebih menerapkan nilai-nilai murni yang tingga serta lebih mendedahkan penerapan ajaran agama yang lebih. Ini kerana di dalam program PLKN yang telah dan masih dijalankan, terdapat pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak dibendung.

Perkara sebegini yang bakal menjejaskan objektif asal program tersebut dan bakal merosakkan lagi dan menambahkan lagi gejala sosail yang teruk dan bakal menjadikan sesebuah bangsa seperti tidak beragama.

Bersambung..

14 Comments (+add yours?)

  1. Al-Malakawi
    Jul 03, 2009 @ 00:48:37

    السلام عليكم
    Gejala Sosial boleh diselesaikan dengan merubah dasar pelajaran negara kepada dasar pelajaran yang membawa pelajar bertakwa kepada Allah.
    Apabila mereka menjadi pemimpin pemimpin yang bertakwa, doktor doktor yang bertakwa, seterusnya
    Dasar pelajaran yang ada sekarang hanya menumpukan kepada kebendan, tidak memikirkan apa yang akan jadi kepada pelajar itu setelah dewasa, menjadi pemimpin, ibu,ayah yang akan mendidik anak seterusnya dengan didikan yang tidak menjiwai, jiwa islam, maka rosaklah umat ini.
    Cuba kita lihat pemimipin, ibu bapa yang ada sekarang ini adalah mereka yang telah dididek dengan dasar pelajaran yang rosak lagi merosakkan yang lain, dan akhirnya yang kita dapati adalah keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang tidak dapat dibendung. saya menyeru kepada semua supaya kembali kepada dasar pelajaran islam yang menitik beratkan ketakwan kepada Yang Maha Pencipta والله اعلم

    Reply

  2. Nur Hidayat
    Apr 02, 2010 @ 11:41:46

    Saya sangat-sangat bersetuju jika pihak berkuasa memberatkan lagi hukuman kepada pesalah… Mungkin ini akan memberi pengajaran kepada piri mereka..
    Kita mesti bersatu untuk membendung masalah gejala sosial yang kini semakin hangat diperkatakan…
    Maruah bangsa dan negara harus kita jaga,,,
    Agar sejarah tidak berulang lagi,,,,,
    Demi golongan masa akan datang,,,
    SALAM SATU MALAYSIA

    Reply

  3. wan
    Apr 10, 2010 @ 12:00:50

    thanks for the info…i’ll take some

    Reply

  4. iqa edleena
    May 19, 2010 @ 17:57:39

    em very good..

    Reply

  5. Ying
    Jul 06, 2011 @ 16:35:48

    Nice…
    very good

    Reply

  6. Anonymous
    Oct 14, 2011 @ 08:21:30

    beratkan kesalahan kepada pesalah agar mereka tahu kesalahan yang mereka lakukan adalah salah dan menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. namun dalam masa yang sama beri mereka kesempatan untuk berubah ke jalan yang benar dan terima mereka di sisi masyarakat supaya mereka tidak rasa tersisih dan sekali gus mereka rasa disayangi dan diperlukan dalam masyarakat.

    Reply

  7. yabbagabba
    Mar 01, 2012 @ 18:04:48

    gejala sosial merupakan masalah besar di malaysia pada hari ini….tulah….remaja hari ini…bodoh sgt

    Reply

    • Anonymous
      May 13, 2012 @ 22:17:41

      teen are not stupid…dont u see all the factors stated there??or u never being a teen are u?social il are bad but almost all of us ever did that…for example: ‘lepak’,are u sure u never did that before?driving fast….so….what i want to say here is dont say such a annoying word such as ‘STUPID’…because its really sucks to hear…”TEEN ARE NOT STUPID”..teen are the next leader…lead teen to the right path instead of criticising teen!!thank you :)

      Reply

  8. c'tey salbiah
    Apr 26, 2012 @ 12:08:24

    sangat2 bagus..
    tuk smua….saya sngat2 skong….

    Reply

  9. izwan khuzzairie
    Jul 18, 2012 @ 19:12:11

    saya sokong semua hujah-hujah di atas

    Reply

  10. Job Assignment
    Aug 08, 2012 @ 21:58:50

    Upah assignment MURAH DAN TERBAEKKK!!!!

    Sila lawati

    jobassignment.blogspot.com

    Reply

  11. budoq
    Aug 26, 2012 @ 13:44:48

    gejala sosial memang masalah besar kepada remaja pada hari..ini..
    mereka lebih suka memilih ….keseronokan
    mereka tidak takut mati!!!!!!!!!!
    huh? biase la remaja an..
    tp kite tidak bleh biarkan masalah ini berlarutan berterusan…
    kalau tidakkk hancurr negara….
    oleh itu,bg pihak ibu/bapa…phak sekolah…badan kerajaan dan (NGO)
    mesti memainkan peranan dalm menangani masalah ini hingga ke akar umbi daripada biarkan ia menular kepada generasi yang akn datang…

    Reply

  12. melissa
    Jul 22, 2013 @ 11:12:51

    BAGUS

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 6 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: